5 Cabaran Besar Untuk Malaysia Menangani UAE

Kelayakan Piala Dunia zon Asia mula disambung selepas terhenti akibat masalah Covid yang melanda dunia. Ia akan dijalankan secara karnival untuk melengkapkan 10 perlawanan setiap kumpulan.

Juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan ke-3 atau pusingan kelayakan akhir. Ia merangkumi 12 pasukan dan 12 pasukan ini akan layak terus ke pusingan akhir Piala Asia.

Baki pasukan yang gagal akan bermain di pusingan akhir kelayakan Piala Asia.

Malaysia sedang mengintai keajaiban untuk berada di kelayakan akhir Piala Dunia. Pada sesi kelayakan kali ini Malaysia berada sama kumpulan dengan 3 lagi pasukan dari Asia Tenggara iaitu Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Malaysia sedang berada di tempat ke-2 dan akan berhadapan UAE malam ini.

5 perkara yang kami gariskan tentang situasi pasukan Malaysia ketika ini.

1. UAE, VIETNAM DAN THAILAND PASUKAN BERSTATUS ASIA

UAE merupakan semi-finalis Piala Asia edisi lepas. UAE kalah di tangan Qatar yang kemudiannya Qatar menjadi juara apabila menumpaskan Jepun 3-1 pada perlawanan akhir.

Sementara itu Vietnam melakukan kejutan apabila mara ke pringkat suku akhir. Thailand tumbang di tangan China di pusingan ke-2.

Dalam sesi kelayakan Piala Dunia, Malaysia berjaya melakukan 1 kejutan dari 3 perlawanan ketika bertemu 3 pasukan bertaraf Asia ini. Malaysia menewaskan Thailand 2-1 di Bukit Jalil.

Indonesia menjadi lauk apabila tewas dalam semua perlawanan termasuk kalah 2 kali di tangan Malaysia. Jiran kita ini berkemungkinan besar kalah kesemua 8 perlawanan.

Malaysia perlu menang kesemua baki 3 perlawanan (UAE, Thailand, Vietnam) jika mahu melakukan keajaiban berada di kelayakan akhir.

2. MASALAH KOREA UTARA

Korea Utara telah menarik diri. Sedikit pengubahsuian perlu dilakukan tentang bagaimana mahu mendaptkan pasukan ke-2 terbaik setiap kumpulan.

Sebarang keputusan melibatkan pasukan tercorot nanti tidak akan dikira. Dengan kaedah itu, Malaysia sudah kehilangan 6 mata, 2 kemenangan yang diraih oleh Indonsia.

Perubahan kaedah ini membawa makna besar kepada Malaysia. Itulah Korea Utara, memang selalu ikut kepalanya sendiri.

Jadi keperluan untuk Malaysia menang dalam baki 3 perlawanan menjadi satu keperluan mendesak. Perlukan lebih kemenangan dengan pasukan lain selain Indonesia.

3. UAE MEMPUNYAI PERSIAPAN LEBIH BAIK

Selepas tahun 2019, Malaysia tidak mempunyai sebarang perlawanan kompetitif. Ia disebabkan kecelaruan di Malaysia bagimana mahu menguruskan masalah Covid.

Perlawanan persahabatan yang dijalankan tempoh hari (Kuwait dan Bahrain) merupakan perlawanan pertama selepas kem negara berehat selama 16 bulan.

Jelas pemain kelihatan kehilangan momentum 2019 dan keserasian kembali menjadi isu.

Berbeza dengan UAE, pasukan ini mempunyai 5 perlawanan dalam tempoh 16 bulan tadi-tidak dikira perlawanan persahabatan lepas. Lebih merisaukan kem Malaysia, 5 perlawanan itu dilakukan pada bulan 10, 11 tahun lepas, bulan 1 dan 3 tahun ini.

Situasi ini memberi kelebihan kepada mereka, kerana mereka mengumpul pemain secara konsisten pada minggu antarabangsa.

4. PEMAIN NATURALISAI UAE

Malaysia mempunyai momen baik sepanjang tahun 2019. Menang 2 kali bertemu Indonesia, menewaskan Thailand dan memberi tentangan kuat ketika bertemu UAE.

Selepas hampir 2 tahun, beberapa perubahan telah berlaku dalam skuad bimbingan Bert Van Majwick. Kehadiran Caio, Fabio De Lima dan Sebastien Tagliabue mampu menajamkan lagi unit serangannya.

Fabio de Lima dan Sebastian Tagliabue telah menjaringkan 33 gol secara bersama dalam saingan domestik UAE musim ini. Mereka juga mencetak 10 bantuan.

Di peringkat antarabangsa, Tagliabue sudah membuka akaun jaringan seawal debut pertamanya. Caio pula membuka akaun jaringan pada perlawanan ke-2 bersama negara baharunya itu.

5. ALI MABKHOUT

Ketajaman Ali Mabkhout sentiasa menjadi tumpuan oleh mana-mana pasukan. Penyerang ini boleh ditakrifkan sebagai antara penyerang terbaik Asia.

2 jaringannya meranapkan harapan Malaysia melakukan kejutan. Selepas itu Mabhkout mencipta hatrik ketika bertemu Indonesia.

Dalam 3 perlawanan lepas yang dihadapi oleh UAE, Mabkhout sekali lagi merekod 5 gol. Prestasi baiknya itu terlalu hampir dengan perlawanan Malaysia. Dalam saingan domestik Mabkhout mempunyai 25 koleksi jaringan.

2 tahun lepas dalam kejohanan Piala Asia, dia menjaringkan gol dalam 5 perlawanan berturut-turut. Tiada cerita lain selain cerita gol dari Mabkhout.

RUMUSAN

Walaupun apa pun kekuatan UAE ditulis atas kertas, sebagai penyokong bola sepak Malaysia, kita mengharapkan barisan pemain memberikan aksi terbaiknya.

Malaysia sudah menyajikan tentangan hebat ketika tumbang 1-2, penyokong sekali lagi menagih aksi seperti itu tanpa melihat apa jua keputusan yang diraih.

Malaysia tidak boleh terlalu memandang tinggi kepada pasukan ini dalam masa yang sama tidak boleh terlalu yakin.

Buat penyokong Malaysia pula, harapan boleh diletakkan kepada Malaysia kerana ini adalah pasukan kita. Tetapi perlu memahami dimana kedudukan kita supaya kita tahu bagaimana mahu menguruskan kegembiraan dan kekecewaan.

Semoga maju jaya Harimau Malaysia

Baca yang lain