5 Sebab Alex Oxlade-Chamberlain Harus Bermain Malam Ni

Korang semua tau kan malam ni ada aksi UCL. Perlawanan menentang Genk.

Aku nak gariskan pasal Chamberlain dan 5 sebab dia harus bermain – sebagai kesebelasan utama – malam ni

1. Prestasi semasa

Alex Oxlade-Chamberlain sedang dalam prestasi terbaik dalam 2-3 perlawanan ini. Beliau masuk sebagai pemain gantian dan memberikan impak segera di atas padang.

Belia juga sedang memiliki sentuhan yang terbaik dalam aksi tembakan gol ketika ini.

Jadi, apa salahnya memberikan beliau merit atas persembahan itu dengan memasukkan beliau dalam senarai permulaan perlawanan. Benda macam ni, kalau dia ketum kita keluarkan masukkan Origi.

Hmmm…

2. Dinamik

Alex Oxlade-Chamberlain memberikan dinamik yang bagus kepada pasukan. Beliau keras dan boleh menggelecek sehingga ke dalam box.

Gerakan penetrative Ini sangat diperlukan dalam setiap perlawanan. Seterusnya tak lupa, Chamberlain seorang pemain yang laju juga wei.

3. Kreativiti

Selain daripada movement yang bagus, beliau juga memiliki kreativiti di final third.

Alex Oxlade-Chamberlain ni bukan pemain yang tamak. Jadi beliau akan menjadi deputy yang sangat baik kepada floating attacker.

4. Variasi

Beliau efektif bermain di tengah ataupun di wide area. Jadi, beliau akan menjadi pemain yang bagus untuk Klopp nak switch taktikal secara kerap di atas padang.

Gaya permainan Alex Oxlade-Chamberlain ni akan memberikan ruang kepada Fabinho untuk tidak terlalu naik.

Lagipun bagi aku Wijnaldum boleh direhatkan kerana agak overused. Dia boleh fokus kepada persediaan berhadapan Man. City. Dia kan suka big game. Tapi tu lah, selalunya si Oxlade ni main sebelah side yang lebih ke kanan.

Ini bermakna Hendo la kena tukar malam ni.

5. Menajamkam lagi

Ini perkara berkaitan dengan minit perlawanan. Dalam beberapa game musim ni beliau dah diberikan beberapa minit tertentu dalam perlawanan.

Benda ni kena uruskan dengan sebaiknya kau tau. Kau tu pakai sedap je cakap, kenapa tak pakai Ox? Dia kan baru cergas tu.

Korang komen tanya kenapa tak Shaqiri, siap korang aku tarik top fan.

Tengok kan dah melalut aku sebab korang. Mana ada penulis maki pembaca macam ni secara terus.

Ok, kita teruskan, jangan ambik hati sangat.

Oxlade pada masa yang sama boleh menggunakan perlawanan ini sebagai persiapan intensif sebelum game hujung minggu ni.

Lagipun dia suka lawan City tau.

Rumusan

Itulah 5 sebab kenapa aku rasa Chamberlain perlu jadi first 11 malam ni.

Beliau memerlukan perlawanan ini dan pada masa yang sama kita memerlukan form beliau ada.

Korang macam mana? Setuju tak? Ke korang nak Jay Spearing main malam ni?

Baca yang lain