5 Pemain Terbaik P. Pinang 2020

Selama 3 musim P.Pinang berada di Liga Perdana banyak perubahan pemain berlaku sepanjang tempoh tersebut. Skuad Harimau Kumbang sering membuat rombakan besar setiap musim untuk kembali ke Liga Super.

Musim 2020 juga tidak terkecuali apabila mereka melakukan sekurang-kurangnya 18 new signing melibatkan pemain berusia 26 tahun hingga 34 tahun bagi menguatkan pasukan. 11 pemain utamanya terdiri dari 9 muka baru.

Hanya Syukur Saidin dan Al Hafiz Harun pemain yang dikekalkan dari musim sebelumnya menjadi watak penting kali ini.

P.Pinang tidak kalah sehingga mereka mengesahkan kejuaraan Liga Perdana. Pada perlawanan terakhir mereka melepaskan rekod tanpa kalah tersebut kepada Terengganu II (0-1).

PERSEDIAAN SKUAD

P.Pinang dibentuk semula apabila hanya mengekalkan 7 pemain dan membawa masuk 18 pemain baharu bagi mengharungi musim 2020. Mereka melepaskan kesemua pemain import kecuali Casagrande yang menyertainya pada pertengahan musim lepas.

Endrick dos Santos dan Lee Chang Hoon yang sudah biasa dengan bola sepak Malaysia dibawa masuk bagi menguatkan unit serangannya. Kedua-duanya mempunyai mentaliti ofensif, Endrick mempunyai kelebihan apabila pernah bersama pasukan besar, Selangor.

Selepas Sani Anuar Kamsani keluar, P.Pinang tidak pernah mempunyai seorang penjaga gol yang baik. Kemasukan Samuel Somerville akhirnya menjadi antara signing terbaiknya.

Sekuarang-kurang P.Pinang bakal mempunyai penjaga yang sama untuk lebih 1 musim selepas Anuar Kamsani.

Mereka mengukuhkan pasukan dengan beberapa pemain ‘kelas’ Liga Super seperti Raffi Nagoorgani, Azmi Muslim, Latiff Suhaimi dan Khairu Azrin Khazali. Walaupun mereka bukan kelompok elit di divisyen tertinggi namun untuk persaingan di Liga Perdana ia bukanlah sesuatu yang sukar buat mereka.

Casagrande sudah terbukti mampu berada dikelas tersendiri di divisyen 2 dan Endrick turun bermain di pertandingan lebih rendah berbanding musim sebelumnya. Sementara itu Chang Hoon pula sudah masak dengan Liga Perdana.

Syukur Saidin pula menjadi anggota paling lama berada dalam skuad ini sejak dari Liga Perdana (2015) naik ke Liga Super (2016,2017), jatuh semula ke Liga Perdana (2018, 2019, 2020) dan sekali lagi naik ke Liga Super musim hadapan (2021).

3 PEMAIN TERBAIK TEMPATAN

Imej mereka, Syukur Saidin yang sentiasa bersama pasukan ini tidak kira di Liga Super atau Liga Perdana, pemain berusia 29 tahun menjadi pemain penting bersama Endrick dibahagian tengah pasukan.

Endrick lebih kepada peranan ofensif dan Syukur defensif. Manzoor Azwira Wahid majoritinya menggunakan sistem pemain tengah bertiga dan pasangan defensif Syukur adalah bekas pemain Terengganu FC (TFC), Khairu Azrin Khazali.

Mengikut corak statistik penampilan, Syukur dijangka tidak akan menjadi pemain utama pada musim hadapan tetapi kesetiaan dan apa yang diberikan kepada pasukan kelahirannya wajar diberi kredit.

Samuel Somerville memberi dimensi baru di posisi penjaga gol selepas P.Pinang kurang berjaya bersama Al Hafiz Hamzah dan Hazrull Hafiz Zulkifly pada 2 musim sebelumnya.

P.Pinang menang 2 perlawanan awal dan seri pada perlawanan berikutnya. Ketika itu Manzoor ada memberi peringatan kepada penjaga gol kacukan itu supaya tidak terlalu selesa kerana P.Pinang bolos dalam kesemua perlawanan tersebut.

Sommerville memberi respon baik apabila mencatat 3 clean sheet dalam 3 perlawanan seterusnya dan melakukan sekali lagi ketika menewaskan Kelantan United 4-0.

Amer Azahar mungkin bukan seorang pemain yang dikenali ramai. Namun bekas pemain UiTM ini tampil dalam kesemua perlawan bersama Al Hafiz Harun di bahagian sayap bagi membantu Casagrande di bahagian atas.

Masing-masing mempunyai 1 jaringan peribadi di liga dan Amer menambah koleksi jaringan dalam perlawanan Piala Malaysia lepas ketika menewaskan Felda United 3-1.

*Syukur Saidin, Samuel Sommerville, Amer Azahar

1 PEMAIN IMPORT TERBAIK

Casagrande mengagumkan pada 3 perlawanan awal apabila meledak 6 jaringan namun hanya menambah 4 gol dalam 9 perlawanan seterusnya termasuk di Piala Malaysia.

Ketika penyerang tinggi lampai ini kurang tajam pada pertengahan liga, Endrick dos Santos muncul menjadi penyelamat di barisan hadapan apabila menyumbang 5 jaringan dalam 5 perlawanan.

Pemain tengah kelahiran Brazil itu menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan JDT (2-1) dan UKM (2-1). 1 jaringan pembukaannya ketika menewaskan K.Lumpur (2-1) memberi 3 mata penting kepada pasukan.

Momen terbaiknya berlaku apabila dia merekod hatrik pada 29 Ogos, P.Pinang menewaskan Kelantan 3-0. Kesemua jaringan Endrick bernilai tinggi yang menghadiahkan 9 mata secara langsung. Secara keseluruhan Endrick mengumpul 8 gol dan 2 bantuan.

*Endrick dos Santos

1 PEMAIN MUDA TERBAIK

P.Pinang mempunyai beberapa pemain muda B23 tahun seperti Daniel Irfan, Khairul Akmal Rokisham dan Nurfais Johari. Kesemuanya tidak memberi impak yang besar malahan tidak banyak bermain.

Tetapi P.Pinang tetap menampilkan 1 pemain muda musim ini cuma ia bukan dari skuad remajanya. Ia datang dari bekas pemain Piala Presiden Kedah.

Fairuz Zakaria, 23 tampil 8 kali musim ini bertindak dibahagian pertahanan. Angka tersebut menunjukan pemain ini cukup penting bagi Manzoor dan selayaknya dia diletakkan sebagai pemain muda terbaik P.Pinang musim ini.

*Fairuz Zakaria

Adakah P.Pinang akan melakukan rombakan besar-besaran sekali lagi seperti musim sebelumnya bagi menghadapi cabaran yang lebih mencabar di Liga Super 2021.

Baca yang lain