5 Peniaga Android Box Siaran EPL Dipenjara Sehingga 11 Tahun

Lima lelaki telah dijatuhi hukuman penjara sehingga 11 tahun kerana menjual saluran haram Liga Perdana Inggerisa, menurut BBC.

Secara terkumpul kelima lima mereka dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun.

Kumpulan itu menerima sumber saluran daripada penyiar di UK, Qatar, AS, Australia dan Kanada dan menstrimnya untuk diakses melalui perkhidmatan Flawless.

Mereka menjual android box ataupun android stick yang ada mengandungi saluran EPL kepada lebih 50,000 pelanggan dan penjual semula, mengenakan bayaran kepada setiap pelanggan mereka £10 sebulan untuk menonton setiap perlawanan Liga Perdan Inggeris.

Mark Gould, Steven Gordon, Peter Jolley, Christopher Felvus, William Brown dan Zak Smith menjana lebih £7 juta antara 2016 dan 2021 melalui tiga organisasi penstriman lanun.

Gould, yang disifatkan sebagai penggerak operasi itu, dikenakan hukuman penjara 11 tahun. Dia memperoleh lebih daripada £1.7 juta daripada operasi itu.

Empat anggota lain dijatuhi hukuman antara tiga dan lebih lima tahun.

Anggota keenam kumpulan itu, Smith, bertindak sebagai penjual maklumat yang diperoleh daripada pekerjaannya di agensi pemantauan dan penguatkuasaan dalam talian.

Dia masih bebas dan waran telah dikeluarkan untuk penahanannya, menurut Daily Mail.

Kevin Plumb berkata: “Hukuman hari ini adalah hasil daripada pendakwaan yang panjang dan kompleks bagi operasi yang sangat canggih.

“Hukuman yang dijatuhkan, yang merupakan hukuman terpanjang pernah dikeluarkan untuk jenayah berkaitan cetak rompak, membuktikan usaha yang dilakukan untuk membawa individu ini ke muka pengadilan dan mencerminkan tahap keterukan dan tahap jenayah yang mereka lakukan.”

Penyiasat piawaian dagangan Doug Love mengetuai serbuan di flat Gould di Greenwich, selatan London.

Dia menjelaskan apa yang ditemuinya dan memberi amaran kepada orang ramai daripada melanggan saluran haram.

“Saya tidak fikir mana-mana daripada kita menyedari betapa seriusnya ia,” kata Love kepada BBC News.

“Apabila kita masuk ke bilik tidur, terdapat 20 atau 30 kotak set-top bersambung.

Mengenai orang yang melanggan saluran haram dengan harga murah, Love menambah: “Anda mendapat sukan dan anda mendapat harga yang murah. Tetapi anda melakukan kesalahan dan meletakkan diri anda dalam bahaya.”

“Anda menyumbang kepada jenayah terancang yang tidak akan membayar cukai dan boleh mengaut keuntungan dengan cepat dengan menjual butiran anda.”

Baca yang lain