5 Ekor Burung Kakaktua Terpaksa Dikuarantin Kerana Kuat Mencarut Kepada Pengunjung

Burung kakaktua merupakan salah satu haiwan yang boleh berkomunikasi dengan manusia dengan cara bercakap.

Mereka mengajuk percakapan manusia, dan menjadikan ianya salah satu spesis yang unik.

Maka tak hairanlah di zoo ataupun taman burung – burung kakaktua menjadi tumpuan pengunjung.

Namun di sebuah zoo terletak di Lincolnshire, sekumpulan burung kakaktua diarahkan untuk dikeluarkan daripada tatapan umum keranamereka kerana kuat mencarut.

Kini lima ekor burung kakaktua kelabu Afrika itu dikeluarkan daripada Taman Hidupan Liar Lincolnshire pada 15 Ogos dan disimpan di sebuah bilik bersama sebagai proses pengasingan ataupun kuarantin.

5 ekor burung itu dilihat terlalu seronok mengisi masa lapang mereka dengan kata kata carutan dan makian.

Kakitangan zoo merasa malu dengan tindakan lima ekor burung kakaktua itu yang mencemarkan imej zoo mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif taman hidupan liar Lincolnshire, Steve Nichols mengatakan burung-burung itu telah di’time out’.

Selain daripada mencarut, ada juga laporan yang Steve terima daripada stafnya menyatakan burung kakaktua berlima itu melucah.

“Selama 25 tahun terakhir, kami selalu mampamerkan burung kakaktua yang kadang-kadang mempunyai sedikit bahasa ‘biru’ dan kami sudah terbiasa dengannya. ”

“Sesekali anda akan  mendapat makian dan sumpah seranan daripada mereka – yang bagi sesetengah orang ianya agak lucu.”

“Dan kami pun merasa lucu mendengar mereka memaki hamun korang.”

“Tetapi, secara kebetulan, kami mengambil lima ekor haiwan ini pada minggu ini.”

“Oleh kerana mereka akan dikuarantin bersama, bermakna satu bilik itu nanti penuh dengan sumpah dan maki hamun.”

“Mereka ni pelik, semakin korang ketawa mendengar mereka mencarut dan menyumpah, makin banyak mereka mencarut lagi.

Nichols menegaskan burung kakaktua kelabu Afrika sangat mahir dalam mempelajari percakapn dan jenis suara manusia.

Kini Nichols sedang mengusahakan untuk memisahkan 5 ekor burung itu ke tempat tempat berasingan agar mereka bersikap lebih baik apabila bercampur dengan burung kakaktua yang lain yang lebih sopan.

Sebelum ini Taman Hidupan Liar Lincolnshire menjadi viral di seluruh dunia setelah video Chico, seekor burung kakaktua di taman itu, menyanyikan lagu “If I were a boy” Beyonce menjadi viral di media sosial.

Nichols mengatakan ramai orang datang nak menemui Chico namun akhirnya menerima carutan, sumpahan dan bahasa lucah daripada lima burung kakaktua kelabu Afrika.

Baca yang lain