The Queen’s Gambit telah menjadi fenomena suluruh dunia. Sebelum ini Netflix mengesahkan siri mini itu memecahkan rekod dan menjadi siri mini Netflix yang paling banyak ditonton dalam sejarah perkhidmatan penstriman.
Mula ditayangkan pada 23 Oktober, The Queen’s Gambit segera mendapat sambutan positif dari seluruh dunia.
Rotten Tomatoes memberikan nilai terkumpul 100 peratus.
Siri mini ini menceritakan kisah Beth Harmon (Anya Taylor-Joy), seorang anak yatim yang membesar menjadi pemain catur yang hebat.
Semuanya bermula dengan kehidupan Harmon di rumah anak yatim. Pada suatu hari, dia bertemu dengan seorang kakitangan am sekolah yang memperkenalkannya dengan permainan catur.
Pada waktu yang sama, dia menyalahgunakan pil yang diberikan di rumah anak yatim. Dengan pil ini, Harmon dapat membayangkan bermain catur dari atas katilnya dengan melihat bayangan catur di atas siling.
Harmon akhirnya membangun menjadi pemain catur yang mahir serta berkelas dunia. Harmon kemudian bertekad untuk menawan dunia catur yang rata rata didominasi kaum lelaki.
Oleh kerana fenomena dan hype cerita ini, berikut adalah impak dan tempiasnya kepada dunia.
1. Ditonton 62 juta akaun
Sebaik sahaja tayangan perdananya pada 23 Oktober 2020, Queen’s Gambit telah menarik tontonan sebanya 62 juta akaun di seluruh dunia.
Menjadikannya antara mini series paling berjaya di Netflix sejak syarikat itu memulakan operasi penstriman mereka.
2. Permintaan set catur di eBay meningkat
Laman eBay melaporkan, selepas fenomena Beth Harmon yang mendonia, para seller di laman mereka menguruskan kenaikan mendadak tempahan untuk set catur sebanyak 250%.
Ianya sangat jarang berlaku untuk board games di kala dunia pada hari ini dikuasai permainan digital termasuk di telefon pintar.
Ramai juga yang membeli untuk belajar dan merasai secara fizikal bidak catur dan papan catur.
Tak kurang juga yang mahu menghidupkan kembali kemampuan mereka bermain catur.
3. Fenomena di carian google
Kata kunci, bagaimana cara bermain catur telah berada di kemuncak carian tertinggi dalam google.
Ianya adalah tertinggi dalam sejarah untuk kata kunci tersebut dalam masa 9 tahun.
4. Novel laku keras
Novel asal dengan judul sama iaitu The Queen’s Gambit karya Walter Tevis pada 1983 – dengan judul yang serupa dengan siri Netflix, kini menjadi novel paling laris dalam senarai New York Times Bestseller.
Ianya berlaku buat pertama kalinya sejak novel itu diterbitkan pada 37 tahun yang lalu.
Influence of Netflix’s “The Queen’s Gambit”♟:
– US chess set sales +87%
– Chess book sales +603%
(both were stagnant WoW just before debut)
– “How to play chess” searches at 9 yr high on Google
– Chess set queries +250% on eBay
– @anyataylorjoy +2.1M Instagram followers pic.twitter.com/ElC4eEC3bw— Barrett 🇺🇸🇯🇵 (@barrettish_) December 2, 2020
5. Anya Taylor Joy menambah pengikut
Selepas membintangi siri mini ini, pengikut IG Anya Taylor Joy meningkat lebih 2.1 juta.