5 Pemain Gaji Paling Besar, Messi 2 Kali Ganda Lebih Dari Ronaldo

Lima pemain berpendapatan tertinggi dalam bola sepak Eropah telah didedahkan. Senarai ini hanya melibatkan gaji sahaja, tidak termasuk pakej lain seperti tajaan peribadi pemain.

Mereka rata rata menerima gaji yang sangat tinggi. Dua senarai teratas secara terkumpul mengaut £3 juta seminggu.

1. Lionel Messi

Agak mengejutkan apabila Lionel Messi memperoleh pendapatan lebih dari dua kali ganda daripada jumlah pendapatan Cristiano Ronaldo.

Perincian kontrak Messi Barcelona dibocorkan secara kontroversi pada Januari dan ia mungkin merupakan perjanjian terbesar dalam sejarah sukan.

Menurut L’Equipe, pecahan gaji Messi yang luar biasa, dengan gaji mingguan sebanyak £2.1 juta (RM11.96) seminggu untuk pemain Argentina berusia 33 tahun itu. Ianya telah menghasilkan £108.2 juta setiap tahun.

2. Cristiano Ronaldo

Ronaldo – yang tidak mengejutkan kita semua untuk berada di kedudukan kedua – memperoleh “hanya” £900,000 (RM5.2 juta) seminggu dari Juventus, menurut L’Equipe. Ronaldo mendapat £46.7 juta setahun. Ianya beza sangat besar berbanding Messi.

Namun untuk gaji di Juventus ianya sangat tinggi. Malah gaji semusim Ronaldo dilaporkan boleh membayar gaji Pirlo selama 17 musim.

3. Neymar

Di tempat ketiga ialah Neymar, pemain termahal dalam sejarah. Penyerang Brazil berusia 29 tahun itu memperoleh £606,000 (RM3.45 juta) seminggu (£31.5 juta setahun) dari Paris Saint-Germain.

Bintang Brazil itu sentiasa dianggap sebagai pemain ketiga di belakang Messi dan Ronaldo pada ketika ini.

Misi utama Neymar masih mahu cuba membantu PSG menang UCL.

4. Luis Suarez & Antoine Griezmann

Keempat dikonsi bersama Antoine Griezmann dan Luis Suarez dibayar £575,000 (RM3.27 juta) seminggu oleh Atletico Madrid sejak berpindah dari Barcelona tahun lalu, sementara Antoine Griezmann dari Barca memperoleh sesuatu yang serupa: kontrak hampir £30 juta setahun.

Suarez menyertai Atletico dengan kekal mendapat bayaran yang sangat tinggi.

Senarai lain

Selain daripada pemain pemain di atas, Gareth Bale – yang sebahagian gajinya dibayar oleh Real Madrid – David de Gea dari Manchester United adalah antara pemain yang berpendapatan terbaik menurut laporan. Tetapi tidak sampai £30 juta setahun.

Kylian Mbappe dilaporkan akan mendapat kenaikan gaji sehingga £26 juta setiap musim jika dia menandatangani kontrak baharu dengan PSG. Ini kerana PSG tidak boleh memberikan Mbappe gaji lebih besar kerana status FFP mereka.

Baca yang lain