5 Pemain Terbaik Petaling Jaya City 2020

MISC-Mifa menjuarai Liga FAM musim 2015, pasukan berteraskan komuniti India ini hanya perlukan 2 musim di Liga Perdana sebelum bersama pasukan elit Malaysia di Liga Super.

MISC-Mifa mendapat bonus apabila naib juara Liga Perdana 2017, Felcra FC disingkirkan oleh Malaysia Football League dan slot ke Liga Super diserahkan kepadanya selaku pasukan ke-3.

MISC-Mifa menukar nama pasukan menjadi Petaling Jaya City selari musim pertamanya di liga tertinggi itu. Petaling Jaya City meraih tempat ke-8 pada musim pertama, kali ini meningkat di kedudukan ke-7.

Dalam tempoh 4 musim tersebut pasukan ini sentiasa meningkat.

LS7 hingga LS11 merupakan fasa terbaik mereka apabila mencatat 3 menang, 2 seri. Sebelum itu mereka hanya mampu meraih 1 menang dari 6 perlawanan awal.

Mereka merupakan pasukan lebih baik dari pasukan yang mempunyai sejarah panjang seperti Pahang, Sabah dan Melaka United.

PERSEDIAAN SKUAD

Seperti biasa pasukan ini akan mengintai mana-mana pemain India yang dilepaskan oleh pasukan lain, sudah semestinya dari pasukan besar akan diutamakan.

Kannan Kalaiselvan, Kugan Devarajan (Selangor), Aaron Kumar Ramaloo (N.Sembilan), Kogileswaran Raj Mohana, Solomon Raj (Pahang) dan Gurusamy Kandasamy (PKNS) menyertai Rajesh Perumal, Barathkumar Ramalo, Thivandaran Karnan, Christie Jayaselan dan Gunalan Pandathan.

Paling menarik Devan Kuppusamy berjaya mendapatkan 3 pemain besar Mahali Jasuli, Safee Sali dan seorang pemain dari JDT II Amer Saidin menyertai mereka bagi mengharungi musim 2020.

Kogileswaran akan digunakan pada 20 minit terakhir dan mengambil semua sepakan percuma jarak 25 meter

3 PEMAIN TERBAIK TEMPATAN

Apabila Thinagaran Baskeran menghadapi masalah kesihatan dan perlu keluar dari bola sepak, tempatnya digantikan oleh Aaron Ramalo. Ramalo bergandingan baik dengan pertahanan import yang dikekalkan iaitu Elizeu.

Petaling Jaya City menjadi platform terbaik buat pemain kelahiran N.Sembilan itu menampilkan aksinya di peringkat tertinggi. Dia bermain dalam kesemua perlawanan pada musim pertama bersama pasukan baharu.

Amer Saidin mula diturunkan pada lewat liga, bermula ketika bertemu Melaka pada LS8 seterusnya tampil dalam semua baki perlawanan selepas itu.

Apabila Amer mula menjadi pemain utama, penampilan Kim Bong Jin dan Barathkumar Ramalo sedikit terjejas. Apa yang menarik, selepas Amer bermain pasukan ini tidak pernah tewas.

Bekas pemain JDT II ini akan kembali ke JDT pada musim hadapan.

Kogileswaran Raj Mohana ‘menulis’ satu statistik luar biasa ala-ala Ole Gunnar Solksjaer. Pemain muda berusia 22 tahun bukanlah pemain utama, dia hanya diturunkan pada 20 minit terakhir dalam 7 perlawanan.

Tetapi attacking midfielder ini masih mampu mengumpul 4 gol dalam koleksi 2020, menyamai Washington Brandao yang bermain dalam 11 perlawanan penuh.

*Aaron Kumar Ramalo, Amer Saidin, Kogilewaran Raj Mohana

Nama Washington berada dalam senarai pasukan impian Irfan Bakti menewaskan JDT

1 PEMAIN IMPORT TERBAIK

Sistem penyerang tunggal Devan Kuppusamy menjadikan Bradao pemain paling penting untuk pasukannya. Penyerang fizikal ini tidak mungkin mampu diganti oleh mana-mana pemain yang ada dalam skuadnya.

Walaupun Brandao hanya mencetak gol 4 kali peranan yang digalasnya lebih baik dari Anuween Jujen, Kim Bong Jin dan Elizeu.

*Washington Brandao

1 PEMAIN MUDA TERBAIK

Kogileswaran masih boleh ditakrifkan sebagai pemain muda kerana umurnya baharu 22 tahun, tetapi namanya sudah menjadi pemain tempatan terbaik.

Bekas bintang Malaysia B19 Thivandaran merupakan pemain paling muda dan kerap bermain dengan skuad ini. Kesemuanya bermula dari bangku simpanan.

Pertahanan kiri merupakan posisi perebutan antara 3 pemain muda melibatkan Filemon Anyie, D.Kugan dan K.Kannan. D.Kugan meraih penampilan 7 kali dan bekas pemain Selangor ini mungkin antara pemain muda paling penting.

*Kugan Dhevanrajan