5 Pemain Paling Disukai R9 Ketika Ini, Ada Nama Salah, Tiada Cristiano Ronaldo

Ronaldo R9 ditanya mengenai lima pemain yang paling dia gemari pada ketika ini. Legenda Brazil itu telah menamakan Lionel Messi sebagai pemain No.1.

Namun beliau meninggalkan nama superstar, yang sama nama dengannya dan legenda Real Madrid sepertinya iaitu Cristiano Ronaldo.

Ronaldo ternyata menggemari pemain yang memiliki kelajuan di dalam senarainya. Kita faham, sebab beliau dahulu, salah satu cara beliau menewaskan lawannya, adalah dengan kelajuan.

Berikut adalah 5 senarai pilihan R9:

1. Lionel Messi

Menurut R9, Lionel Messi sudah pasti dalam senarai teratas beliau. Ini kerana pemain seperti Messi adalah bakat yang tidak akan selalu muncul.

“Messi, tentu saja, dia adalah orang nombor satu yang saya paling suka tengok. Ini adalah bakat yang kita perlukan 20 atau 30 tahun untuk melihat sesuatu yang serupa ini,” katanya.

2. Mo Salah

Nombor dua dalam senarai beliau adalah penyerang sayap Liverpool, Mohamed Salah. Malah beliau pernah memberikan sokongan kepada Liverpool ketika final UCL musim lalu kerana adanya Mo Salah di dalam pasukan.

Salah telah menjaringkan gol di dalam final tersebut dan membantu Liverpool menjulang kejuaraan UCL keenam di dalam sejarah kelab.

3. Eden Hazard

Rakan baik kepada Mo Salah, iaitu Eden Hazard berada dalam senarai ketiga Il Fenomeno. Ini kerana kelincahan pemain tersebut di atas padang.

Hazard kini masih mencari rentak beliau ketika di Real Madrid.

4. Neymar

Ronaldo kemudian memilih Neymar dalam senarainya. Pemain senegara dengannya itu dianggap salah seorang bakat elit dalam bola sepak pada hari ini.

Neymar pemain yang memiliki skil yang sangat hebat di atas padang.

5. Kylian Mbappe

Akhir sekali, R9 memilih seorang lagi pemain PSG iaitu Kylian Mbappe.

Beliau berkata: “Saya juga suka Salah, Hazard, Neymar, dan saya sangat suka menonton seorang lagi, tentu saja Mbappe,” tambahnya.

“Ramai mengatakan beliau [Mbappe] mirip dengan saya, belia ada kelajuan yang tinggi, beliau juga memiliki penyudah yang baik, selain mempunyai pergerakan yang hebat.”

“Beliau sangat bagus dengan kedua kaki, dan mempunyai langkahan yang luar biasa.”

“Kami mempunyai perkara yang serupa, tetapi saya tidak pernah menyukai perbandingan, terutama antara pemain dari generasi yang berbeza, kerana situasinya berbeza.”

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi