5 Negatif Dan Sah 1 Positif Dari Aksi Malaysia Berdepan Jordan

Sebenarnya dalam mana mana perlawanan bola sepak kalah itu perkara yang biasa. Terutama sekali untuk penyokong harimau Malaya.

Apabila bercerita soal perlawanan persahabatan, perkara yang penting bukan soal menang kalah. Tapi gaya permainan, perlaksanaan taktikal dan usaha pemain membuktikan bahawa dia berhak dapat tempat dalam kesebelasan utama dalam aksi kompetitif.

Jadi, apabila kalah tapi aspek di atas itu kita dapat, maka, perlawanan persahabatan itu dikira ada hasil. Bukannya kalah, tapi tak ada objektif yang jelas telah dicapai.

Apa yang Malaysia mahukan daripada aksi persahabatan dengan Jordan dan apa yang Jordan mahukan daripada aksi ini?

Sebab itu sangat sukar untuk mendapatkan perlawanan persahabatan dengan sesebuah pasukan seperti Jordan, kerana mereka kekadang tak tau apa yang akan mereka dapat lawan pasukan seperti kita.

Namun ada juga team yang besar ni buat juga aksi persahabatan dengan pasukan-pasukan yang kecil atas dasar fairplay dan juga pilihan terbaik mereka ada masa tu mengambil kira situasi.

Misalnya dulu Brazil sebelum pergi ke Jepun untuk aksi Piala Dunia, mereka singgah sebentar di Malaysia dan bermain aksi persahabatan di sini.

Sebab tu bila dapat lawan macam ni, manfaatkannya. Jangan sampai terpaksa lawan team kepulauan apa entah dulu tu. Pengadil muka tersengih.

Ketika membuka tv aksi Malaysia dan Jordan sebenarnya kita tak meletakkan harapan terlalu tinggi. Namun yang sakitnya, harapan yang rendah itu pun kita tak dapat.

Macam kau tengok filem Malaysia, kau tak akan expect dia akan setaraf Marvel dan bagai. Tapi apabila masih juga dijaja dengan plot yang klise maka kau pun akan kecewa juga.

Ini adalah 5 kesakitan yang dirasai peminat berdasarkan pemantauan di media sosial.

1. Defensive error

Boleh dikatakan keempat empat gol itu adalah ada defensive error. Ada pemain clear tak kena. Ada pemain bertembung dengan keeper.

Ye, memang akan ada kesilapan dalam padang. Orang kata, Van Dijk pun boleh terjatuh ataupun Ederson pun boleh buat mistake.

Tapi untuk menanggung lebih daripada 5 atau enam mistake secara bertahan dalam satu perlawanan ianya bukan perkara yang gila tetapi lebih daripada gila.


2. Kecergasan

Tidak menjangkakan aksi ini akan membentuk keserasian. Tapi lebih mahu melihat aspek kecergasan. Kita tak ada modal yang kuat dari segi fizikal. Maka kecergasan adalah jalan utama nak bergasak dalam perlawanan seperti ini.

Pemain jelas sekali tak cergas. Malas berlari. Balik bertahan pun lambat. Sebenarnya ada yang bukan malas tetapi tak larat nak tolong dah.

Mujur Aidil semalam cool sikit dia dengan pemain pemain di hadapan. Biasanya dia akan maki kaw kaw pemain pemain malas ini. Ya Aidil membuat kesilapan tapi dari segi kecergasan, orang veteran ini juga yang nampak lebih cergas.

3. Apabila penjaga gol tak menjadi super

Banyak perlawanan antarabangsa ni kita kekadang dikaburi oleh aksi penjaga gol yang melampau hebat. Sebab tu kita tak begitu nampak kesilapan pertahanan.

Khairul Azhan sebelum ni beraksi cemerlang dalam pasukan kita. Namun semalam, apabila penjaga gol tak perform di paras terbaik, terdedah dan terlondeh terus semua kelemahan kita ketika bertahan.

Mungkin itulah hikmahnya penjaga gol tak perform semalam. Mungkin la. Sebab dalam post moterm lepas ni pastinya isu defensif outfield players akan digariskan lebih mendalam.

4. Kecerdasan

Ini mungkin ada kaitan dengan point no.2. Saya ulang ayat dia, apabila kita tak ada modal fizikal aspek kecergasan dan kecergasan ini penting. Kecerdasan adalah keupayaan berfikir.

Untuk pemain-pemain bolasepak pastinya mereka sudah dilatih dengan pemikiran seorang pemain bola sepak. Ataupun football brain.

Macamana mereka menilai ancaman. Macamana mereka menilai perbuatan diri sendiri dan pergerakan lawan. Pemain yang bagus akan ada antisipasi yang kuat. Inilah masa pemikiran bersangka buruk diperlukan.

Kat luar padang janganlah kuat berprasangka buruk. Tapi dalam padang ni kena ada prasangka buruk ke atas lawan.

Ramai pemain terlalu lambat menjangka ancaman dan kebolehan lawan. Kalau nak ikutkan kedua dua pasukan masing-masing belajar tentang lawan masing-masing. Tak kenal sangat pun.

Jordan bukannya beraksi baik sangat pun terutama separuh masa pertama. Mereka banyak extra touches dan cuba melengahkan peluang nak skor.

Namun perlahan-lahan mereka belajar mengenali lawan mereka tahu korang boleh lihat hasilnya pada separuh masa kedua mereka mengubah cara bermain dan lebih kenal lawan mereka.

Malaysia pula terus macam tu. Mungkin pada fasa fasa akhir perlawanan baru nampak Malaysia bermain bola sikit. Tapi lawan dah decide itu masa nak bertenang selepas 4-0.

Sepanyol menang lawan Itali dengan team yang ramai pemain saiz kecil je. Tapi aspek football brain dan kecergasan mereka gila betul.

5. Hantaran dan kawalan

Ini adalah perkara yang paling menyakitkan untuk dilihat. Kalau gagal dalam hantaran jauh tu mungkin kita terima. Ni banyak hilang bola kerana kesilapan ketika buat simple pass dalam jarak kurang 10 meter.

Kemudian kawalan bola banyak tak betul kali ini. Mereka ni semua pemain yang bagus pemain profesional. Dan kita tahu mereka tak seteruk itu.

Cuma malam tadi mereka melakukan kejutan itu sekali lagi.

Rumusan

Ini adalah perlawanan persahabatan yang sia sia dari sudut pulangan kepada taktikal ataupun ujian kepada beberapa pemain yang dilihat boleh mencabar slot first 11.

Teringat kata kata Mourinho ketika dia mengendalikan aksi persahabatan, orang lain masa tu lihat keputusan perlawanan, dia pula menilai pemain pemain Man United dari segi larian, kesegeraan, off ball movement dan juga kecergasan.

Menang tu akan jadi indah kalau aspek aspek permainan ini dicapai. Namun kemenangan itu cuma kemenangan kalau beberapa elemen tu tak dicapai. Cuma pada pandangan kita sebagai fans, memang kita nak menang. Berbeza dengan coaches.

Sebab tu semalam Itali kalah, Mancini puas hati aksi pemainnya kerana mereka menuruti aspek Taktikal. Itu pandangan Coach. Dia lain.

Malangnya, kita kena berfikir seperti Coach pula masa jadi fans Malaysia ni sebab kita sentiasa cuba berlapang dada dan melihat aspek Taktikal dan teknikal.

Macam saya cakap di atas saya tak akan tekankan aspek Taktikal kerana jelas TCH menggunakan aksi ini sebagai medan eksperimen. Tapi kalau fikir balik macam sayang juga game macam ni tak digunakan sebaiknya untuk jadi acid test..entahlah.

Oh ya lupa tentang satu perkara positif.

Satu satunya perkara terbaik tentang perlawanan semalam adalah kehadiran ekor harimau Malaya di dalam stadium menemani pasukan di Jordan.