5 Perkara Tentang Kim Hee-ae, Ikon Fesyen Dan Pelakon Legend Berusia 54 Tahun

Bagi peminat K-movie ataupun K-Drama, nama Kim Hee-ae bukannya nama asing. Beliau sudah lama berlakon. Dan drama The World Of The Married adalah comeback beliau selepas 4 tahun berehat.

Antara sebab ramai yang menonton drama ini adalah mahu melihat kemunculan semula kak Kim.

Pada 23 April lalu, kak Kim sudah berusia 54 tahun. Dan beliau dianggap salah seorang ikon fesyen untuk wanita usia pertengahan.

Kim eh akak Kim sudah berkecimpung dalam dunia lakonan selama 37 tahun dik oi. Dalam kariernya, akak yang merupakan anak jati Jeju ni sudah merembat lebih 25 anugerah utama.

Dan menyatakan beliau masih tidak merancang untuk berhenti.

1. Debut

Kim Hee-ae melakukan debut lakonan pada 1983. Bakatnya dikesan oleh adik kepada pengarah yang bersekolah sama dengannya. Abang kepada rakan sekolahnya itu mencari model untuk agensi pengiklanan.

Iklan pertama beliau adalah sebagai model baju sekolah. Dan pada tahun yang sama beliau berlakon filem pertamanya iaitu The First Day in the Twentieth Year.

Akak Kim memutuskan untuk meneruskan kerjaya lakonan dan peragaan.

2. Mendapat beberapa peranan ikonik

Bakatnya, membuatkannya mulai mendapat watak utama dalam beberapa drama. Dan drama yang melonjakkan namanya adalah Beyond the Mountains pada 1991 dan Sons and Daughters pada 1992 yang memberikannya kemenangan pertama dalam Daesang.

Kim Hee-ae juga mendapat beberapa watak ikonik termasuk Lee Hwa-young, sebagai wanita seksi yang ada skandal dengan suami kawan baik sendiri dalam drama My Husband’s pada 2007 dan watak Yoon Seol-hee dalam filem The Vanished.

Dan terbaru wataknya dalam The World Of The Marrier menyerlahkan lagi bakat dan mengukuhkan namanya.

Beliau juga beberapa kali membawa watak bercinta dengan lelaki lebih muda.

3. Suka mengembara dan melancong

Kim Hee-ae merupakan seorang yang suka mengembara dan melancong. Walaupun jadualnya padat, beliau kerap melancong ke negara luar termasuk Thailand, Itali dan AS. Beliau kerap berkongsi gambar percutiannya menerusi IG terutama sekali makanan yang beliau rasa di sesebuah tempat.

Beliau sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama keluarga dan rakan rakannya.

4. Ikon fesyen

Selain daripada berlakon, namanya juga gah di arena fesyen di Korea Selatan.

Walaupun pendapatannya dalam arena lakonan lebih tinggi, namun akak Kim kita ni tak pernah lupa akan dunia modelling.

Ini yang menjadikan beliau ikon fesyen di Korea terutama sekali untuk wanita pertengahan usia. Malah beliau ada ramai pengikut daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau sentiasa tampil yakin mengenakan pakaian terkini dan trending.

5. Keluarga bahagia dan lakinya tak curang

Salah satu perkara yang mencabar Kim Hee-ae dalam The World Of The Married apabila dia kena menghayati watak dicurang suami berperangai setan yang curang.

Ini kerana, di dunia sebenar, Kim Hee-ae merupakan wanita yang bahagia serta ada keluarga yang bahagia.

Suaminya merupakan CEO kepada portal DreamWiz. Mereka berdua sudah ada dua anak dan akak Kim memutuskan agar cerita rumah tangganya kekal tertutup dan tak nak kongsi sangat.

Apatah lagi merancang nak mebuat IG untuk anak yang masih di dalam kandungan.

Baca yang lain