5 Poin Padu Dari Liverpool Selepas Tewaskan Leicester City

Liverpool turun bertemu dengan pendahulu liga (GW8) dalam situasi ramai pemainnya cedera. Akhirnya mereka membenam Leicester City 3-0 melalui jaringan sendiri Jonny Evans, Diogo Jota dan Roberto Firmino.

Berikut merupakan 5 poin menarik Liverpool selepas perlawanan tersebut.

BARISAN KEDUA YANG TAHU PERANAN SEPERTI BARISAN UTAMA

James Milner diturunkan di bek kanan, Fabinho di bek tengah. Naby Kieta dan Curtis Jones kedua-duanya di tengah.

Disamping itu mereka juga turun tanpa Mohamed Salah.

Liverpool tidak terjejas dengan ketiadaan Virgil Van Dijk, Joseph Gomez, Thiago Alcantara, Jordan Henderson dan Alexander Trent-Arnold.

Liverpool tiada masalah tanpa mereka.

Milner mengakhiri perlawanan sebagai pemain tengah selepas beberapa pertukaran taktikal, tetapi dia sangat baik bermain di bek kanan.

Sudah pasti Milner ditewaskan beberapa kali oleh pemain lawan namun dia tahu bagaimana mahu bermain sebagai bek sisi.

Duo no.8 di tengah padang berfungsi dengan baik, sentiasa menang bola dan menghalang dari ancaman bahaya pihak lawan.

Gandingan itu berkeupayaan membuat hantaran pertama ke atas bagi melancarkan serangan.

Ini membuktikan barisan ke-2 Liverpool tahu tentang peranan yang perlu dilakukan di dalam padang.

Mampu untuk mengekalkan pasukan terus berada dalam persaingan kejuaraan dan gaya permainan sama seperti barisan utama.

 

SUPER JOTA

Diogo Jota menampilkan permainan yang hebat. Melakukan glancing header pada lewat babak pertama, membunuh Leicester City dengan menjadikan kedudukan 2-0.

Jota satu-satunya pemain Liverpool menjaringkan gol dalam 4 perlawanan berturut-turut.

Diturunkan di bahagian sayap kanan dia sering kali menunjukkan 2 sifat berbahaya iaitu pergerakan pintar dan kepantasan.

Malah dia juga bergerak diantara bek tengah lawan, bertukar ke sayap dengan cepat untuk pergi ke ruaang atas untuk membina overload attacking.

Kecederungan Jota masuk ke dalam kotak penalti lawan memberi ancaman berterusan kepada Leicester.

Cuma penyudah Jota tidak menggambarkan kecermerlangannya namun sumbangan larian dari pemain Portugis ini mengekalkan momentum serangan Liverpool sepanjang permainan.

Ia dapat dibuktikan melalui percubaannya yang diselamatkan dan yang tersasar.

Diharap pemain ini terus mampu berada di kawasan bahaya dan dia boleh terus menjaringkan gol.

KEDUDUKAN FIRMINO SELEPAS KUMPUL 2 GOL

Salah satu percubaanya terkena palang. Satu lagi hanya satu sentimeter dari gawang. Sebelum itu dia juga mempunyai 1 peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Roberto Firmino terus bermain, terus memastikan dirinya berada di ruang terbaik dan akhirnya menjaringkan 1 gol. Ia melalui satu tandukan cemerlang.

Bagaimanapun link play yang dilakukan oleh pemain Brazil ini tetap menjadi satu keistimewaan, dia melakukannya sekali lagi.

Kemampuan Firmino menewaskan barisan pertahanan lawan juga baik dan dia jelas kelihatan terdesak untuk menjaringkan gol.

Ia terpancar melalui riak wajah kecewanya selepas percubaan terkena palang.

Sekali lagi dikecewakan oleh aksi penyelamat cemerlang dari Kasper Schmeichel diatas garisan.

Firmino akhirnya berjaya menjaringkan gol dan sudah pasti Klopp gembira dengan pemain ini, semua meraikan selepas dia menerima kritikan kerana kurang menjaringkan gol musim ini.

Sekarang Firmino sudah mempunyai 2 jaringan liga.

Jumlah gol penyerang lawan (Jamie Vardy) adalah 8 tetapi 5 melalui sepakan penalti. Jadi Bobby hanya kurang 1 gol.

Sementara itu Pierre Aubameyang mempunyai 2 gol sama sepertinya. Tidak ada penyerang dari Manchester City mempunyai lebih dari 1 gol dan Anthony Martial 0 gol.

Adakah Firmino terlalu teruk?

KUBU KUAT ANFIELD

Satu lagi rekod kelab tercipta. 64 perlawanan tanpa kalah di Anfield. Liverpool bukanlah pasukan paling atas dalam rekod ini namun yang utama adalah catatan itu masih berterusan.

Chelsea merupakan pasukan paling lama tidak tewas di gelanggang sendiri -liga perdana- dimana mereka kebal selama 86 perlawanan sebelum dimusnahkan oleh Liverpool pada tahun 2008.

Jumlah kemenangan di Anfield lebih tinggi berbanding Stamford Bridge dan Liverpool memenangi gelaran dan sekarang dalam usaha mengekalkan kejuaraan. Teruskan rekod tanpa kalah.

DI PUNCAK LIGA

Leicester City masuk ke GW9 dengan berada di kedudukan pertama liga. Selepas itu tempatnya diambil oleh Chelsea dan kemudiannya Tottenham.

Hakikatnya Leicester merupakan pasukan bagus sebelum perlawanan ini.

Liverpool boleh mengangkat bendera putih kerana mempunyai masalah kecederaan yang serius. Bagaimanapun Liverpool yang memusnahkan pasukan tersebut.

Sudah pasti Leicester bukanlah pasukan pencabar kejuaraan musim ini, Tottenham dan Manchester City bakal lebih konsisten dalam jadual panjang ini.

Pada pertengahan musim lepas Leicester City dikatakan bakal menjadi pencabar kejuaraan, Liverpool mengalahkan mereka.

Kali ini Liverpool melakukan sekali lagi ketika mereka mejadi pendahulu liga.

Liverpool akan berhadapan dengan Atalanta, Brighton, Ajax dan Wolves dalam tempoh 13 hari akan datang.

Kini Liverpool berkongsi mata dengan Tottenham di tangga teratas liga selepas 9 perlawanan dan mungkin sekali lagi mengakhirinya di situ selepas 38 perlawanan.

Baca yang lain