5 Konsol Permainan Paling Laris Sepanjang Zaman, Mana Satu Kau Pernah Rasa

Sementara kita menunggu PS5 dan Xbox Series X keluar, apa kata kita sembang dulu 4 konsol permainan yang paling laris sepanjang zaman setakat ini

5. PlayStation – 102.49 juta unit

Selamat mengingat kembali ex ataupun crush korang yang paling korang kenang iaitu PS1.

PlayStation yang pertama berada di tangga kelima. Sony melancarkan PS1 pada 1994, di Jepun dan pada 1995 di Amerika utara.

Ia telah menjadi pesaing langsung kepada Sega Saturn dan Nintendo 64.

Salah satu sebab kejayaan PS1 mengatasi Sega dan Nintendo adalah rekannya yang menyokong third-party development..

4. PlayStation 4 – 110.4 juta unit

Ramai yang menjangkan PS4 akan menjadi paling ngetop. Tapi ianya hanyalah di tangga keempat selepas 7 tahun berada di pasaran.

Pesaing utamanya adalah Xbox One dan Nintendo Switch. Namun PS4 langsung tiada saingan berbanding dengan dua pesaingnya itu.

Ini apabila Nintendo Switch dan Xbox One dicampur, hanya terjual 102 juta unit.

Pra tempah sahaja, sudah lebih daripada sejuta unit.

3. Game Boy + Game Boy Color – 118.69 juta unit

Konsol handheld 8-bit oleh Nintendo ini berada di tangga ketiga. Menjadi ciptaan kedua paling sukses oleh Nintendo. Gameboy mulai dijual pada 1989.

Gameboy popular dengan permainan seperti Tetris.

2. Nintendo DS – 154.9 juta unit

Inilah produk terbaik daripada Nintendo, dilancarkan pada 2004. Diikuti dengan Nintendo DS Lite dan Nintendo DSi yang membuatkan siri ini terjual 154.9 juta unit.

Pra tempah di Amerika Utara dan Jepun sahaja pun sudah lebih 3 juta.

Kejayaan ini memang sangat mengejutkan. Dan ianya pada satu ketika lebih banyak dibeli daripada PS2.

1. PlayStation 2 – 155 juta unit

Dan juaranya adalah PS2. Menjadi konsol permainan paling laku keras dalam sejarah. Dilancarkan pada tahun 2000 dan terus dihasilkan sehingga 2013.

Kali ini PS ada satu lagi pesaing tambahan selain daripada Sega Dreamcast dan Nintendo Gamecube, iaitu Microsoft’s Xbox.

Namun PS2 dengan cemerlang menapai jualan lebih 155 juta unit dengan lebih 1.5 jurta salinan permainan dijual. Tu tak kira versi pirates tu.

Itulah senarai konsol permainan paling laris sepanjang zaman setakat ini. Korang pernah merasa yang mana satu?

Baca yang lain