5 Pemain Paling Banyak Jaring Gol Melalui Sepakan Percuma

Sesetengah lagenda mencipta nama melalui sepakan percuma. Keupayaan mereka menjaringkan gol melalui situasi ini tidak dimiliki oleh semua pemain bola sepak.

Menyepak bola melepasi benteng dan mencipta kelajuan yang cukup bagi menewaskan penjaga gol lawan sebenarnya lebih mudah dikatakan berbanding melakukannya.

Setiap pasukan yang berjaya sejak bertahun-tahun lepas sekurang-kurangnya mempunyai 1 pemain yang mempunyai kemampuan menyudahkan sepakan percuma.

Dalam bola sepak moden, pemain Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dipuji sebagai salah satu pemain yang mempunyai sepakan bebas terbaik.

Walau bagaimanapun , dari segi jumlah jaringan, kedua-dua lagenda permainan ini tidak termasuk dalam senarai 5 teratas.

1.Juninho Pernambucano (Brazil)

Juninho adalah raja tendangan bebas –sepakan percuma yang tidak boleh dipertikaikan. Seorang pemain yang mengagungkan teknik knuckleball.

Pemain Brazil ini mencetak 77 gol melalui sepakan percuma sepanjang kariernya. Salah satu pencapaian yang tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pemain sehingga hari ini.

Dia memainkan peranan penting ketika Olympique Lyon menguasai kancah saingan League 1 Perancis sebelum Paris Saint Germain masuk dengan menggunakan kuasa wang.

Namun Juninho sempat membantu Lyon memenangi 7 gelaran kejuaraan dan banyak jaringannya terhasil dari situasi bola mati.

Tidak kira dibahagian mana atau berapa jarak dari pintu gol lawan, kemampuan pemain ini meletakan bola ke dalam jaring lawan agak tinggi.

  1. Pele (Brazil)

Selain pakar melakukan jaringan dalam permainan terbuka, Pele juga mempunyai statistic hebat dalam jaringan melalui sepakan percuma.

Pemain yang dianggap sebagai pemain bola sepak terbaik sepanjang masa bersama Diego Maradona, namun diantara dua nama ini Pele adalah tuannya.

Sepanjang karier, Pele telah menjaringkan lebih 1,000 gol dan memenangi 3 Piala Dunia bersama Brazil.

Dia adalah penyerang maut yang mempunyai naluri yang tidak ditandingi oleh pemain lain. Salah satu kemahiran yang dimilikinya sebagai pemain bola sepak adalah sepakan percuma.

Menurut rekod, dia telah menjaringkan 70 gol melalui situasi ini sementara pesaingnya Maradona merekod 62 gol.

  1. Ronaldinho (Brazil)

Rekod 66 gol Ronaldinho terikat dengan Legrotaglie. Ronaldinho merupakan salah seorang pemain yang amat dihormati dalam bola sepak.

Seorang pemain yang sering dirujuk sebagai pemain bola sepak yang mampu bermain dalam apa-apa ruang di padang permainan. Sukar untuk menafikan perkara ini kepada sesiapa yang pernah menyaksikannya bermain.

Bekas pemain Brazil ini mampu melakukan apa sahaja. Menggelecek, menghantar, membuat percubaan termasuk melakukan mengambil sepakan percuma.

Salah satu sepakan percuma yang terkenal dilakukannya ketika menentang England pada aksi Piala Dunia 2002.

Ronaldinho menjaringkan gol dalam pelbagai bentuk ketika bersama Paris Saint-Germain, Barcelona, AC Milan dan lain-lain. Melalui sepakan percuma, 66 kali berhasil dan menjadi pemain ke-3 paling banyak melakukannya.

  1. Victor Legrotaglie (Argentina)

Legrotaglie bukanlah salah satu nama yang dikenali oleh dunia. Bagaimanapun pemain tengah ini dianggap seorang pemain yang hebat di negara asalnya.

Menghabiskan seluruh kariernya di Argentina sebelum bersara pada 1974.

Dia dipuji sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik di Mendoza dan dikatakan memberi inspirasi kepada generasi selepasnya.

Legrotaglia menarik minat dari kelab eropah seperti Inter Milan dan Real Madrid tetapi memilih untuk terus tinggal di Argentina.

Pemain ini menampilakan bakat jika mendapat situasi yang digemarinya. Bukti 66 jaringan melalui sepakan percuma membuktikan bakat ini tidak pernah diatasi oleh mana-mana pemain Argentina yang lain.

  1. David Beckham (England)

Salah satu personaliti yang paling terkenal di dunia, Beckham mendapat banyak pujian melalui tekniknya.

Hantaran Beckham terlalu tepat terutama hantaran lintang. Ia menjadi trademark permainan Beckham.

Ketika bersama Manchester United, Real Madrid dan AC Milan, dia merupakan pemain utama sepakan penjuru dan sepakan percuma.

Dengan gaya ikonik Beckham akan melencongkan bola ke mana-mana penjuru yang sukar dicapai oleh penjaga gol disamping mudah melepasi barisan benteng lawan.

Terlalu banyak jaringan ikonik dari Beckham bersama kelab dan England. Istilah yang paling terkenal adalah ‘Bend it like Beckham.’

Dalam catatan kariernya, Beckham mencetak 65 gol melalui sepakan percuma.

Baca yang lain