5 Pemain Sesuai Menggantikan Pogba Di United

Paul Pogba sepertinya sudah hampir pasti meninggalkan United penghujung musim nanti.

Pemain berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan buku lali yang telah mengetepikannya untuk hampir sepanjang musim ini.

Nampak seperti kecederaan beliau tidak akan pulih selagi tidak keluar dari Old Trafford.

Pogba kembali pada Disember lalu dan dimasukkan sebagai pemain gantian ketika United menentang Newcastle United dan Watford.

Dan dua perlawanan itu lah kali terakhir beliau bermain untuk pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

https://twitter.com/MikeLUHGv3/status/1229818080836104193?s=19

Pengurus Norway itu baru-baru ini telah menghentam Mino Raiola berkait isu perpindahan Pogba ini dan terjadi perbalahan antara mereka berdua di sosial media.

Jadi dengan pelbagai spekulasi yang ada, Pogba mungkin musim hadapan Paul Pogba bukan lagi seorang pemain Manchester United.

Jadi sekiranya beliau benar-benar meninggalkan United siapa paling sesuai menggantikan tempat beliau?

Di sini kita senaraikan lima pemain yang paling sesuai untuk menggantikan Paul Pogba sebagai jentera tengah United sekiranya Pogba meninggalkan United musim hadapan.

1. Youri Tielemans

Manchester United sering dikaitkan dengan pemain Leicester City, James Maddison selepas persembahan hebat yang ditunjukkan pemain berusia 23 tahun ini.

Walau bagaimanapun, dengan pembelian Bruno Fernandes pada bulan Januari lalu, United tidak seharusnya berbelanja besar lagi untuk mendapatkan pemain seperti Maddison.

Sebaliknya United perlu melihat kepada rakan sepasukan beliau, Youri Tielemans yang dilihat sebagai pengganti Paul Pogba paling ideal buat masa ini.

Pemain tengah Belgium itu tidak menjadi tumpuan ramai Kerana beliau tidak menjaringkan gol seperti Jamie Vardy, Perez dan Maddison. Tetapi hakikatnya beliau lah pemain paling berpengaruh di bawah kendalian Brenda Rodgers.

Tielemans hanya berusia 22 tahun dan sudah mempunyai resume yang luar biasa dengan kejayaan yang berjaya di Anderlecht, Monaco dan sekarang Leicester City. Dia juga merupakan pemain utama dalam skuad kebangsaan Belgium.

Beliau pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Belgium sebanyak dua kali. Dan selama empat musim bersama pasukan seniur beliau sudah memenangi anugerah Pemain Bola sepak terbaik Belgium.

Tielemans adalah bakat yang jarang boleh di temui, beliau boleh memasuki mana-mana bahagian tengah, sama ada bertahan, box-to-box atau bermain di role nombor 10.

2. Sergej Milinkovic-Savic

Peningkatan Lazio di Serie A musim ini ramai yang anggap kerana kehebatan penjaring sensasi mereka Ciro Immobile, yang kini mengetuai perlumbaan untuk anugerah Kasut Emas Eropah bersama Robert Lewandowski dan Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun, selain ketajaman yang di tunjukkan oleh Immobile, Lazio cemerlang di Serie A musim ini kerana mereka mempunyai seorang pemain yang sangat rajin di bahagian tengah pasukan.

Sergej Milinkovic-Savic.  Pemain tengah Serbia itu sebelum ini telah menarik perhatian dari Manchester United dan tidak akan menjadi kejutan sekiranya gergasi Liga Perdana Inggeris itu mahu mendapatkan beliau pada musim panas ini.

Pemain berusia 24 tahun itu sudah menjadi pemain yang mantap untuk pasukannnya Lazio dan dalam pasukan kebangsaan Serbia.

Beliau memainkan peranan penting untuk kelab dan negara.

Beliau juga adalah watak penting dalam pasukannya ketika menewaskan Inter Milan dalam saingan Liga Baru-baru ini.

Beliau telah menjaringkan 12 gol untuk semua kejohanan musim ini. Itu adalah jaringan yang banyak untuk seorang pemain yang bermain di bahagian tengah.

Selain daripada tujuan menyerangnya yang jelas, sifat-sifat lain Milnkovic-Savic termasuk semangat juang tinggi, ketabahan dan kepimpinan yang sangat baik.

3. Saul Niguez

Bintang Atletico Madrid, Saul Niguez mempunyai keupayaan untuk menjadi salah satu pemain tengah terbaik di dunia kerana kesedaran taktikalnya yang luar biasa, meluas dan etika kerja beliau.

Diego Simeone adalah salah seorang pengurus pasukan yang mempunyai falsafah dalam bola sepak dan beliau lebih Mementingkan konsep untuk bertahan dan membuat serangan balas.

Pengurus Argentina ini menuntut pemainnya bekerja keras, lasak dan gigih, sering bergantung pada ketabahannya untuk memenangi perlawanan.

Dalam pasukan seperti ini yang mempercayai gaya menyerang balas dan bertahan, hampir mustahil untuk bermain bola sepak yang “cantik”.

Walau bagaimanapun, Saul Niguez masih dapat mencuri tumpuan dengan aksi sangat menyenangkan di mata apabila ia berada di padang.

The Spaniard adalah maestro pass, pemenang bola utama dan salah satu penghubung serangan Atletico yang paling kuat dari bahagian tengah.

Dia sangat baik dalam peralihan, on-the-ball yang handal. Dengan melihat dari semua sudut dan aksi persembahannya tidak salah untuk melabel beliau Sebagai pemain tengah yang serba lengkap.

Saul adalah seorang pemain serba boleh di bahagian tengah Altetico. Memainkan peranan penekan energetik di sisi Simeone dan untuk pasukan kebangsaan Sepanyol.

Kesesuaian dan kesedaran ini boleh menjadikannya pemain yang berkesan di mana-mana kelab besar di Eropah.

Oleh itu, pemain berusia 25 tahun itu boleh menjadi tambahan pintar ke bahagian tengah Manchester United yang masih terdiri daripada beberapa pemain berbakat namun tidak berpengalaman.

Saul akan membawa satu lagi dimensi ke hadapan dan juga boleh membentuk perkongsian cemerlang dengan Bruno Fernandes tetapi ia akan mengambil harga yang tinggi bagi United untuk menariknya keluar dari Wanda Metropolitano.

4. Donny van de Beek

Para superstar Ajax musim lepas meninggalkan Johan Cruyff Arena untuk bergerak ke beberapa kelab terbesar di Eropah.

Antaranya adalah Frenkie de Jong, Matthijs de Ligt dan yang Terbaru Hakim Ziyech semuanya telah dibeli oleh Barcelona, ​​Juventus dan Chelsea.

Mengikut laporan menunjukkan bahawa banyak lagi akan mengikutinya. Antara yang bakal keluar dari Ajax adalah pemain tengah mereka Donny van de Beek yang telah menjadi pemain pendamping untuk pasukan Erik ten Hag dalam musim baru ini.

Musim lalu, pemain berusia 22 tahun itu menjaringkan 17 gol dan menyumbang 13 bantuan gol dalam semua pertandingan.

Beliau telah meneruskan kecemerlangannya  ke dalam kempen musim ini dengan 10 gol dan 10 assist.

Peminat Ajax tidak akan melupakan gol kemenangannya menentang Tottenham Hotspur pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Pemain Belanda ini adalah pengganti Pogba yang seakan sama corak permainan mereka. Dinamiknya, mengawal bahagian tengah dengan lancar,kreativiti mereka juga sama dan mampu untuk membantu bahagian pertahanan.

Dia boleh memainkan peranan di bahagian tengah tetapi penglihatan dan tekniknya yang luar biasa membolehkannya memainkan peranan yang lebih kedepan. Beliau seorang pemain yang bijak mencari ruang bahkan bijak mencipta ruang untuk menjaringkan gol-gol penting.

5. Jude Bellingham

Pemain tengah sensasi berusia 16 tahun, Jude Bellingham telah mencuri tumpuan ramai pengurus pasukan di England selepas menunjukkan aksi yang cemerlang untuk Birmingham City musim ini.

Pemain muda yang membuat penampilan sulungnya pada bulan Ogos lalu sudah menjadi pemain bernilai £ 50 juta, anda boleh nilai sendiri seperti mana keupayaan dan potensinya.

Bellingham adalah pemain tengah box-to-box dengan naluri menyerang semulajadi.  Walaupun usia muda, wonderkid Inggeris itu sangat menonjol di bahagian tengah kerana ketinggian, kefleksibelan dan kekuatannya.

Beliau mempunyai ketajaman dari segi hantaran tepat serta boleh menggelecek dengan baik.

Belia juga memiliki bakat untuk menjaringkan gol. Di usia muda begini beliau sudah mempunyai kehebatan seperti itu.

Kebolehannya mengawal bola, ketenangan, kehebatan teknik dan kecerdasannya telah banyak membuktikan bahawa dia memang mempunyai masa depan yang cerah di dalam sukan bola sepak.

Manchester United adalah salah satu daripada banyak kelab yang ingin mendapatkan perkhidmatan Bellingham pada musim panas ini.

Tetapi tag harga yang diletakkan pada beliau sedikit merisaukan United untuk mendapat dan mempertaruhkan wang untuk memilikinya.

Walau bagaimanapun, gergasi Liga Perdana dilaporkan memantau kemajuannya di St Andrew dengan penolong pengurus Mike Phelan secara peribadi mengikutinya.

Jude Bellingham jelas mempunyai masa depan Yang baik dalam bola sepak jika bakatnya terus di asah dan beliau juga boleh menjadi prospek masa depan yang baik untuk pasukan United.

Corak permainan United kelihatan lebih baik selepas kemasukkan Bruno Fernandes.

Peminat membayangkan gandingan Bruno dengan Pogba tetapi hal itu seperti tidak akan pernah berlaku.

Jadi sekiranya Pogba benar-benar meninggalkan United, mereka harus segera mencari pemain pengganti dan ini lah antara yang sesuai untuk menggantikannya.

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang