5 Pemain Liverpool Diundi Sebagai Lelaki Paling Pandai Main Bola Di Eropah 2019

Jika semalam, jejaka hensem Jordan Handsomeson eh, Henderson dipilih sebagai lelaki Inggeris paling pandai bermain bola, hari ini 5 lagi pemain Liverpool tersenarai dalam undian peminat untuk kesebelasan tahunan UEFA 2019.

Mereka ialah:

1. Alisson Becker – Penjaga gol
2. Trent Alexander- Arnold – Bek kanan
3. Virgil van Dijk – Bek tengah
4. Andy Robertson – Bek kiri
5. Sadio Mane – sayap kiri

Prestasi cemerlang 5 jejaka tersebut telah membantu Liverpool menjuarai Liga Juara – Juara Eropah 2018/19. Yang juga merupakan kejuaraan telinga capang keenam di dalam sejarah kelab bersejarah Liverpool.

Tiada nama Lord Origi dalam senarai kali ini kerana beliau tak pandang anugerah macam ni.

Selain daripada 5 nama di atas, enam lagi pemain termasuk: Matthijs de Ligt, Frenkie de Jong, Kevin De Bruyne, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Robert Lewandowski.

De Ligt dan Frenkie De Jong cemerlang bersama dengan Ajax Amsterdam musim lalu. Membantu pasukan serba muda Ajax mara sehingga ke separuh akhir. Mereka tewas secara dramatik di tangan Spurs pada separuh akhir.

Musim ini, De Ligt bermain untuk Juventus, sementara Frenkie De Jong bermain untuk Barcelona.

Lionel Messi pula cemerlang membantu Barcelona mara ke separuh akhir. Namun agak sayang apabila disingkirkan Liverpool selepas pendahuluan agregate 3 gol dari Nou Camp.

Ronaldo dan Lewandowski terus menjadi antara pemain pilihan. Kedua dua pemain cemerlang sepanjang kempen UCL pada musim lalu.

Liverpool berjaya memastikan 5 calon mereka diiktiraf sebagai jejaka paling pandai bermain bola. Mereka disaring daripada 50 senarai akhir pada Disember tahun 2019.

Agak mengecewakan apabila tidak ada seorang pun pemain Tottenham Hotspur berada dalam senarai, meskipun mereka mara ke final UCL.

Ini adalah senarai penuh secara visual yang aku kelepet dengan screenshot di laman rasmi Liverpool fc.

Tahniah kepada semua pemain yang berjaya memenangi hati peminat. Kepada yang tak berjaya, sila cuba lagi tahun depan. Power tak ayat klise macam ni?

Baca yang lain