5 Bintang World Class Musim Lalu Yang Bergelut Musim Ini

Musim 2020/21 adalah musim yang mencabar. Di mana jadual perlawanan tersangat padat kerana musim bermula lewat. Hal ini disebabkan musim lalu yang ditamatkan lewat.

Malah pasukan seperti Liverpool pun berdepan dengan kemelut prestasi dalam 3 perlawanan liga terakhir mereka. PSG pasukan yang menekan butang panik dan menukar pengurus.

Juventus masih bergelut untuk menduduki tangga teratas di Serie A. Man United disingkirkan awal daripada Liga Juara Juara Eropah. Pasukan seperti Arsenal dan Chelsea juga apa kurangnya, beberapa bintang mereka berdepan dengan krisis prestasi.

Terdapat beberapa pemain bertaraf bintang dunia yang bergelut pada musim ini.

# 5 Aymeric Laporte (Manchester City)

Aymeric Laporte telah menjadi salah satu pemain penting untuk Manchester City di bawah kendalian Pep Guardiola sejak tiba di kelab pada tahun 2018.

Namun, musim ini, pemain Perancis itu hanya membuat empat penampilan di liga. Beliau berdepan krisis kecederaan dengan terpakasa berehat enam bulan musim lalu.

Dengan prestasi cemerlang John Stones dan Ruben Dias,  tiada jaminan buat Laporte untuk menjadi auto-starter. Namun Laporte tetap menjadi pemain penting pasukannya.

Pep Guardiola berkata: “Aymeric terus menjadi sangat penting bagi kami, tetapi sekarang saya bermain dengan pemain lain. Pada masa akan datang, saya yakin dia akan bermain banyak perlawanan.”

# 4 Jadon Sancho (Borussia Dortmund)

Pemain yang gagal ke Man United selepas Borussia Dortmund meminta GBP100 juta untuk pemain sayap Inggeris ini. Musim ini beliau juga agak bergelut berbanding musim cemerlangnya pada 2019/20 – di mana beliau menjaringkan 17 gol.

Musim ini, Sancho berdepan dengan isu kecergasan, dan gagal menjaringkan gol dalam 12 perlawanan pertamanya.

Mujur dalam beberapa perlawanan terakhir beliau mulai mencetak gol dan aasist.

Sancho sendiri mengakui kesukarannya untuk menjalani permulaan musim ini dan mahu mengembalikan semula prestasinya.

#3 Raphael Varane (Real Madrid)

Varane telah menjadi nadi penting Real Madrid sejak beberapa tahun kariernya di kelab bersama dengan Sergio Ramos.

Varane malah pernah menjadi calon untuk pemain terbaik dunia. Musim lalu Varane cemerlang sekali lagi membantu Real Madrid memenangi La Liga selepas 3 tahun mereka menunggu.

Namun permulaan musim ini Varane banyak melakukan kesilapan terutama sekali dalam perlawanan yang tiada Sergio Ramos.

Prestasi Varane mempengaruhi Real Madrid musim ini. Selepas pemain seperti Eder Militao terus gagal memberikan impak lebih kuat.

Mujur Zinedine Zidane terus mempercayai Varane dan menganggap dasar kelab kepada Varane adalah kekal iaitu pemain tersebut bukan untuk dijual.

#2 Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal)

Selepas beberapa musim menjadi pesaing kasut emas, dengan 70 daripada 109 gol sebelum musim ini, Pierre-Emerick Aubameyang menjadi pilihan utama ramai pengurus FPL kerana menjadi lubuk mata.

Malang sekali kisah penyerang Gabon itu musim ini lebih banyak bercerita tentang kegagalannya menjaringkan gol. Kapten Arsenal tersebut merudum prestasinya selepas mendapat gaji lumayan dalam kontrak baharunya.

Musim sebelum ini Aubameyang kerap menjadi penyelamat dan memberikan kemenangan kepada Arsenal dengan seorang diri pun dia boleh lakukannya.

Tetapi musim ini penyerang berusia 31 tahun itu gagal memberikan impak serupa. Kesannya sangat dirasai Arsenal yang turut berdepan kesukaran di hadapan gol.

Namun untungnya, Aubameyang antara pemain yang tidak terancam untuk dibenchkan di Arsenal.

# 1 Serge Gnabry (Bayern Munich)

Serge Gbabry boleh dikatakan pemain sayap terbaik pada musim lalu. Dengan menjaringkan 23 gol dan 14 assist ketika membantu Bayern menjulang treble musim lepas.

Setiap perlawanan kita melihat keraian mengacau teh pada musim paling produktif beliau. Maka tidak hairanlah harapan ke atas beliau semakin tinggi musim ini.

Tetapi impak tersebut jauh daripada boleh capai oleh Gnabry. Beliau tidak dapat menjelmakan status prolific winger pada musim ini. Harus diakui selain daripada prestasi yang tidak konsisten beliau juga diganggu oleh kecederaan.

Setakat ini, musim ini beliau hanya menjaringkan 4 gol dan 3 assist daripada 20 perlawanan dalam semua pertandingan.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai