5 Kenyataan Kontroversi Mourinho Tentang United Terbukti Benar

Jose Mourinho dikenali dengan sidang medianya yang seringkali panas. Termasuk dituduh suka menyerang pemainnya sendiri kerana seringkali mengkritik mereka secara terbuka.

Berikut adalah beberapa kenyataan yang dianggap kontroversi daripada Mourinho yang terbukti benar.

1. Rashford bukan no.9 yang bagus

Wayne Rooney antara legenda Man United yang berharap Marcus Rashford akan menjadi no.9 yang berjaya dalam sejarah kelab mereka.

Pada masa yang sama Rooney yakin Rashford akan mampu memecahkan rekod golnya sebagao penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab tersebut.

Rooney berkata: “Untuk sampai ke tahap menjadi penjaring gol terbanyak Manchester United adalah pencapaian yang sangat besar. Apa yang saya harapkan agar Marcus Rashford dapat memecahkan rekod ini. Dia adalah anak jati Manchester.”

Namun beberapa tahun sebelumnya, Jose Mourinho pernah melabel Marcus Rashford bukan no.9 yang bagus. Dan pemain itu akan menjadi kurang ancaman sebagai penyerang tengah terutama sekali berdepan dengan lawan yang bermain pragmatik ataupun bertahan dengan unit yang ramai, tidak memberikan ruang kepadanya.

Mourinho kemudian menyatakan bahawa Rashford adalah pemain yang tak suka bergasak dengan bek tengah lawan.

Mourinho berkata: “Saya tak kata dia tak boleh menjadi pemain no.9. Dia akan menjadi no.9 yang berbahaya kalau lawan tidak bermain pragmatik, tidak bermain rapat rapat dan memberikannya ruang.”

“Rashford boleh memberikan ancaman ketika transisi,” kata The Special One pada 2019.

“Dia bukan target man, dia tak akan menjaringkan banyak gol sepertimana penyerang tengah lain lakukan. Jadi saya rasa, dia akan memberikan kamu sekitar 10-12 gol semusim sahaja.”

Jika Rashford menjaringkan cuma 12 gol semusim, ianya tidak akan membantunya untuk memecahkan rekod 253 gol kelab dicipta Rooney. Di mana ketika ini Rashford ketingglan 160 gol di belakang.

Dan selepas kenyataan Mourinho itu, Rashford memang bukan pemain yang bermain di posisi no.9 sebagai posisi utamanya. Ole Gunnar Solskjaer juga menilai pemain itu lebih baik digunakan di bahagian sayap kerana lebih membantu dalam transisi serangan balas dengan kelajuannya.

2. Man United perlukan bek tengah berkelas dunia

Pada jendela perpindahan musim panas 2018, sebulan sebelum dia dipecat, Mourinho dengan terbuka menyatakan dia bengang kerana tidak dibenarkan untuk mendapatkan bek tengah berkelas dunia yang dia mahukan untuk mengisi barisan pertahanan United.

Ketika itu pengurusan tertinggi Man United meminta Mourinho menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada pada Eric Bailly, Chris Smalling, Phil Jones, Victor Lindelof dan Marcos Rojo sebagai opsyen untuk dipasangkan di bek tengah.

Ketika itu Jose Mourinho sangat mahukan Harry Maguire dan Raphael Varane. Di mana dia turut terepas Mats Hummels.

Selepas Mourinho dipecat, United mendapatkan Maguire yang pernah dimahukan Mourinho dengan harga jauh lebih tinggi daripada yang pernah diminta Leicester ketika Mourinho mahukan pemain itu.

Ternyata Maguire juga bukan pemain yang berada dalam kelas pemain bek tengah berkelas dunia ketika ini. Dan United masih benar benar memerlukan bek tengah berkualiti premium.

NEWCASTLE UPON TYNE, ENGLAND – DECEMBER 27: Harry Maguire of Manchester United and his teammates walk off after the 1-1 draw during the Premier League match between Newcastle United and Manchester United at St. James Park on December 27, 2021 in Newcastle upon Tyne, England. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

3. Mourinho mempersoalkan komitmen Martial

Penyerang antarabangsa Perancis itu ketika itu menjadi kesayangan peminat Manchester United.

Namun Jose Mourinho pula tidak yakin bahawa pemain itu benar benar komited kepada United.

Pada pertengahan musim 2020/21, Martial mendesak perpindahan percuma ke Sevilla. Pengurus interim, Ralf Rangnick menyatakan bahawa mereka terpaksa melepaskan Martial yang merengek mahu keluar.

Peminat Man United benar benar kecewa dengan Martial, kerana menganggap dia sebenarnya boleh memanfaatkan peluang yang ada musim ini untuk mencabar tempat dalam kesebelasan utama.

Ini kerana United berdepan dengan krisis kecederaan di barisan serangan pada ketika itu.

Namun pemain itu tidak mahu, dan memilih untuk ke Sevilla. Rangnick kemudian menuduh Martial tidak mahu melapor diri untuk tugasan berdepan Aston Villa. Tetapi Martial menafikan perkara itu.

Mouriho pada 2019 sudah menjangkakan bahawa Martial suatu hari nanti akan memilih haluan yang berbeza dan tidak kuasa untuk komited 100% kepada kelab.

Bukan itu sahaja, Mourinho menggambarkan Martial sebagai pemain yang agak malas di atas padang. Jadi Mourinho lebih memilih dia untuk bermain di no.9 berbanding role di bahagian sayap yang menuntut pemain itu lebih banyak berlari dan mengejar lawan ketika bertahan.

“Saya tahu Martial kadangkala lebih sukakan peranan no.9, dan saya rasa ada alasan kukuh, dan kadangkala ada alasan yang kurang bagus untuknya. Namun saya tahu dia sukakan peranan No. 9.”

Mourinho merujuk Martial lebih suka menunggu sahaja di dalam kitak penalti.

4. Mourinho percaya Scott McTominay akan berkembang menjadi pemain utama United jika diberi peluang

Walaupun Mourinho dicemuh kerana banyak kritikan mengenai skuadnya semasa mengendalikan, dia mempunyai banyak perkara positif dalam menguruskan produk akademi United, Scott McTominay.

“Dia adalah orang yang melakukan segala-galanya,” kata Mourinho mengenai McTominay, ketika dia menamakan pemain Scotland itu sebagai Pemain Terbaik Tahunannya pada 2018.

“Dia memulakan musim di Akademi dan menamatkan musim bermain dalam perlawanan besar, dalam derbi Liga Perdana Inggeris dan perlawanan Liga Juara-Juara, sambil menjadi pemain penting untuk skuad.”

“Jadi saya fikir budak ini tidak boleh pulang tanpa anugerah, jadi dia akan mendapat anugerah khas dari saya.”

Pemain berusia 25 tahun itu kini menjadi pemain kesebelasan utama yang tetap di bahagian tengah untuk kedua-dua kelab dan negara, membuktikan bahawa keyakinan Mourinho terhadapnya adalah tepat.

Suka atau tidak, itulah hakikatnya sekarang, di mana McTominay membentuk gandingan tengah McFred bersama dengan Fred.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 30: Fred and Scott McTominay of Manchester United celebrate after the Carabao Cup Round of 16 match between Chelsea FC and Manchester United at Stamford Bridge on October 30, 2019 in London, England. (Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

5. Mourinho menegaskan bahawa menduduki tempat kedua bersama United pada 2017/18 adalah salah satu pencapaian kerjaya terbaiknya

Peminat Man United seringkali teringat dengan kenyataan Mourinho ini. Dan akhirnya memahami kenapa dia berkata sedemikian. Kerana bukan mudah untuk menguruskan Man United yang sarat dengan bintang yang sukar diuruskan.

Ini belum lagi mengambil kira ejen ejen pemain yang seringkali memberikan tekanan kepada pengurus. Malah Rio Ferdinand sendiri menyatakan di United, ada beberapa ejen atau wakil pemain akan terus menghubunginya dan bekas pemain United lain apabila mereka mengkritik prestasi pemain di bawah jagaan mereka.

Mourinho telah mencapai kejayaan yang luar biasa selama ini. Memenangi gelaran liga di Portugal, England, Sepanyol dan Itali.

Oleh itu, ramai yang terkejut apabila dia merujuk kepada penamat naib juara Liga Perdana United pada 2017/18 sebagai salah satu kejayaan terbesar – dan menuntut lebih banyak kredit untuk pencapaian itu.

Musim sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer melakukan perkara yang sama dan dianggap pencapaian luar biasa daripada Ole.

 

Baca yang lain