Apabila anda sudah berbelanja GBP220 juta pada satu jendela perpindahan, sudah tentunya masa depan anda adalah pertaruhan utama.
Lampard mungkin tidak dapat menurunkan pasukan serba bintangnya dalam beberapa perlawanan awal, namun itu bukan alasan untuk tidak menang dengan meyakinkan ke atas pasukan WBA.
Dalam bola sepak, ianya normal pemain tak dapat beraksi atas banyak sebab.
Namun isu di sini adalah, Lampard kena meyakinkan para peminat dan pemilik kelab tentang filosofi beliau di Chelsea.
Lampard menjadikan kurang aksi pra musim sebagai alasan utama Chelsea gagal membentuk keserasian dalam pasukan.
Mungkin alasan itu boleh diterima ketika ini kerana Chelsea rata rata membeli ramai gila pemain bintang kali ini.
Namun bola sepak kena cepat, proses kena disegerakan untuk mendapatkan hasilnya.
Dan berikut 5 perkara yang Lampard kena setelkan segera.
1. Formasi utama
Dalam aksi berdepan dengan West Brom, Lampard menggunakan sistem 4-2-2-2 pada permulaan permainan. Dan ianya formasi digunakan Werner ketika di Leipzig.
Jelas sekali Chelsea bergelut teruk dengan sistem ini. Di mana N’golo Kante antara yang terasa sukar dengan sistem digelar wingerless wonder ini.
Adakah Lampard benar benar mahu mengorbankan filosofi untuk 10 pemain lain kerana Werner seorang?
Rasanya itu bukan tindakan yang bijak.
Kerana Havertz tak selesa dengan sistem ini dan selepas ini kemasukan Ziyech dan Pulisic, dengan jelas dua pemain ini adalah winger, pemain yang gemar berada di wide area.
Berdasarkan pasukan beliau ada sekarang ini, Lampard ada pilihan 4-3-3 atapun 4-2-3-1 serta 4-4-2 (diamond). Dia formasi selain 433 itu akan memberikan Havertz peranan no.10.
Kerana ketika bermain no.10 Havertz sangat power tempoh hari.
Pada separuh masa kedua, Chelsea lebih kepada 4-2-3-1 dengan kemasukan Hudson Odoi, dan ianya memberikan impak jauh lebih baik. Ditambah dengan lawan yang sudah keletihan dan tidak bermain dengan sebaiknya kerana terlalu ke bawah.
Jadi formasi mana akan menjadi formasi utama Chelsea?
2. Penjaga gol
Lampard harus segera memilih penjaga gol no.1 beliau. Mungkin kali ini Eduoard Mendy tidak dapat beraksi kerana masih baru sekali berlatih.
Dalam perlawanan seterusnya Lampard harus menentukan penjaga gol no.1 beliau. Di mana Willy Caballero dengan Kepa Arrizabalaga tidak menunjukkan keupayaan mereka menjadi penjaga gol utama untuk pasukan pesaing kejuaraan.
OFFICIAL: Chelsea complete the signing of Edouard Mendy. That summer haul 💸 pic.twitter.com/rSiXLgMlmn
— B/R Football (@brfootball) September 24, 2020
3. Pendekatan
Lampard masih lagi terikat dengan gaya permainan Inggeris yang klasik walaupun mereka cuba bermain dengan sistem binaan daripada bek.
Lihat sahaja aksi Chelsea berdepan dengan Liverpool sebelum ini, Chelsea cuma drop deep untuk menyerap asakan dan cuba untuk bermain dengan sistem yang sangat direct bila menyerang.
Dengan set pemain yang beliau ada, Lampard boleh meningkatkan fluiditi dalam permainan pasukan Chelsea. Itu juga harus diselesaikan dengan segera sebelum masuk ke perlawanan ke-6 atau 7 jika boleh.
Itulah sebabnya kita membeli pemain mahal, kerana kita yakin mereka sesuai dengan sistem kita.
Malah Lampard sendiri menyatakan dia sudah tak sabar nak belajar daripada Havertz dalam pengurusan permainan. Merujuk kepada fungsi pemain itu sebagai no.10 yang mana Lampard sebelum ini tidak begitu banyak bermain dengan peranan no.10.
Not just three goals in @KaiHavertz29's performance last night… 🔥
— Chelsea FC (@ChelseaFC) September 24, 2020
4. Kesilapan defensif
Chelsea kini sudah melakukan 3 defensive error. Baru 3 perlawanan mereka sudah menyamaai rekod defensive error yang memberikan gol lawan pada musim lalu.
3 – Chelsea have made three errors leading directly to goals in the Premier League this season, equalling their total from 2019-20. Mishaps. pic.twitter.com/pGT695Cu7y
— OptaJoe (@OptaJoe) September 26, 2020
Sesuatu harus dilakukan oleh Chelsea ketika berlatih taktikal untuk aspek bertahan.
Marcus Alonso antara pemain yang boleh dikatakan kena tebuk teruk semalam.
Seterusnya, kurangkan kesilapan bodoh ketika bertahan. Pada separuh masa kedua mereka tidak diuji pertahanan kerana WBA jelas sudah yakin 3 mata sudah dalam tangan.
42 – Since the start of last season, Chelsea have conceded more away Premier League goals than any other side (42). Open. pic.twitter.com/Gvs4YhuWns
— OptaJoe (@OptaJoe) September 26, 2020
5. Belajar dari Conte
Ingat lagi tak ketika Chelsea bergelut under Conte dan beliau menukar formasi kepada back 3, di mana Chelsea mendapat keputusan positif dan kemenangan berturut turut yang banyak.
Hasilnya mereka menjadi juara liga pada musim itu.
Ini bukan aku maksudkan Lampard kena main back 3, bukan bang!
Apa yang Lampard boleh pelajari, dia kena segera selesaikan isu formasi utama dan membentuk sistem berdasarkan kepakarannya dan bukannya mengorbankan sistem hanya kerana seorang pemain.
Pemain yang power akan boleh beradaptasi dengan sistem yang pelbagai.
Kemudian Lampard juga boleh belajar dari Conte bahawa, pembentukan pasukan tak semestinya dengan pemain bintang kena semua ada dalam padang.
Conte menggunakan pemain yang faham dengan sistem seperti Victor Moses yang berjaya memberikan impak segera.
Selain itu, Conte belajar untuk menggunakan Hazard dan dia tak memberikan Hazard peranan yang mengorbankan sistem pasukan.
Sebaliknya dia memasukkan Hazard ke dalam sistem. Di mana ketika itu Hazard diarahkan menjadi penyerang kedua di belakang Costa.
Rumusan
Selamat berjaya buat Lampard. Beliau pasti sedar, bos beliau adalah Roman Abramovich yang ada rekod yang agak menggerunkan dalam pecat memecat pengurus yang gagal menepati kehendaknya selepas dia berikan signing.
Chelsea seharusnya menjadi pencabar kejuaraan kerana semua yang Lampard mahukan orang dah bagi!
Itulah kejamnya realiti bola sepak moden.