Sebentar tadi, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan sorotan Sorotan Sidang Media Khas berkaitan novel #Koronavirus (2019-nCoV).
Ada beberapa perkara penting yang digariskan termasuk larangan kepada rakyat Malaysia daripada melawat Wuhan.
Selain daripada itu, kerajaan juga sedia menghantar pesawat khas dalam usaha membawa pulang kesemua 78 rakyat Malaysia yang sihat. Dan kini sedang beraa di negara China.
Seterusnya, kerajaan sangat tegas dalam mengekang penyebarang berita palsu yang boleh menakutkan rakyat dan menimbulkan kekacauan.
29 Jan – Tindakan tegas akan dikenakan pada penyebar yang cuba menimbulkan kebimbangan orang ramai berhubung penularan wabak Coronavirus. Ia boleh menimbulkan situasi cemas dalam kalangan rakyat – PM @chedetofficial #BeritaRTM #coronavirus pic.twitter.com/SKAvsPw6JQ
— BeritaRTM (@beritartm) January 29, 2020
Kerajaan Malaysia juga menegaskan bahawa, Malaysia mahu menghantar bantuan ke China dengan menghantar alatan seperti sarung tangan, penutup hidung dan muka serta makanan ke Wuhan.
Di China sekarang ini, terutama sekali di Wuhan terjejas teruk kerana banyak kedai dan farmasi yang kehabisan stok topeng muka dan penutup hidung.
Berikut adalah ringkasan 5 perkara tersebut:
1. Malaysia tidak benar pelawat dari Wuhan dan dari Wilayah Hubei.
2. Kerajaan sedia hantar pesawat khas dan bawa pulang rakyat Malaysia yang sihat seramai 78 orang. Kesemuanya kini masih berada di negara China.
3. Kerajaan bertindak tegas kpd mereka yg sebar berita palsu utk takutkan rakyat & sebabkan kekacauan.
4. M’sia berhasrat hantar bantuan sarung tangan, penutup hidung & mulut serta makanan ke Wuhan.
5. Bukan dasar Kerajaan sekat pelancong kunjungi lokasi seperti masjid & muzium
Sorotan Sidang Media Khas berkaitan novel #Koronavirus (2019-nCoV)
1. Malaysia tidak benar pelawat dari Wuhan dan dari Wilayah Hubei.
2. Kerajaan sedia hantar pesawat khas dan bawa pulang rakyat Malaysia yang sihat seramai 78 orang. Kesemuanya kini masih berada di negara China. pic.twitter.com/V4E4aF85Xv
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) January 29, 2020
Semoga segalanya akan kembali pulih seperti sediakala.