5 Pemain Tengah Defensif Yang Boleh Dibeli Arsenal

Mikel Arteta perlu membeli seorang pemain tengah bertahan bagi meraih terbaik dari nilai wang jika Ozil dijual.

Pemain ini mempunyai baki kontrak 12 bulan dan tanpa kontrak baharu, ia membolehkan pemain Jerman itu keluar dengan percuma.

Menurut laporan di England, Arteta sedang memburu seorang pemain baru di posisi tengah bertahan bagi membantu barisan pertahanannya.

Matteo Guendouzi dilihat sedang berjuang bagi mengekalkan dirinya di kelab London itu, manakala Lucas Torreira sedang diketepikan kerana kecederaan.

5 pemain yang dilihat mampu membantu Arsenal memperbaiki barisan pertahanannya.

1. Declan Rice (West Ham United)

Arsenal perlu membuka persaingan bagi mendapatkan Rice

Pemain tengah dari West Ham United ini telah menarik ramai perhatian dari para penyokong di Liga Perdana Inggeris.

Chelsea dilaporkan berminat membawa Rice kembali ke Stamford Bridge selepas menghabiskan 8 tahun bersama akademi mereka.

Pemain ini masih kekal bersahabat baik dengan Mason Mount.

Menurut lagenda Arsenal, kelab ini perlu mengalahkan pesaing London untuk mendapatkan pemain ini.

Beliau menulis dalam Sky Sport.

“Chelsea telah dikaitkan dengannya, saya tidak tahu mengapa Arsenal tidak melihat Rice.”

“Arsenal agak sengsara dengan pemain tengahnya.”

“Arsenal tidak mempunyai pemain tengah yang berdisiplin selepas Gilberto Silva.”

“Semua orang bercakap mengenai kelab ini tidak menggantikan Patrick Viera, ianya sudah tentu. Mereka juga tidak pernah menggantikan Gilberto.”

“Terdapat pemain dalam pasukan ini berperanan di posisi itu, tetapi mereka tidak mempunyai disiplin dan ia perlu diperbaiki.”

2. Matty Longstaff (Newcastle United)

Kontrak Longstaff akan tamat pada hujung musim ini

Kontrak pemain Newcastle United ini akan tamat pada Jun, dia telah gagal mendapat kata sepakat bersama kelabnya tentang kontrak baru.

Arsenal kekurangan dana bagi mendapatkan pemain bernama besar dan Longstaff dilihat sesuai dengan situasi kelab.

Longstaff dilaporkan telah menarik minat Arteta selepas menjaringkan 2 gol dalam 7 penampilannya di Liga Perdana, termasuk jaringannya ketika menewaskan Manchester United 1-0.

Tim Talk mendakwa Borussia Dortmund, Ajax, Clubb Brugge, Inter Milan dan Atalanta telah menghubungi Logstaff. Sementara itu Everton dan West Ham United juga dikatakan berminat dengan pemain ini.

3. Pape Gueye (Le Harve)

Pada Februari lepas, The Gunners dilaporkan semakin hampir mencapai kata putus bagi mendapatkan pemain dari Le Harve ini dengan harga perpindahan £ 5 juta.

Pemain tengah dari Perancis ini boleh didapati dengan murah kerana kontraknya akan tamat pada tahun hadapan.

Melalui laman Instagramnya, dilihat Gueye memberi isyarat mahu ke Emirates selepas berbalas foto dengan Guendouzi.

Walaupun Le Harve hanya bermain di divisyen 2 Perancis namun Gueye telah disamakan dengan N’Golo Kante dan Paul Pogba.

Arsenal perlu bersaing dengan Sevilla, Udinese dan Fiorentina yang juga dikatakan berminat dengan pemain muda dinilai tinggi ini.

4. Eduardo Camavinga (Rennes)

Wonderkid Camavinga telah dikaitkan dengan Real Madrid pada awal musim ini

Wonderkid berusia 17 tahun ini telah menjadi pemain pertama di 5 liga utama eropah yang lahir selepas 1 Januari 2002 turun bermain.

Kemunculannya bersama Rennes, dia telah dibandingkan dengan rakan senegaranya Kylian Mbappe selepas menjadi pemain termuda mencatat bantuan gol di liga teratas.

Pada awal musim ini, Arsenal dan Tottenham Hotspur telah membuat tawaran bagi mendapatkan pemain ini, namun ditolak.

Mereka akan mendapat persaingan lebih sengit apabila Real Madrid dikatakan bersedia membuat bidaan sebanyak £ 50 bagi mendapatkan Camavinga.

Pemain ini dilihat Zinedine Zidane sebagai pengganti Casemiro pada masa hadapan.

5. Thomas Partney (Atletico Madrid)

Pemain berusia 26 tahun ini muncul sebagai salah satu pemain tengah terbaik di eropah dan Arteta dilaporkan menjadikan Partey sebagai pemain sasaran utamanya pada penghujung musim.

Partney mempunyai klausa pelepasan bernialai £ 45 juta dan kontraknya akan tamat pada 2023.

Atletico sedang menawarkan kontrak baru dengan gaji sebanyak £ 79 ribu seminggu sehingga 2025 bagi menangkis tawaran dari kelab lain.

Perjanjian baru itu juga akan menaikkan nilai klausa tebusan kepada £ 91 juta yang boleh mematikan minat dari Manchester united.

Thomas Partney menunjukkan pemainanan yang memberangsangkan ketika bertemu Liverpool dalam kejohanan Liga Juara Eropah.

Baca yang lain