5 Pemain Yang Diramal Akan Menjadi ‘Next Zidane’ Tapi Gagal Teruk

5 pemain ketika zaman mudanya diramalkan menjadi next Zidane. 4 darinya adalah pemain dari Perancis itu sendiri, negara Zinedine Zidane.

1. Bruno Cheyrou

Bruno Cheyrou tidak membuktikan kemampuan yang setaraf dengan Zidane

Cheyrou antara mangsa kutukan paling kuat selepas gagal memenuhi apa yang dikatakan oleh pengurusnya pada waktu itu.

Gerard Houllier menilai pemain Perancis ini akan menjadi next Zidane. Namun gagal malah jauh dari bau Zidane pun.

Ketika dia tiba dari Lille dengan harga £ 4.5 juta, Hollier berkata,

Pada pendapat saya, Bruno mempunyai beberapa kemampuan seperti Zidane.

Dia berkebolehan menerima hantaran dan melakukan sedikit pergerakan seperti Zidane.

Zidane memuncak pada usia 29 tahun, Cheyrou masih muda dan masih ada banyak masa untuk belajar terutamanya tentang bola sepak Inggeris.

Pires dan Wiltord perlukan masa kerana bola sepak disini agak laju dan perlukan permainan fizikal dan akhirnya mereka berjaya.

Pada hujung cerita, Cheyrou tidak pernah memenuhi apa yang dikatakan Houllier.

Pemain ini tidak pernah menjadi pemain utama dan hanya bertahan 2 musim di sana tanpa peningkatan

2. Josh McEachran

Begitu banyak yang berlaku kepada Josh McEachran ketika usia remajanya.

Bekas pemain tengah Chelsea itu menyertai the Blues pada usia 7 tahun dan bermain beberapa kali di bawah Carlo Ancelotti pada musim 2010/11. Ketika itu dia masih remaja.

Seperti kebanyakan pemain tengah zaman itu, McEachran membesarkan ketika Zidane sangat hebat, dan pengaruh itu jelas bagi sesiapa sahaja yang menonton McEachran bermain.

Pemain Inggeris itu mendedahkan Real Madrid cuba menandatanganinya ketika berusia 16 tahun.

Dia memberitahu Telegraph,

Saya berusia 16 tahun dan agen saya ketika itu berkata Real Madrid mahukan kamu.

Sukar dipercayai tetapi itu yang didedahkan oleh pemain ini.

Saya mempunyai peluang untuk pergi ke Real Madrid atau Man United.

Real Madrid mempunyai kontrak yang menunggu saya dan mereka mahu semua keluarga saya terbang kesana tetapi saya berkata,

Tidak, saya mahu kekal di Chelsea. Saya adalah peminat Chelsea.

Ia mungkin satu jawapan yang indah tetapi pemain ini sepatutnya berkata ya.

Ketibaan Andre Villa-Boas di Stamford Bridge pada tahun 2011 menandakan penghakhiran untuk McEachran ketika baru sahaja berusia 18 tahun.

Dia menjadi salah satu dari ramai bintang-bintang muda yang dipinjamkan keluar. Salah satunya dia bermain semusim penuh bersama Vitesse di Belanda.

Harapan untuk melihatnya menjadi seperti Zidane berakhir apabila McEachran menyertai Brentford di liga bawah.

3. Freddy Adu

Freedy Adu ‘wonderkid’ dalam dunia permainan tetapi tiada dalam radar bola sepak sebenar

Pemain Amerika Syarikat ini menyamai apa yang dilakukan oleh lagenda bola sepak dunia. Pada usia 14 tahun dia telah mendapat kontrak profesional bersama kelab tempatan Washington DC.

Bekas pengurus Manchester United sedar tentang bakat yang dimiliki oleh pemain ini. Ia mungkin ditakdirkan menjadi pemain bernama besar pada satu hari nanti.

Namun selepas meninggalkan Washington DC, hanya kisah Adu berpindah dari kelab ke satu kelab lain berbanding apa yang diramalkan oleh Ferguson. Adu bermain dengan 14 pasukan berbeza sepanjang kariernya.

Adu hanya menjadi lagenda dalam permainan football manager. Pemain yang digemari ramai dan akan membelinya dalam permainan tersebut.

Statistiknya sungguh luar biasa.

Adu pernah berkata pada tahun 2014. Dia menerima banyak pujian kerana terlalu hebat dalam football manager.

Dan dia juga berkata alangkah baiknya jika permainan itu adalah karier sebenarnya dalam dunia nyata.

4. Anthony Le Tallec

Berikut adalah seorang lagi pemain yang menjadi mangsa akibat sikap terdesak Gerard Houllier mencari next Zidane di Liverpool.

Bekas pengurus Liverpool itu menandatangi Le Tallec bersama sepupunya Florent Sinama Ponggole pada tahun 2001 berikutan persembahan hebat 2 pemain ini dalam kejohanan Piala Dunia B-17 tahun.

Dalam kejohanan tersebut Le Talleh menerima anugerah silver ball dan Sinama Ponggole menerima golden ball. Apa lagi, Houllier dengan pantas menyambar mereka.

Mereka telah dipinjamkan semula ke Le Havre selama dua musim, tetapi tidak satu pun dari mereka dapat memberi impak di Liverpool selepas itu.

Digelar sebagai next Zidane oleh pelbagai media di Perancis, karier kemuncak ketika dia membintangi Sunderland – Liverpool meminjamkan pemain ini kesana.

Dia berjaya menjadi penjaring terbanyak Sunderland dengan hanya mengumpul ‘6 jaringan’. Ia merupakan jumlah terendah bagi seorang penyerang muncul sebagai penjaring terbanyak pasukan di Liga Perdana Inggeris.

Mujur Derby County memecahkan rekod tersebut. Lebih malang pada musim tersebut Sunderland tersingkir ke championship dan Le Tallec tidak menjadi next Zidane.

5. Yoann Gourcuff

Yoann Gourcuff berada dalam skuad Perancis yang gagal teruk di Piala Dunia

Senarai terakhir yang pernah dilabelkan menjadi next Zidane adalah Yoann Gourcuff.

Selepas persaraan Zidane pada tahun 2006, Gourcuff pantas dikatakan bakal menjadi penggantinya. Perjalanan karienya hampir ‘menyamai’ Zidane.

Seperti Zidane, Gourcuff merupakan bintang kepada Bordeaux dan menjaringkan gol yang hebat ketika menentang Paris Saint Germain.

Christophe Dugarry berkata gol itu bukanlah gol nasib. Ia menunjukkan ada sesuatu yang ajaib dari Gourcuff.

Saya rasa sakit apabila Zidane bersara namun kembali sembuh apabila menonton Gourcuff.

Apabila saya melihatnya, saya seperti kanak-kanak.

Sementara itu, pada 2010, David Ginola menyifatkan Gourcuff sebagai pemain terbaik generasinya. Walau bagaimanapun, kerjaya Gourcuff tidak pernah menjadi benar seperti yang diramalkan.

Dia berada di Piala Dunia ketika Nicholas Anelka dan Franck Ribery dituduh memboikot pasukan ketika seri menentang Uruguay.

Kemudian Gourcuff sendiri buat hal apabila dibuang padang ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan kerana menyiku pemain lawan.

Kad merah tersebut menyamai apa yang berlaku kepada Zidane.

Perancis akhirnya terkeluar dari kejohanan selepas tewas 1-2 dan karier antarabangsa Gourcuff tidak pernah menjadi baik selepas itu.

Sehingga kini tiada pemain yang mampu untuk menggantikan Zidane walaupun ramai diramalkan akan menjadi sepertinya.

Baca yang lain