Melaka United mempunyai set pemain yang baik untuk sekurang-kurangnya berada di pertegahan atas liga. Namun Zainal Abidin Hassan hanya mampu meletakkan pasukan ini menamatkan kempen liga di tempat ke-9.
Kejatuhan skuad ini agak ketara pada 3 perlawanan terakhir apabila tewas dalam kesemua perlawanan. Melaka United dikejutkan Sabah (1-3), Kedah (0-1) dan dibelasah JDT (0-5).
3 kekalahan tersebut menjadikan pasukan itu mengumpul 5 kekalahan sepanjang musim. Mereka juga tewas kepada Selangor (1-2) dalam kempen Piala Malaysia.
Pada permulaan musim mood pasukan ini agak baik dengan merakam 2 kemenangan pada 2 perlawanan awal. Selepas itu mereka merekod 4 menang dalam 6 perlawanan.
4 menang, 2 seri, 2 kalah pada 8 perlawanan sebelum mereka melalui fasa kekekalah. Boleh jadi isu pemain lewat mendapat gaji sudah terbawa ke atas padang. Itu yang selalu terjadi dalam liga bola sepak Malaysia.
PERSEDIAAN SKUAD
Seperti musim-musim sebelumnya Melaka United merombak secara besar-besaran skuadnya. 16 muka baharu dibawa masuk.
Khairul Fahmi Che Mat dikekalkan namun Melaka United membawa 2 lagi penjaga baharu yang mempunyai nama untuk mengisi posisi penjaga gol ke-2 dan ke-3.
Mereka ialah Norazalan Razali dari Felda United dan menandatangani Solehin Mamat secara kekal selepas meminjamnya dari Kuala Lumpur musim lepas,
Khai Jones (K.Lumpur), Aizulridzwan Razali, Annas Rahmat (Petaling Jaya City) dan Akmal Rizal (UKM) dibawa masuk untuk memperkuatkan pertahanan mereka.
Curran Singh Ferns (Port Melbourne), Syamim Yahya (TFC), Ferris Danial Nasir (N.Sembilan), Nurirridzuan Abu Hassan (Selangor) dan JAsmir Mehat (SAMB) menyertai Shafiq Rahim yang dikekalkan.
Melaka United juga menukar 4 pemain import, hanya Jang Suk Won dikekalkan. Itulah perubahan besar yang dilakukan Melaka United.
3 PEMAIN TEMPATAN TERBAIK
Wan Amirul Afiq Rahman bermain 19 kali pada musim sebelumnya, musim ke-2nya di Melaka United, pemain pertahanan sisi ini menjadi perhatian peminat Liga Malaysia.
Pemain kelahiran Kelantan itu menyumbang 3 bantuan dan 1 gol pada 2 perlawanan awal. Melaka meraih 6 maksima dan Amirul mencuri perhatian. Sekali lagi dia melakukannya pada ketika menentang Selangor pada LS7.
Secara keseluruhan Shafiq Rahim kurang menyumbang kepada Melaka United. Tetapi pemain berusia 32 tahun ini masih mempunyai pengaruh dalam pasukannya.
Shafiq menampilkan kualiti hantarannya ketika bertemu Sabah. 2 hantaran tipikalnya dari tengah padang kepada Uche Agba dan Sony Nordy bertukar menjadi jaringan.
Sedikit malang kerana ketika prestasinya baik, Melaka kalah. Melaka United ditewaskan Sabah yang diketuai oleh gerakan menarik dari Petrus Shitembi.
Ferris Daniel Nasir menyumbang 1 kemenangan langsung buat Melaka United apabila jaringan tunggalnya menewaskan Perak pada 28 Ogos lepas. Dia menyudahkan hantaran lambung dari Uche Agba.
*Amirul Afiq Rahman, Shafiq Rahim, Ferris Danial Nasir
1 PEMAIN IMPORT TERBAIK
5 gol sudah memadai bagi Uche Agba untuk pasukan pertengahan. 2 jaringannya boleh ditakrifkan sebagai penting berlaku ketika menewaskan TFC dan mengikat Selangor.
Agba juga menyumbang 2 bantuan dan satu darinya ketika menewaskan Perak 1-0. Statistik itu lebih baik dari Casagrande, Thiago Gomez dan Davy Angan walaupun tidak mampu mengatasi Yahor Zubovic dan Ifedayo Olusegun.
*Uche Agba
1 PEMAIN MUDA TERBAIK
Zainal Abidin Hassan tidak mengetengahkan sorang pun pemain tempatan dalam kancah saingan tempatan. Pemain paling muda paling penting dalam pasukan Melaka United merupakan pemain import iaitu Romel Morales yang berusia 23 tahun.
Faris Shah Rosli antara pemain tempatan termuda, 26 tahun.
*tiada
Sejak dipromosikan pada tahun 2017, Melaka United merupakan pasukan pertengahan liga. Melaka United sering melakukan perubahan besar setiap musim dengan cuba membawa beberapa pemain terbaik.
Shafiq Rahim sudah 2 musim bersamanya namun pasukan ini masih belum berjaya ditingkatkan sekurang-kurangnya menjadi pasukan pertengahan atas.
Kali ini UiTM dan Petaling Jaya lebih baik dari Melaka United walaupun mereka mempunyai set pemain yang lebih baik.