5 Jurulatih Yang Menang Paling Banyak Trofi Sejak Era Profesional (1994)

Jika dikira dari tahun 1994 iaitu tahun pertama bola sepak Malaysia memasuki era profesional, sehingga 2020 ianya sudah berlangsung selama 28 musim. 82 trofi kejuaraan sudah direbut oleh pasukan yang bertanding (27 x 3 + 1).

Sudah pasti setiap pasukan mempunyai ketua jurulatih. Disini kami senaraikan 5 jurulatih yang paling banyak memenangi kejuaraan melibatkan 3 piala utama (Liga, Piala FA dan Piala Malaysia). Pada tahun 1994 divisyen utama disebut Liga Perdana. Tahun 1998, Liga Perdana 1 dan bermula tahun 2004 ia dijenamakan dengan Liga Super sehingga sekarang.

Kami hanya menyebutnya Liga Super selepas ini.

1. Azrai Khor Abdullah, 7 (+1) Trofi
Liga Super 2007, 2008
Piala FA 2007, 2008
Piala Malaysia 2007, 2008, 2011
+ Liga Perdana 2006

Dalam sejarah pertandingan profesional Malaysia, Azrai Khor merupakan jurulatih yang paling banyak memenangi kejuaraan major iaitu 7 kali. Ia berlaku ketika Kedah menjadi pasukan double treble pertama di Malaysia pada tahun 2007 dan 2008.

Sehingga kini -Azrai/Kedah- kekal menjadi cacatan tunggal yang melakukannya, bukan senang kan. Sebelum itu Azrai Khor bukanlah seorang jurulatih yang mempunyai nama besar dalam kancah tempatan. Tetapi Kedah memberi peluang kepada jurulatih ini dan ianya ternyata berbaloi.

Menghabiskan lebih 10 tahun karier kejurulatihan di skuad pelapis Kedah, akhirnya Azrai mendapat peluang membuktikan kemampuannya bersama skaud utama menggantikan Mirandinha. Jurulatih dari Brazil itu tidak mampu menyelamatkan Kedah yang tersingkir ke divisyen 2 pada ketika itu.

Azrai membina semula pasukan ini. Jurulatih ini perlu bermula di divisyen 2. Azrai terus memberi cabaran untuk kembali membawa Kedah ke Liga Super. Musim pertama beliau gagal melakukannya tetapi tanda persaingan sudah dapat dilihat, dan pada musim keduanya Kedah menjuara Liga Perdana.

Ia merupakan kejuaraan pertama jurulatih ini, kejuaraan divisyen 2 yang mungkin tidak akan dikenang. Azrai tidak menunggu lama. Pada musim pertama di Liga Super, dia menyapu bersih semua piala yang pertandingkan.

Azrai mengulangainya sekali pada tahun berikutnya. Tiada yang tersisa untuk pasukan lain. Catatan itu menjadikannya sebagai jurulatih paling banyak memenangi trofi utama dalam saingan profesional negara. Pencapaian itu juga menjadi tiket untuk Azrai mahu kemana sahaja, namanya sudah menjadi besar.

Selepas bersama skuad projek negara -Harimau Muda- dia kembali terjun ke pentas domestik dengan membimbing N.Sembilan. Dibawah kendaliannya, N.Sembilan muncul juara Piala Malaysia pada tahun 2011. Ia merupakan kejuaraan major ke-7 Azrai.

Selepas itu dia menyertai Perak, T-Team, Kelantan dan Sabah. Walaupun sudah tidak memenangi apa-apa lagi namun 7 kejuaraan tadi tidak mampu dipintas oleh mana-mana jurulatih.

Apa yang jurulatih lain perlu lakukan untuk mengatasi Azrai? Konsisten menang piala setiap tahun dalam tempoh yang panjang atau jalan cepatnya, lakukan double treble.

Biar jasa jadi kenangan…

2. Devan Kuppusamy, 5 (+2) Trofi
Liga Super 2006, 2009, 2010
Piala FA 2003, 2009
+ Liga Perdana 2005, 2008

Devan Kuppusamy atau secara kebiasaannya ditulis K.Devan merupakan jurulatih yang paling banyak menjuarai liga utama. Devan memenanginya sebanyak 3 kali. Sekali bersama N.Sembilan dan melakukannya 2 kali ketika di Selangor.

Devan merupakan bekas pemain N.Sembilan, menghabiskan seluruh karier bersama pasukan itu dan meneruskan karier kejurulatihan juga disitu. Sama seperti Azrai, Devan juga perlu bermula di Liga Perdana untuk membuktikan kemampuannya.

Di bawah Zaki Sheikh Ahmad, N.Sembilan tersingkir ke Liga Perdana apabila berada di tempat tercorot. Devan tidak menunggu lama, pada musim pertamanya N.Sembilan sudah menjuarai Piala FA walaupun hanya berstatus pasukan liga ke-2, mengejutkan juara Liga Super, Perak melalui golden goal Everson Martinelli.

Dua tahun selepas itu Devan meraih trofi Liga Perdana dengan pasukan sama. Lebih menakjubkan N.Sembilan menjuarai Liga Super di musim pertamanya. Devan meninggalkan N.Sembilan dengan 3 kejuaraan sebelum menyertai negeri jirannya iaitu Melaka.

Semusim di Melaka dan Kuala Muda -meraih 1 trofi Liga Perdana dengan Kuala Muda-, Devan menyertai pasukan besar dalam kancah saingan domestik, Selangor. The Red Giants merupakan pasukan yang sentiasa boleh menawarkan kejuaraan kepada jurulatih. Sudah ramai jurulatih menang piala dengan pasukan ini.

Devan menggunakan peluang sebaik mungkin, dia menang 3 kejuaraan dalam tempoh 2 musim. Liga Super 2009, 2010 dan Piala FA 2009 bersama the red giant. Walaupun ini merupakan trofi terakhir dalam kariernya, ianya cukup menjadikan dia sebagai jurulatih ke-2 menang paling banyak piala di Malaysia.

Seorang yang lembut tapi jangan disangka tiada buaya. Kini dia bersama N.Sembilan sekali dengan projek mara ke Liga Super 2022

3. Bojan Hodak, 5 Trofi
Liga Super 2012, 2014
Piala FA 2012, 2013
Piala Malaysia 2012

Ketika Tan Sri Annuar Musa ingin merealisasikan cita-cita besarnya menguasai kancah bola sepak Malaysia, pasukan ini bermula dengan Peter James Butler. Seterusnya Sathianathan Basakaran dan Karathu Maruthaiah memberi trofi ke-2 buat pasukan ini.

Bojan Hodak menutup era gemilangan the red warriors dengan 4 lagi kejuaraan dalam tempoh 2 musim. Ya sudah pasti salah satunya musim treble 2012. Selepas dia menyudahkan apa yang dibina oleh jurulatih lain, dia ke JDT untuk membina sesuatu yang baru.

Tidak mengecewakan, musim pertamanya disana dia mengekalkan kejuaraan Liga Super pasukan itu pada 2014. Namun dia hanya ‘bertugas’ sehingga April 2015, jika tidak trofi kejuaraan tahun itu mungkin bukan milik Mario Gomez.

fuhh… lega Devan, kalau tak jatuh ranking dia

4. Dollah Salleh, 5 (+2) Trofi
Piala FA 2005, 2018
Piala Malaysia 2003, 2005, 2013
+ Liga Perdana 2004, 2018

Kenapa Dollah Salleh no.4 sedangkan dia lebih banyak trofi dari Hodak? Dollah tiada trofi Liga Super dan kejuaraan Liga Perdana bukan trofi major.

Jika Devan dilahirkan untuk menjadi juara liga, Dollah pula dilahirkan sebagai jurulatih yang pakar dalam pertandingan piala. Hanya 3 jurulatih yang menang Piala Malaysia 3 kali iaitu Azrai, Dollah sendiri dan Ken Worden.

Seperti jurulatih-jurulatih senior yang berjaya, kebanyakan karier awal mereka tidak bermula dengan pasukan besar. Majoriti semuanya bermula di liga divisyen 2. Dollah juga tidak terkecuali.

Menyertai kelab bercita-cita besar, MPPJ. Dollah berjaya mecatat sejarah bersama kelab itu apabila menjadi pasukan berstatus kelab pertama menjuarai kejuaraan utama negara iaitu Piala Malaysia. MPPJ merupakan pasukan pertama dalam karier kejurulatihan Dollah, Dollah melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Dollah meninggalkan MPPJ dengan gelaran ke-2 -Liga Perdana- untuk menyertai Selangor. Di Selangor dia menghadiahkan 1 trofi Piala Malaysia. Selepas 8 tahun kemarau kejuaraan, Dollah kembali meraih Piala Malaysia bersama Pahang pada tahun 2013.

Pada musim seterusnya dia meraih Liga Perdana bersama PDRM dan Piala FA 2018 merupakan trofi major ke-5.

Jurulatih yang sering diketawakan oleh fans berada no.4 boskur…

5. Zainal Abidin Hassan, 4 Trofi
Liga Super 2004
Piala FA 2006, 2014
Piala Malaysia 2014

Zainal mungkin agak telepas pandang oleh para peminat bola sepak tanah air terutama tentang pencapaiannya. Baru-baru ini dia menewaskan beberapa nama besar dunia untuk berada dalam senarai penjaring terbaik dunia.

Dalam carta jurulatih yang paling banyak menang piala, dia berada di tangga ke-5. Zainal membantu Pahang menjuarai Liga Super 2004. Pada tahun 2006, dia mengetuai pasukan ini menjadi juara Piala FA.

Situasi 2014 yang melihat Pahang tidak menyambung kontrak Ronald Smith pada Mac menjadi detik terbaik buat Zainal. Dia menyambung tugas yang ditinggalkan Smith dan meraih 2 kejuaraan iaitu Piala FA dan Piala Malaysia.

Zainal dan Dollah seperti isi dan kuku dalam kisah perjalanan bola sepak mereka, dari pemain sehinggalah jurulatih. Namun Zainal boleh tersenyum kerana mempunyai medal Liga Super sebagai jurulatih.

Dimana ada Dollah disitu ada Zainal…

6 SENARAI LAGI

6. Abdul Rahman Ibrahim, 3 (+2) trofi

Liga Super 2005
Piala FA 2001
Piala Malaysia 2006
+ Liga Perdana 1998, 2011

7. Tony Netto 3 trofi

Liga Super 2002, 2003
Piala FA 2004

8. Mario Gomez, 3 trofi

Liga Super 2015, 2016
Piala FA 2016

9. Irfan Bakti Abu Salim, 3 trofi

Liga Super 2001
Piala FA 2002, 2011

10. Ken Worden, 3 trofi

Piala Malaysia 1995, 1996, 2002

11. Tan Cheng Hoe 2 (+1) trofi

Piala FA 2017
Piala Malaysia 2016
+ Liga Perdana 2015