5 Perkara Daripada Kekalahan Atletico Di Tangan Leipzig

RB Leipzig berjaya mengejutkan Atletico Madrid pada pentas separuh akhir Liga Juara Juara Eropah musim ini meskipun tanpa penyerang sensasi mereka, Timo Werner.

Leipzig menang 2-1 dalam kemenangan yang mendebarkan.

Berikut 5 perkara yang digariskan dariapada kekalahan Atletico kali ini.

1. Pasukan paling banyak mara ke kalah mati tanpa juara

Atletico sekali lagi gagal dalam pemburuan Liga Juara Juara Eropah sulung dalam sejarah kelab mereka.

Dengan kekalahan awal pagi tadi bermakna, sudah 19 kali Atletico mara ke kalah mati tetapi tak menang.

3 lagi pasukan yang mengalami malang serupa adalah Rangers, Dynamo Kyiv dan Arsenal masing masing dengan 17, 16, dan 14 kemaraan ke kalah mati tanpa sebarang kejuaraan.

2. Separuh akhir sulung buat RB Leipzig

Dengan kejayaan mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah 2019/20 menyingkirkan Atletico bermakna ini kejayaan pertama Leipzig mara sehingga ke separuh akhir.

Lawan mereka di separuh akhir adalah PSG.

Leipzig, kelab yang ditubuhkan pada 2009 ini berjaya menunjukkan peningkatan musim ke musim.

3. Orang Amerika pertama skor separuh akhir

Tyler Adams masuk sebagai pemain gantian. Pemain yang baru berusia 21 tahun itu menjaringkan gol kemenangan buat Leipzig dengan rembatan yang terbias pada kaki pertahanan lawan.

Selain membantu Leipzig mara pertama kali ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah, Adams juga mencatatkan sejarah menjadi pemain Amerika Syarikat pertama menjaringkan gol di suku akhir.

 

4. Paling muda

Julian Nagelsmann menjadi jurulatih paling muda pernah menjejakkan kaki ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah pada usia 33 tahun.

Dan Leipzig menjadi kelab pertama mara dengan bimbingan jurulatih yang lebih tua daripada usia kelab mereka untuk mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah.

Beberapa tahun lalu Nagelsmann menjadi pengurus berjawatan tetap paling muda dalam sejarah Bundesliga. Di mana beliau menjadi pengurus Hoffenheim pada usianya 28 tahun.

5. Pertama kali Simeone disingkirkan pasukan tanpa Cristiano Ronaldo

RB Leipzig menjadi pasukan pertama yang menewaskan ataupun menyingkirkan Atletico di pusingan kalah mati Liga Juara Juara Eropah tanpa Cristiano Ronaldo.

Satu rekod yang agak unik.

 

Baca yang lain