5 Pemain Terbaik K.Lumpur 2020

Kuala Lumpur aktif turun naik liga dalam tempoh sedekad lalu. Pasukan warga kota ini pernah terjerumus ke Liga FAM -divisyen 3- pada musim 2014.

Dalam tempoh 10 tahun Kuala Lumpur bermain di Liga FAM selama semusim, Liga Perdana 5 musim dan Liga Super 4 musim. Pada tahun hadapan ia merupakan promosi kali ke-2 ke Liga tertinggi di Malaysia ini.

Promosi kali ini diperolehi kerana Terengganu FC II tidak layak ke Liga Super kerana mereka merupakan sebuah pasukan pembangunan dan slot itu diberikan kepada Kuala Lumpur yang menamatkan kempen di tempat ke-3.

Ini merupakan ‘nasib baik’ kali ke-2 diraih oleh Kuala Lumpur selepas kekal di Liga Perdana 2016 walaupun sepatutnya tersingkir ke Liga FAM akibat struktur liga M tidak pernah stabil dengan jumlah pasukan. Lions XII tidak lagi bersama Liga M.

Kuala Lumpur membuat promosi segera selepas jatuh ke Liga Perdana musim ini. Mereka menampilkan kebangkitan serta merta apabila tidak tewas pada 7 perlawanan awal liga dengan mencatat 5 menang dan 2 seri.

Selepas itu skaud Nidzam Adzha Yusof meraih 4 mata lagi dalam 4 perlawanan terakhirnya. Kuala Lumpur mendapat laluan terus ke pusingan suku akhir Piala Malaysia selepas Sabah tidak menyertai pertandingan ini akibat masalah pandemik COVID.

Namun ia tidak memberi apa-apa makna kerana Piala Malaysia akhirnya dibatalkan.

PERSEDIAAN SKUAD

Seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur juga merombak hampir keseluruhan skuadnya dengan membawa masuk 20 pemain baharu dan mengekalkan hanya 6 pemain lama. Disamping itu mereka juga menampilkan 3 pemain B21.

2 pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahayuddin dan Paulo Josue dikekalkan untuk musim ke-3 bagi memandu pasukan ini menghadapi cabaran LP2020. Kuala Lumpur membawa seorang lagi pemain veteran menyertai Indra iaitu Shukor Adan.

Kuala Lumpur mengambil kesempatan berikutan PKNS dijadikan pasukan simpanan kepada Selangor dengan memancing duo pertahahan sisi Nik Shahrul Azim Halim dan Qayyum Marjoni Sabil.

Signing terbaik berlaku apabila Akram Mahinam sudi menyertai mereka walaupun dia mampu mencari pasukan di Liga Super. Pakej pemain PKNS dilengkapi dengan Fandi Othman.

Skuad warga kota ini juga membawa masuk dua pemain kelahiran Kelantan yang bermain bersama PDRM iaitu Fakrul Aiman Sidiq dan Ezrie Shafizie Sazali bagi mengukuhkan pasukannya.

Akhir sekali pertahanan Kyrgyzstan, Azimat Baimatov datang menggantikan Luke Woodlands dan Francis Kone menggantikan Guilherme de Paula yang ke Perak selepas 3 musim di Kuala Lumpur.

3 PEMAIN TERBAIK TEMPATAN

Akram Mahinan meningkatkan kualiti pasukan ini di bahagian tengah. Pada musim sebelumnya kawasan tengah hanya dijana oleh 2 pemain iaitu Zahfri dan Paulo Josue melalaui Yusri Che Lah dan Chong Yee Fatt.

Kemasukannya memberi peluang kepada Nidzam Adzha Yusof meramaikan kawasan tengah melalui gandingan Akram-Josue-Zharif. Ternyata ia memberi impak baik apabila Kuala Lumpur mampu maraih 6 menang dari 11 perlawanan berbanding hanya 2 kemenangan musim sebelumnya.

Kebangkitan Zamir Selamat juga menjadi subjek menarik dalam persaingan domestik Malaysia. Penjaga gol berusia 31 tahun hampir manamatkan kariernya apabila pernah pada satu ketika tiada pasukan mahukan khidmatnya.

Kini dia bakal kembali menjadi salah seorang penjaga gol utama pasukan Liga Super.

Sama ada Indra Putra Mahayuddin atau Shukor Adan dipilih menjadi pemain ke-3 tempatan terbaik dalam pasukan ini, kedua-dua layak. Namun kami memilih Indra.

Selama 3 musim disana, Indra telah bermain hampir 50 perlawanan liga. Dia menjaringkan 16 gol sepanjang tempoh tersebut. 2 jaringan berlaku pada musim ini.

*Akram Mahinan, Zamir Selamat, Indra Putra Mahayuddin

1 PEMAIN IMPORT TERBAIK

Nicolas Dul merupakan import terburuk dimiliki Kuala Lumpur namun kali ini mereka tidak terlalu panik menggantikan pemain Argentina itu. Dia terus dikekalkan menjadi pemain simpanan kepada gandingan Akram-Josue-Zharif.

Paulo Josue merupakan import terbaik Kuala Lumpur, pemain tengah ini menyumbang 4 gol penting ketika menewaskan UKM (2-1), Kelantan United (2-0) dan TFC II (4-1). Kuala Lumpur meneruskan 4 kemenangan berturut-turut melalui penyudah dari pemain tengah tersebut.

Josue terlepas 1 perlawanan (lwn Selangor II) akibat 3 kad kuning dan itulah satu-satunya perlawanan yang tidak melihat kelibat pemain ini.

*Paulo Josue

1 PEMAIN MUDA TERBAIK

11 pemain utama Kuala Lumpur dilengkapi dengan 9 pemain berusia 30 tahun keatas. Namun ada 1 nama pemain berusia 23 tahun yang menarik perhatian dalam senarai 11 pemain ke-2.

Azim Rahim ditandatangani Kuala Lumpur dari Felda United. Pemain ini tampil 5(3) kali dan mecatat nama sebagai penjaring gol. 2 gol tersebut berlaku ketika Kuala Lumpur menewaskan Sarawak (2-1).

Bermakna penyerang muda ini mempunyai 1 momen bagus dengan menyumbang 3 mata secara langsung kepada pasukannya.

*Azim Rahim