5 Penerima Gaji Tertinggi Di PSG Ketika Ini, Messi Adalah ‘King’

Lionel Messi menyertai PSG secara percuma pada musim panas yang lalu. Tidak hairan untuk mendengar bahawa Messi akan menjadi penerima gaji terbesar di PSG. Ini kerana pemain itu menerima banyak tawaran dari kelab dari liga utama eropah yang lain.

PSG merupakan pasukan yang memiliki ramai bintang besar bersama dengan mereka. Ibarat memiliki sebuah pasukan Fantasy Football di alam nyata.

Berikut adalah 5 penerima gaji tertinggi di PSG.

5. Marco Verratti – £250,000 seminggu

Marco Verratti merupakan pemain yang terus menjadi pemain utama di PSG sejak menyertai mereka pada 2012. Beliau juga menjadi pemain penting negaranya terutama sekali ketika membantu Itali menjadi juara Euro 2020.

Verratti menerima £250,000 seminggu. Pemain yang kreatif dan juga mampu untuk membantu penyerang dan pertahanan pada masa yang sama.

FILE PHOTO: Soccer Football – Champions League – Group A – Paris St Germain v Manchester City – Parc des Princes, Paris, France – September 28, 2021 Paris St Germain’s Lionel Messi and Marco Verratti REUTERS/Gonzalo Fuentes/File photo

Verratti menandatangani kontrak baharu dengan PSG pada 2019. Dan masih menunjukkan bahawa beliau mahukan beberapa tahun lagi di kota Paris itu.

4. Marquinhos – £250,000 seminggu

Marquinhos tersenarai antara pemai Brazil yang terhebat pernah bermain di PSG. Menjadi pengganti utama kepada Thiago Silva yang meninggalkan kelab itu beberapa tahun lalu.

Beliau juga merupakan antara bek tengah terbaik pada ketika ini di Eropah. Setelah 8 musim bersama dengan PSG, Marquinhos dianggap pemain yang sangat berdisiplin sama ada di dalam padang dan di luar padang.

Oleh sebab tidak banyak kontroversi di luar padang berbanding bintang yang lain dalam PSG, terutama sekali yang dari Brazil, maka Marquinhos adalah contoh yang terbaik untuk pemain pemain muda.

Beliau dikenali dengan gaya permainan yang kemas dan bentesan bersih yang tepat.

Oleh sebab itu beliau menjadi kapten kepada PSG. PSG sudah sedia untuk menawarkan kontrak baharu kepadanya dan sudah pastinya angka gaji itu akan meningkat.

3. Kylian Mbappe – £310,000 seminggu

Kontrak Kylian Mbappe akan berakhir pada musim ini. PSG sudah melakukan segalanya untuk melanjutkan kontrak pemain yang dianggap masa depan kepada kelab itu.

Ini termasuk sedia menjadikan Mbappe sebagai pemain dengan gaji tertinggi di dunia, atau dengan erti kata lain lebih tinggi daripada Messi. Itu bermakna, PSG sedia membayar lebih £650k seminggu.

Namun Mbappe sudah menyatakan bahawa, ada sesetengah perkara bukan berkaitan dengan wang. Dia mahu mencari cabaran baharu di negara lain. Sekaligus membayangkan bahawa dia benar benar berminat ke Real Madrid.

Memiliki gaya permainan yang licik serta pantas menjadikan Mbappe adalah mimpi ngeri pertahanan.

2. Neymar – £490,000 seminggu

Neymar sebelum ini pernah merengek untuk kembali semula ke Barcelona. Namun pada tahun lalu dia menyatakan bahawa dia sangat menyesal apabila memikirkan sikap kebudak budakkannya.

Tidak lama kemudian Neymar mempersetujui kontrak baharu dengan gaji £490k seminggu. Antara syarat dalam kontrak Neymar adalah, sentiasa melayan peminat ketika berada di dalam acara peminat dan dilarang memburukkan nama PSG di hadapan media – seperti mana yang dia pernah lakukan sebelum ini.

Neymar dianggap kunci kepada kedatangan Lionel Messi ke PSG. Dan pada masa yang sama masih diharapkan akan menjadi kunci kepada Kylian Mbappe akan terus bersama dengan PSG.

Neymar menyertai PSG dengan yurang perpindahan £190 juta ataupun lebih EUR220 juta – apabila PSG mengaktifkan klausa pelepasannya di Barcelona.

1. Lionel Messi – £650,000 seminggu

Sebelum menyertai PSG, Lionel Messi dikatakan sedia menerima pengurangan gaji sekitar 50% daripada gaji sebelumnya di Barcelona. Ini kerana Messi mahu terus kekal di Barcelona.

Satu laporan di Sepanyol sebelum itu menyebut bahawa gaji Messi mencecah £1juta seminggu. Bermakna Messi sedia menerima £500k seminggu dengan syarat Barcelona memberikannya kontrak 5 tahun. Semuanya sudah dipersetujui secara verbal ketika Messi sedang sibuk dengan Copa America.

Malangnya, perjanjian itu tak dapat dimuktamadkan dan Barcelona melepaskan Messi secara percuma.

Ketika itu hanya PSG dan Man City yang sanggup membayar gaji Messi. Man City yang sudah menandatangani Jack Grealish dan sedang fokus kepada usaha mendapatkan Kane telah membuka ruang kepada PSG untuk mendapatkan Messi.

PSG menawarkan gaji £650k seminggu dan ianya dipersetujui oleh Lionel Messi. Walaupun cemerlang dalam pertandingan piala dan UCL, pemenang Ballon d’Or 7 kali itu masih bergelut dalam menjaringkan lebih banyak gol di liga.

Baca yang lain