5 Pemain Dengan Top Speed Menggila Di EPL Musim Ini 2 Pemain Liverpool Dalam Senarai

Pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris adalah antara atlet terpantas di planet ini. Sudah tentunyadi peringkat teratas permainan, seseorang pemain itu perlu kuat, tangkas dan pantas.

Dan dengan adanya sains sukan dan program kecergasan pemain telah bertambah baik sejak penubuhan Liga Perdana Inggeris, pemain pemain kini semakin pantas dan pantas setiap tahun.

Malah ada yang mampu mengekalkan corak larian pantas mereka walaupun sudah melebihi usia 30 tahun. Itulah kehebatan Sains Sukan dalam membantu pemain pada hari ini.

Tetapi yang menarik, bukan sahaja bintang penyerang sahaja yang memiliki pecutan yang baik. Malah pemain pertahanan juga.

Apabila menentang pemain seperti Cristiano Ronaldo, Mohammed Salah dan Sadio Mane, pemain pertahanan juga perlu cukup pantas untuk bersaing dengan pelari elit ini.

Mereka langsung tidak memberikan peluang kepada pertahanan untuk berlari pada pace rendah apabila sudah mengatasi mereka dengan take ons.

Pecutan adalah segala-galanya dalam bola sepak, ia boleh digunakan pemain untuk kembali semula ke posisi apabila diserang ataupun digunakan sebagai senjata utama untuk membunuh lawan ketika menyerang.

Pemain pemain laju ini biasanya memiliki nilai pasaran yang tinggi di pasaran.  Tetapi berapa pantas pemain bola sepak berlari dalam Liga Perdana Inggeris?

Menurut catatan opta, berikut adalah 5 pemain yang memiliki kelajuan tertinggi (top speed) paling hebat musim ini.

5. Patson Daka – 36.1 km/j

5. Ollie Watkins – 36.1 km/j

4. Ibrahima Konate – 36.2 km/j

2. Adama Traore – 36.6 km/j

2. Mohamed Salah – 36.6 km/j

1. Antonio Rudiger – 36.7 km/j

Walaupun Salah boleh dikatakan pemain terpantas liga, namun hakikatnya dia di belakang catata top speed pertahanan tengah Chelsea, Rudiger menewaskannya dengan kelebihan yang paling kecil.

Dan tidak hairanlah mengapa Rudiger dikehendaki oleh kelab-kelab di seluruh Eropah, dengan pecutan elitnya membuktikan bahawa dia adalah antara pertahanan terbaik dalam liga.

Apa yang lebih memeranjatkan tentang statistik ialah rating kelajuan Rudiger di FIFA hanya 75. Rudiger sendiri pernah menyatakan bahawa FIFA seharusnya menaikkan lagi data kelajuannya.

EA Sports sememangnya perlu meminda dan mengubah data tersebut untuk musim 2022/23.

Rudiger yang masih belum melanjutkan kontrak dengan Chelsea boleh pergi secara percuma selepas tamat musim ini. Rudiger menjadi idaman kelab kelab seperti Bayern Munich dan banyak lagi kelab besar lain.

Pemain asal Jerman itu bukan satu-satunya pemain pertahanan dalam senarai 5 teratas, dengan pertahanan tengah Liverpool, Ibrahima Konate juga diletakkan di dalam empat teratas, mengatasi penyerang Villa iaitu Ollie Watkins dan penyerang Leicester, Patson Daka.

Ini bermakna Liverpool ada dua pemain yang berada di dalam senarai pemain yang mencatatkan kelajuan tertinggi paling padu musim ini.

Konate merupakan pemain yang dianggap sebagai bintang masa depan dalam pembikinan di Anfield.

Ia juga tidak menghairankan untuk melihat bekas pemain Wolves Traore berada dalam kelompok tiga teratas memandangkan pecutan luar biasanya menjadi senjata yang sangat digeruni lawannya. Kini pemain itu sudah pun bermain di Sepanyol bersama Barcelona.

Selain daripada laju, Traore sangat sukar untuk ditewaskan secara duel kerana fizikalnya yang keras.

Beberapa pemain yang dianggap pantas seperti Ismaïla Sarr, Daniel James, dan Kyle Walker tidak berada dalam senarai 5 teratas.

Daniel James satu ketika dahulu ditandatangani Man United kerana kelajuannya. Namu terpaksa dijual ke Leeds selepas gagal meningkatkan aspek penyudahnya.

Tetapi bersama Leeds musim ini dia menjadi pemain yang kerap bermain di false 9. Dan menjaringkan beberapa gol.

 

Baca yang lain