Liverpool dijinakkan Arsenal di Emirates dalam aksi yang menyaksikan The Reds menelan kekalahan yang ketiga musim ini.
Berikut lima perkara yang digariskan.
1. Defensive error
Apabila dua pemain seperti Van Dijk dan Alisson melakukan kesilapan bunuh diri dalam perlawanan ini, maka ia adalah isyarat kepada pasukan itu hilang fokus.
Aksi kasual dan terlalu konfiden yang memakan diri. Arsenal pula berhak dipuji kerana memanfaatkan dua peluang terhad namun terhidang dengan sebaiknya.
Reiss Nelsson dan Lacazette menjaringkan dua gol selepas pasukan mereka ketinggalan menerusi gol Sadio Mane.
'Van Dijk and Alisson turning to David Luiz and Ospina at the Emirates'
Fans react to Liverpool's defensive errors that gifted Arsenal two first-half goalshttps://t.co/gnFJBC5qGb
— MailOnline Sport (@MailSport) July 15, 2020
2. Pertahanan Arsenal
Mungkin benda yang mengejutkan penyokong Arsenal sendiri. Kerana ternyata Arsenal bertahan dengan sangat baik dan berdisiplin.
Arsenal pasukan yang banyak kehilangan mata daripada kedudukan mendahului – di minit akhir perlawanan.
Kematangan aksi Emi Martinez dan kecemerlangan Rob Holding serta David Luiz wajar diberikan pujian.
When he makes a mistake, he gets bantered for weeks. But today David Luiz stood up tall and high against one of the most lethal attack in Europe. He lead, he defended, he soaked the pressure, he stood his ground, he headed it all out, he ruled.
Well done, David. pic.twitter.com/m3EBGfwdp1
— Arsenalog (@TheArsenalog) July 15, 2020
Arsenal dipaksa turun berkampung sepanjang malam. Dan mereka melakukan tugas untuk melindungi pendahuluan satu gol dengan sebaiknya.
3. Slot Eropah
Kali terakhir Arsenal menamatkan saingan liga di luar enam teratas adalah pada 25 tahun yang lalu.
Kemenangan ke atas Liverpool menghidupkan lagi perjuangan mereka untuk berada dalam enam teratas dan mara ke slot Liga Europa.
Jika gagal melakukannya, mereka masih ada satu cup competition untuk dijadikan talian hayat.
Jiran mereka Spurs juga menang dalam aksi semalam dan masih cuba mengintai enam tempat teratas.
Bukan sahaja persaingan ke UCL yang sengit, malah persaingan ke UEL juga sengit.
4. Rekod City terpelihara
Rekod mata terbanyak dalam semusim dengan 100 mata oleh City masih terpelihara.
Ini kerana Liverpool hanya berpotensi mendapat mata maksimum 99 mata dengan baki dua perlawanan saja lagi.
Ini adalah kekalahan ketiga Liverpool pada musim ini.
💯 Liverpool can NOT reach 100 points in the Premier League and @ManCity's 2017/18 'Centurions' #PL title winning season remains the greatest points tally in top flight English football history.
🤝 Cheers, @m8arteta. #MCFC | #ManCity pic.twitter.com/rWU9u2m9ky
— Man City Report (@cityreport_) July 15, 2020
5. Akhirnya Arsenal menang
Kali terakhir Arsenal menang ke atas Liverpool adalah pada 2015. Arsenal sebelum ini 10 perlawanan tanpa kemenangan ke atas Liverpool.
Dan kemarau serta penantian itu berakhir jua di Emirates dengan percaturan Arteta.
Rumusan
Apa yang kita dapat simpulkan, Liverpool sendiri yang membuatkan mereka kalah. Arsenal pula memanfaatkan sebaiknya peluang yang terhad yang mereka miliki.
Arsenal kelihatan sangat lega dengan kemenangan bermoral ini. Tiada siapa meletakkan harapan kepada mereka dalam perlawanan ini.