5 Pengurus Ini Dengan Ratio Kemenangan Tertinggi Di EPL, Ferguson Di Tangga Kedua

EPL ada ramai pengurus yang hebat di dalam sejarah mereka. Namun di kalangan mereka ada beberapa nama yang menjadi pengurus yang sudah sangat sinonim dengan kemenangan.

Berikut adalah 5 pengurus dengan catatan ratio kemenangan tertinggi dalam EPL setakat ini.

#5 Arsene Wenger

Digelar sang Profesor, Arsene Wenger merupakan salah seorang pengurus terbaik yang pernah menjadi pengurus dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. Sudah tentunya Tun Wenger merupakan pengurus terbaik dalam sejarah Arsenal.

Menyertai The Gunners pada 1996 dan membentuk DNA bola sepak Wengerball. Beliau pernah membantu Arsenal menjuarai EPL dengan rekod tanpa kalah dalam semusim ataupun invincibles Arsenal.

22 tahun di Arsenal menjadikannya sebagai salah seorang pengurus paling banyak menguruskan satu kelab dalam EPL.

Wenger turut memiliki rekod peratusan kemenangan yang hebat dengan 58% daripada 476 perlawanan dia kendalikan. 3 kali menjadi pengurus terbaik tahunan EPL.

#4 Jose Mourinho

The Special One merupakan seteru Arsene Wenger selepas Alex Ferguson. Mourinho membantu Chelsea menjuarai 3 EPL dalam sejarah kariernya.

Mourinho juga pernah mengendalikan Manchester United dan kemudian Spurs sebagai kelab terakhir dia uruskan di England.

363 perlawanan yang dikendalikannya dalam kancah Liga Perdana Inggeris, Jose Mourinho merekodkan ratio kemenangan 60% dengan 217 kemenangan.

#3 Jurgen Klopp

Menjadi pengurus yang menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris Liverpool selama 30 tahun lamanya.

Dia menjadi nama yang sangat gah di EPL selepas itu. Pep Guardiola menganggap pasukan Liverpool bimbingan Klopp sebagai masalah utama dalam kariernya terutama sekali di Man City.

Mengendalikan Liverpool sejak 2014/15 dengan mengambil alih daripada Brendan Rodgers.

Beliau memberikan impak sangat besar dengan gaya permainan yang menarik berasaskan sistem Gegenpressing. Klopp setakat ini mengendalikan 249 perlawanan dengan 159 kemenangan bersamaan dengan 64% nisbah kemenangan.

#2 Sir Alex Ferguson

Ini dia pengurus terbaik dalam sejarah EPL. Sir Alex Ferguson menjulang Man United daripada kelab yang penuh celaru menjadi pasukan terbaik di England sebanyak 13 kali.

Mulai mengendalikan Man United pada 1986/87. Dia merevolusikan Man United dengan gaya pengurusannya yang tegas dan tak ada kompromi dengan pemain diva.

26 tahun bersama Man United, Sir Alex Ferguson telah mencatatkan 528 kemenangan daripada 810 perlawanan yang dia kendalikan.

Sir Alex Ferguson menerima guard of honour ketika perlawanan akhirnya sebagai pengurus

Itu bersamaan dengan ratio kemenangan sebanyak 65%. Pencapaian luar biasanya membuatkan Man United masih sukar mencari penggantinya.

#1 Pep Guardiola

Di tangga pertama dengan rekod ratio kemenangan tertinggi ialah Pep Guardiola. Pengurus yang hampir menjadikan Liga Perdana Inggeris sebagai tapak pertaniannya.

Dengan kuasa kewangan dan juga kemampuan pengurusan Guardiola yang luar biasa menjadikan ia gandingan idea. Kalau ada duit je tak guna kan kalau pengurus barai.

MANCHESTER, ENGLAND – MAY 06: Josep Guardiola, Manager of Manchester City poses with The Premier League Trophy after the Premier League match between Manchester City and Huddersfield Town at Etihad Stadium on May 6, 2018 in Manchester, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Setakat ini dia sudah memenangi EPL sebanyak 3 kali dalam enam musim terakhirnya.

City menjadi pasukan yang sangat sistematik. Walaupun tanpa penyerang no.9 tulen sekalipun mereka masih mampu mencetak gol yang banyak musim ini.

Pep Guardiola sedang mengintai peluang untuk menjuarai EPL keempat dalam kariernya.

Setakat ini pengurus asal Sepanyol itu sudah mengendalikan 219 perlawanan EPL dengan rekod 162 kemenangan. Itu bersamaan dengan 74% kemenangan secara nisbahnya.

Baca yang lain