5 Pemain Terbaik Kedah 2020

Kedah kembali ke Liga Super pada musim 2016 melalui bimbingan Tan Cheng Hoe. Skuad ini terus membuka mata peminat bola sepak negara apabila menjadi pasukan ke-3 terbaik pada musim pertamanya disana.

Pemergian Tan Cheng Hoe meletakkan Kedah tidak pernah settle down dengan posisi ketua jurulatihnya. Ramon Marcote dan sekali lagi Nidzam Adzha seterusnya Azzmi Aziz menjaga pasukan ini dalam tempoh 2 musim setengah.

Aidil Sharin dilantik mengemudi pasukan Jelapang Padi ini mengharungi musim 2019. Musim 2020 merupakan musim ke-2 jurulatih kelahiran Singapura itu dan dia meletakkan Kedah di tangga ke-2 Liga Super. Pencapaian terbaik Kedah sejak dipromosikan pada tahun 2014.

Kedah bermula agak perlahan apabila tewas 2 kali pada 2 perlawanan awal dan hanya mampu seri pada perlawanan ke-3. Persaingan perebutan liga tamat awal akibat situasi itu bagaimanapun Kedah berjaya merekod 7 kemenangan pada 8 perlawanan terakhir dan meletakkannya sebagai pasukan naib juara.

PERSEDIAN SKUAD

Kedah membawa masuk 9 pemain baharu bagi membawa cabaran 2020, 4 darinya adalah major signing. Pemain tersebut adalah Amin Nazari (Ratchaburi Mitr Phol), Tchetche Kipre (TFC), Kpah Sherman (PKNS) dan Hadin Azman (Felda United).

5 pemain lagi adalah Irfan Zakaria (K.Lumpur), Azri Ghani (Felda United), Zukhairi Zulkeply (UiTM), Shahril Saari (PDRM) dan Tam Sheang Shung (Sagan Tosu). Selepas LS3 musim Irfan mendapat peluang menjadi pemain utama apabila Azmeer Yusof secara tiba-tiba bersara.

3 PEMAIN TERBAIK TEMPATAN

Sama ada secara kebetulan atau tidak, Kedah mendapat keputusan lebih baik ketika Irfan Zakaria mula menjadi pemain utama. Azmeer bermain pada 3 perlawanan awal dan ketika itu Kedah tewas 2 kali dan seri sekali. Irfan mengambil kekosongan yang ditinggalkan dan Kedah merekod 8 kemenangan dan 1 kalah termasuk perlawanan Piala Malaysia.

Amirul Hisyam kembali menjadi pemain penting selepas mengalami beberapa musim yang penuh dengan kecederaan dan kecergasan. Pemain ini sebenarnya sudah menjadi watak penting ketika berusia 21 tahun dalam skuad muda Tang Cheng Hoe pada musim 2016.

Dia tampil 19 kali dari 22 perlawanan musim 2016 namun bergelut pada musim 2017 hingga 2019. Musim 2020 merupakan musim dia kembali seperti 2016 apabila tampil 10 kali dari 12 perlawanan dalam semua pertandingan.

Walaupun sumbangan Baddrol Bakhtiar semakin merosot, tidak seperti musim-musim sebelumnya namun pengaruh pemain berusia 32 tahun ini masih besar. Baddrol kembali ke posisi sayap kanan yang banyak dimainkan oleh Zaquan Adha selepas kemasukan 2 penyerang import Sherman dan Kipre.

Badrrol tampil dalam kesemua perlawanan kecuali perlawanan menentang UiTM.

*Irfan Zakaria, Amirul Hisyam Awang Kechik, Badrrol Bakhtiar

1 PEMAIN IMPORT TERBAIK

Kpah Sherman atau Thcethce Kipre?

Kemasukan 2 penyerang ini menjadikan Kedah antara pasukan menarik untuk ditonton terutamanya dibahagian serangan. Kombinasi ini telah menghasilkan 15 dalam 12 perlawanan. Kipre 7 gol dan Sherman 8 gol. Hanya JDT dan Melaka United yang berjaya mengelak dari gawangnya dibolosi oleh awang hitam tersebut.

Sherman mungkin lebih baik dari Kipre kerana konsistensinya menjaringkan gol. Dia mencetak nama dalam 8 perlawanan dan dalam rekodnya juga dia terlepas satu sepakan penalti.

*Kpah Sherman

1 PEMAIN MUDA TERBAIK

Tiada pemain muda baharu yang diketengahkan oleh pasukan Kedah. Namun begitu mereka telah banyak menghasilkan pemain muda sejak kembali ke liga elit Malaysia ini.

Musim ini mereka hanya perlu meneruskan pembangunan kepada 2 pemain muda mereka iaitu Fazrul Danel Nizam dan Fayadh Zulkifli. Ketika ini mereka baharu berusia 22. Mereka mula diberi pendedahan pada usia 20 dan 21 tahun.

Diantara 2 pemain ini perkembangan Fazrul Danel lebih baik apabila telah tampil 29 kali sejak mula diperkenalkan pada 22 Julai 2018. Dia juga mempunyai 14 penampilan dalam pertandingan Piala termasuk di Asia.

*Fazrul Danel Nizam

Secara keseluruhan Kedah telah menyenaraikan 27 pemain dalam 12 perlawanan domestik dan mengunakan 25 pemain. 5 pemain diatas merupakan pemain penting sepanjang musim ini.

Baca yang lain