5 Catatan Mason Greenwood Ketika Kau Sedang Tidur Tadi

Manchester United menang 4-0 ke atas AZ Alkmaar dalam aksi yang mereka sudah pun layak. So jangan gegatal lepas ni nak cakap United tak pandang serius soal kemenangan dengan menurunkan pemain muda sebab dah layak.

Ini Man United kau tahu.

Ok dalam pada kau nyenyak tidur tadi, aku faham, pagi ni kau kerja, ada seorang pemuda yang dikatakan bakal menaiki tahta putera raja suatu hari nanti di kerajaan Old Trafford, iaitu Mason Greenwood telah melakukan catatan statistik luar biasa.

1. Lebih power dari Alexis

Tidak perlu bermain piano untuk menunjukkan bakat kokurikulum lain selain bola sepak. Pemain akademi ini sudah menjaringkan 6 gol untuk Manchester United dengan ‘brace’ (2 gol) dijaringkan ke atas AZ Alkmaar semalam.

Jadi kenyataan Ole sebelum ini yang menyatakan beliau melepaskan Alexis dan Lukaku demi memberikan peluang kepada pemain seperti Greenwood ini adalah bukan sekadar manifesto. Ianya berlaku.

Mungkin Lukaku tu aku still rasa Ole kena cari pengganti hari tu. Tapi untuk Alexis, biarkan statistik berbicara. Tak gitu Alexis?

 

2. Termuda dan tertua

Mason Greenwood dan Ashley Young melengkapkan rekod, pemain paling tua (Young – ini nama orang ok) dan pemain paling muda (Greenwood – ini pun nama orang, bukan nama kilang kat Selangor tu).

Ia rekod yang unik dicipta oleh pasukan United semalam. Malah Ashley Young sendiri gembira apabila ‘orang tua’ kembali meledak gol.

3. Dua gol dan satu sumbangan penalti

Mason Greenwood menjaringkan 2 gol dalam aksi menentang AZ Alkmaar. Salah satu daripadanya, gol yang menarik dan cantik.

Greenwood turut menjadi pemain paling muda dalam sejarah Man United untuk mencetak 2 gol dalam satu perlawanan di kejohanan Eropah.

Dan pada masa yang sama, beliau turut memenangi 1 sepakan penalti untuk Manchester United. Sumbangan yang tinggi dalam perlawanan ini.

Gaya permainan yang berani walaupun berbadan kecil membolehkan pemain ini sentiasa berada dalam zon untuk bergasak dengan pemain lain.

Berbeza dengan Rashford sebelum ini yang dituduh Mourinho tak suka bergasak dengan pertahanan dalam box. Itu Mourinho yang cakap. Bukan aku.

https://twitter.com/utdxtra/status/1175874724372652032

Selain daripada itu, Greenwood turut mencipta 3 peluang gol untuk rakannya.

3 daripada percubaan beliau ke arah gol, 2 daripadanya menghasilkan gol. Menang fenomenal!

4. Stats sempurna

Tahukah korang, ada 2 stats sempurna yang Mason Kayu Hijau ini catatkan dalam perlawanan ini.

Pertamanya ialah 100% hantaran tepat di final third.

Dan keduanya ialah 100% gelecekan yang berjaya mengatasi pertahanan. Kalau kau tak percaya maknanya kau tak tengok game dan mat highlight.

Nak sangat highlight kan, nah:

5. MOTM Performance

Sekali lagi pemuda harapan Manchester ini berjaya menunjukkan aksi MOTM dalam perlawanan kompetitif.

Lalu aku cuba memeriksa di lama rasmi Man United, kot-kot kalau mereka ada korupsi memilih pemain lain sebagai MOTM atas dasar kabel.

Ternyata mereka juga menilai benda yang sama. Kau bukan boleh percaya sangat admin twitter Man United ni kekadang si Woodward sendiri yang up pilihan dia.

Jadi, luangkan masa anda untuk menghargai bakat muda ini. Bagaimana caranya. Share la post ni. Adoi.

 

 

Baca yang lain