5 Pemain Terbaik Selangor 2020

Selangor merupakan satu-satunya pasukan besar yang memecat ketua jurulatih ketika musim sedang berjalan.

Sathianathan Baskaran dipecat serta merta selepas Selangor mencatat keputusan buruk tewas besar ditangan JDT (1-6).

Menariknya selepas pemecatan itu Selangor pula menang besar dalam 2 perlawanan terakhir liga apabila membelasah PDRM (7-0) dan Felda United (6-1). Pemecatan Sathianathan menjadi keputusan yang tepat.

Bagaimanapun pada musim ini, Selangor hanya menamatkan liga di kedudukan ke-5 dengan hanya 4 kemenangan.

Selangor agak baik kerana hanya tewas 2 kali namun gergasi Lembah Klang ini terlalu banyak mencicirkan mata dengan keputusan seri.

PERSEDIAAN SKUAD

Selangor menambah saiz skuad dengan membawa masuk 2 pemain dibahagian pertahanan.

Rodney Celvin dan Nicholas Swirad diserap masuk dari pasukan PKNS apabila kelab tersebut dijadikan kelab simpanan.

Brendan Gan dan Safuwan Baharuddin menjadi pertaruhan terbaharu dengan menamatkan kontrak Endrick dos Santos dan mengurangkan peranan Sakurnan Krisnansamy di posisi tengah.

Akhir sekali Selangor memperkuatkan unit serangan dengan membawa masuk Norhakim Hassan bagi memberi lebih pilihan dibahagian sayap ketika Wan Zack Haikal Wan Noor dan Kyril Muhymeen Zambri selalu cedera dan tidak cergas.

Malangnya Norhakim mengalami Anterior Cruciate Ligament (ACL) sebelum liga bermula.

3 PEMAIN TERBAIK TEMPATAN

Syahmi Safari terus menjadi pemain penting Selangor. Pemain pertahanan kanan ini mengekalkan status itu selama 4 musim sejak 2017.

Syahmi sudah mengumpul 57 penampilan liga walaupun usianya belum mencapai 23 tahun.

Tidak dinafikan peranan yang dibawa oleh Brendan Gan boleh mengangkat pasukan ini lebih baik namun masalah di unit pertahanan terutamanya kemampuan Taylor Reagan dan Prabakaran Kanadasan agak merencatkan prestasi pasukan ini.

Selangor membuka kempen melalui gol kemenangan disumbangkan oleh Brendan dan pemain berusia 32 tahun itu mengumpul 4 gol sepanjang musim.

Untuk mencari pemain tempatan terbaik ke-3 pasukan ini agak sukar, sepatutnya ia hadir melalui posisi penyerang sayap. Namun kesemuanya gagal memberi impak berkesan kepada pasukan.

Syazwan Zainon, Khyril Muhymeen dan Wan Zack Haikal gagal memenuhi jangkaan yang diharapkan. Sean Eugene masih jauh untuk menjadi pemain utama dan Norhakim Hassan cedera awal.

Mungkin antara senarai tersebut Syazwan Zainon yang terbaik dari yang terburuk.

*Syahmi Safari, Brendan Gan, Syazwan Zainon

1 PEMAIN IMPORT TERBAIK

Lahir untuk statistik hebat itulah Ifedayo Olusegun, menyamai pencapaian yang pernah dicatatkan oleh Paulo Rangel dan Thiago Agusto.

Pemain ini tiba di Selangor pada pertengahan musim lepas dan merekod 12 gol dalam 10 perlawanan.

Musim ini dia terus mencatatkan angka menarik dengan 12 gol dalam 11 perlawanan.

7 gol dari bekas pemain Al Riffa ini belaku di 3 perlawanan terakhir dan seterusnya meletakan Ifedayo sebagai penjaring terbanyak musim ini.

*Ifedayo Olusegun

1 PEMAIN MUDA TERBAIK

Pada lewat liga dan perlawanan Piala Malaysia, Selangor menampilkan 3 pemain muda.

Zahiril Azri, Aliff Haiqal dan penyerang sensasi di Selangor II Daniel Asri diberi peluang menyertai Azrin Afiq, Zikri Khalili dan Mukharil Ajmal.

Kesemuanya masih belum mencipta momen menarik kerana mereka dalam proses awal mengenal Liga Super.

Antara nama tersebut Mukhairil Ajmal paling diberi kepercayaan. Daniel Asri dilihat paling berpotensi kerana pasukan tidak mempunyai penyerang sayap baik terutamanya dari pemain tempatan

*Mukhairil Ajmal

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai