5 Sebab Borussia Dortmund – Erling Braut Haaland Pasangan Secocok Ketika Ini

Erling Braut Haaland sah menyertai Borussia Dortmund. Bagi saya beliau dan Borussia Dortmund adalah pasangan yang idea kerana saling memerlukan.

Lebih kepada satu simbiosis. Berikut adalah 5 sebab yang saya berikan kepada anda semua:

1. Minit perlawanan

Erling Haaland meminta jaminan minit perlawanan yang banyak. Senang cerita dia nak jadi autostarter la dalam pasukan.

Perkara ini yang tak mampu dijanjikan oleh Juventus dan Manchester United. Ini kerana Juventus baru mengeluarkan Mandzukic kerana lambakan penyerang.

Dan mereka mahu menjadikan Haaland sebagai pengganti jangka panjang untuk Gonzalo Higuain.

Di Manchester United pula, Ole Gunnar Solskjaer merasakan permintaan Haaland itu akan memeningkan beliau dengan situasi Martial dan Rashford. Dua pemain ini baru melanjutkan kontrak mereka.

Martial sedang dibentuk menjadi no.9 pada musim ini. Rashford memang serba boleh dan penjaring utama mereka. Mason Greenwood pula masuk sebagai pemain remaja yang meningkat naik.

Namun di antara Juventus dan United, saya berpandangan Red Devils lebih perlukan Haaland.

Dalam situasi ini, hanya BvB yang nampak memberikan potensi minit perlawanan yang banyak. Pasukan yang ada Paco Alcacer sebagai no.9.

2. Kejurulatihan Dortmund

Ini lebih kepada manfaat kepada Haaland. Borussia Dortmund memiliki rekod yang sangat baik dalam membangunkan penyerang utama.

Mereka yang menggilap bakat seperti Robert Lewandowski dan Aubameyang. Paco Alcacer juga mendapat kembali rentaknya di BvB terutama sekali musim lalu.

Jadi, Borussia Dortmund sudah membuktikan keupayaan mereka dalam pembentukan penyerang.

3. Isu klausa pelepasan

Samuel Luckhurst dalam kenyataannya berkata, antara faktor yang menghalang Man United dapat memeterai perjanjian dengan Erling Braut Haaland adalah cubaan Mino Raiola memasukkan kluasa pelepasan.

Kluasa itu dikatakan tidak terlalu tinggi dan membolehkan Mino Raiola dan Erling Haaland mengawal perpindahan di tangan mereka sendiri.

Borussia Dortmund ni ada reputasi sebagai feeder club. Feeder club di sini bukan development club macam di Malaysia ni. Ia merujuk kepada kelab yang lebih terbuka menjual pemain apabila ada tawaran menarik.

Jadi, tiada masalah untuk Borussia Dortmund menerima klausa pelepasan itu.

4. Borussia Dortmund memang perlukan no.9

Walaupun mereka ada Paco Alcacer namun pemain itu ada isu dengan kecergasan dan kecederaan yang kerap menjadi penghalang kepada beliau.

Musim ini Paco hanya bermula dalam 6 daripada 11 perlawanan dengan purata 48 minit per perlawwanan. Beliau hanya menjaringkan 5 gol musim ini dalam liga.

Erling Haaland dilihat lebih mobiliti dan lebih lasak untuk menjadi penggempur utama pasukan mereka.

5. UCL football

Peraturan baharu UEFA telah memansuhkan cuptied untuk pemain pada pendaftaran Januari.

Erling Haaland ada rekod gol yang baik di UCL. Borussia Dortmund turut menawarkan beliau bola sepak UCL.

Rumusan

Saya tidak pasti ini adalah satu persinggahan ataupun destinasi untuk Erling Braut Haaland. Apa yang pasti buat masa ini, inilah kelab terbaik untuk beliau berdasarkan kehendak dan karenah ejen beliau.

Erling Braut Haaland merupakan penyerang yang sangat baik. Sebab itu beliau pemain yang sangat ramai mambang memerhatikannya di jendela perpindahan.

Baca yang lain