5 Pemain Padu Yang Boleh Ditandatangani Secara Percuma

Sebenarnya ramai pemain yang bakal menjadi ejen bebas pada perpindahan musim panas akan datang. Di mana mereka masih belum lagi melanjutkan kontrak.

Pemain seperti David Silva tu rasanya sudah ada kelab dan pra kontrak. Jadi, tidak perlu dibincangkan di sini.

Namun di antara senarai yang ramai tu, kita lihat 5 pemain yang top player.

1. Edinson Cavani

Pemain ini sah akan meninggalkan PSG selepas tamat musim ini selepas beliau menolak tawaran kontrak.

Sebelum ini Cavani meminta persetujuan bersama untuk PSG melepaskan beliau. Agak mengejutkan apabila PSG berkeras mahukan £35 juta daripada Cavani.

Pemain tersebut kemudian menghantar transfer request untuk menyertai Atletico Madrid.

Namun begitu PSG cuba menjualnya ke kelab lain, kerana Atletico enggan membayar £35 juta untuk pemain tersebut ditambah dengan bayaran ejen yang sekitar £15 juta.

Usaha PSG mahu menjual Cavani ke kelab lain tidak dapat direalisasikan. Di mana pemain tersebut dilaporkan hanya mahukan perpindahan ke PSG.

Namun apa sahaja boleh berlaku. Di mana banyak kelab lain sudah mulai datang untuk menawarkan kontrak lumayan kepada pemain kebangsaan Uruguay itu termasuk tawaran dari Amerika Syarikat dan juga China.

Cavani merupakan pemain yang memiliki rekod jaringan yang luar biasa.

2. Dries Mertens

Chelsea antara pasukan yang dikaitan dengan Mertens. Ini kerana Chelsea menjangkakan mereka akan kehilangan Pedro dan Willian.

Mertens masih belum melanjutkan kontraknya bersama dengan Napoli. Beliau mengintai peluang untuk mencari cabaran baharu.

Walaupun beliau agak tidak berada di prestasi terbaik seperti 3 musim sebelum ini – Mertens masih menjadi pemain yang menjadi rebutan.

Prestasi tidak menentu itu mungkin kerana fokusnya sudah tidak lagi di Napoli, selepas 7 tahun menabur bakti dengan Napoli.

Mana tahu Mertens bakal bergabung semula dengan Maurizio Sarri di Juventus? Selepas kelab itu dilaporkan bakal melepaskan Douglas Costa.

Salah satu sebab utama beliau mahu keluar dari Napoli adalah kerana mahu menamatkan kariernya dengan piala. Mertens pemain yang boleh bermain di sayap dan false 9.

3. Olivier Giroud

Kegagalan Chelsea mendapatkan Cavani dan penyerang baharu pada Januar lalu dilaporkan telah membuatkan Chelsea terpaksa terus menyimpan Giroud.

Giroud sebelum ini sudah berada di Itali untuk memudahkan beliau memeterai perjanjian dengan Inter Milan, dengan syarat Chelsea mendapat penyerang baharu.

Tetapi Chelsea gagal melakukannya dan Giroud terpaksa menerima hakikat bahawa beliau akan terus kekal memanaskan bangku simpanan Chelsea.

Giroud hampir pasti tidak akan melanjutkan kontrak di Chelsea. Dan pemain 33 tahun itu boleh didapatan secara percuma.

4. Willian

Selalunya Barcelona akan dikaitkan dengan Willian. Namun apabila ada peluang mendapatkan pemain itu percuma, tiada pula khabar berita.

Sebenarnya, Willian dilaporkan sudah memutuskan mahu mengakhiri kariernya di London. Beliau yang sebelum ini seringkali dikaitkan dengan nak berpindah, telah mengubah pendiriannya untuk mahu terus kekal bersama Chelsea.

Ini kerana beliau baru sahaja mendapat taraf kewarganegaraan di England. Willian meminta lanjutak kontrak 3 tahun. Namun Chelsea hanya menawarkan paling lama pun 2 tahun sahaja.

Willian sudah berkata, beliau akan memilih kelab London demi isteri dan anaknya.

Arsenal dan Spurs mungkin boleh mencuba nasib untuk mendapatkan peamin ini.

5. Thomas Meunier

Pemain pertahanan PSG ini juga masih belum melanjutkan kontraknya dengan kelab Paris tersebut.

Beliau baru berusia 28 tahun dan merupakan bek kanan yang sangat baik.

Inter Milan dilaporkan berminat untuk membawa masuk Meunier menyertai mereka pada musim hadapan.

Everton sebelum ini pernah cuba memancing khidmat Meunier, namun pemain itu menolaknya.

Tetapi dengan adanya Carlo Ancelotti, segalanya boleh berubah kini.