Pemain bola sepak di Eropah menikmati gaji yang sangat besar. Dan ada di antara mereka boleh dikatakan overpaid, seperti Alexis Sanchez pada ketika ini.
Namun ramai juga yang underpaid / gaji rendah dan tak setimpal dengan kehebatan mereka di atas padang.
Berikut adalah 5 pemain yang agak underpaid di Eropah.
5. Trent Alexander Arnold – Liverpool
Pemain ini dianggap antara bek kanan terbaik di dunia ketika ini kerana kecerdasan dalam melakasanakan taktikal.
Beliau menjadi bek sisi yang sangat kreatif dengan menyumbang banyak assist untuk Liverpool.
Namun begitu, Trent Alexander Arnold hanya menerima £40,000 seminggu ketika ini.
Pastinya pada kontrak baharu beliau akan meningkat mendadak kerana pencapaiannya.
4. Lautaro Martinez – Inter Milan
Antara penyerang paling on form musim ini. Beliau dikaitkan dengan banyak pasukan terutama sekali Barcelona.
Ketika ini Martinez menikmati gandingan yang cemerlang bersama dengan Romelu Lukaku di Inter Milan.
Penyerang kebangsaan Argentina ini hanya menerima £50,000 seminggu di dalam kontrak yang ada klausa pelepasan sekitar £100 juta itu.
Namun Inter Milan percaya pemain itu akan melanjutkan kontrak baharu di Inter Milan dengan bayaran lebih lumayan.
3. Jadon Sancho – Borussia Dortmund
Pemain kebangsaan England ini terus cemerlang bersama Borussia Dortmund musim ini.
Musim lalu Borussia Dortmund meletakkan tanda harga £90 juta untuk pemain remaja tersebut.
Dan musim ini angka itu dinaikkan kepada £100,000 juta.
Tanda harga yang tinggi tidak bermaksud pemain ini memiliki gaji yang tinggi. Beliau menerima hanya £38,000 seminggu di Signal Iduna Park.
Dikaitkan dengan perpindahan kembali semula ke EPL. Beliau menjadi perhatian Man United, Chelsea dan bekas kelabnya, Man City.
4. Leroy Sane – Manchester City
Beliau menjadi nadi penting Manchester City dalam mempertahankan kejuaraan liga dua musim berturutt-turut.
Sane merupakan pemain sayap yang laju dan lincah. Beliau dikatakan sedang berusaha untuk pulang semula ke Jerman untuk menyertai Bayern Munich.
Pemain kebangsaan Jerman itu dikatakan hanya menerima £90,000 di Man City. Mungkin angka itu agak besar.
Cuma dibandingkan dengan rakannya yang lain menerima £300,000 seminggu – iaitu Raheem Sterling.
Dan pemain seperti John Stones serta Otamendi menerima gaji jauh lebih besar daripada beliau.
1. Sadio Mane – Liverpool
Pemain yang diundi oleh Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia, Sadio Mane menikmati musim cemerlang di Liverpool.
Beliau berada di ranking ketiga Ballon d’Or pada 2019 dan menjadi pemain terbaik Afrika musim ini.
Sadio Mane hanya menerima £100,000 seminggu di Liverpool pada ketika ini. Sebab itu Real Madrid sangat yakin dapat memujuk Mane menyertai mereka dengan gaji lebih lumayan.
Namun buat masa ini, bekas pemain Southampton ini selesa di Anfield, walaupun gajinya lebih rendah daripada Adam Lallana dan Naby Keita.
Mungkin dalam kontrak baharu beliau akan mendapat lebih £200,000 seminggu? Siapa Tahu kan.