5 Sebab Chelsea Mampu Juara EPL 2020/21

Pada 3 musim terakhir peminat Liga Perdana Inggeris hanya melihat pertarungan diantara Manchester City dan Liverpool bersaing merebut kejuaraan.

Kedua-dua pasukan ini telah memenangi kejuaraan dengan jumlah mata 100, 98 dan 99.

Namun pada musim ini ia merupakan peluang terbaik bagi pasukan lain mencabar kejuaraan terutamanya Chelsea.

5 sebab mengapa Chelsea boleh menang liga kali ini.

1.MANCHESTER CITY & LIVERPOOL MUNGKIN BERGELUT

Manchester City menamatkan musim lepas dengan sedikit keluhan, berada 18 mata dibelakang Liverpool. The Citizen juga tewas kepada Arsenal di peringkat separuh akhir Piala FA tetapi agak berjaya dalam pertandingan Piala Carabao.

Manchester City merangkul piala itu dan berjaya mengelak dari menamatkan musim tanpa sebarang kejuaraan. Masalah skuad Pep Guardiola itu lebih terarah di bahagian pertahananya.

Permulaan musim ini mereka tidak mempunyai pertahanan kiri utama dan bermula dengan Joao Cancelo. Posisi primary Cancelo adalah sebelah kanan.

Walaupun Manchester City telah membawa masuk Ruben Dias dan Nathan Ake namun persoalan tetap timbul adakah pertahanan tengah ini cukup untuk mengukuhkan blok pertahanan mereka?

Disamping itu, setakat ini bahagian serangan mereka tidak terlalu tajam. City mencipta peluang lebih rendah berbanding musim lepas apabila hanya mencatat xG/perlawanan 1.34 berbanding 2.5.

Liverpool pula sedang memasuki fasa kritikal apabila ramai pemain utama mereka berada dalam senarai kecederaan.

Sejak beberapa musim lepas mereka berjaya bermain dengan semua pemain utama sepanjang musim.

Kali ini Virgil Van Dijk, Joseph Gomez, Alexander Trent Arnold, Fabinho dan Andrew Robertson merupakan barisan pertahanan yang berada dalam senarai penyisihan termasuk Mohamed Salah.

Walaupun ketika semua pemain ini cergas, namun prestasi mereka tidak setanding dengan musim lepas. Mereka sudah bolos 16 kali, setaraf dengan West Brom dan Leeds United.

Ini merupakan 3 pasukan terburuk dari segi bolos dan Liverpool melepaskan 7 gol dalam 1 perlawanan.

Walaupun Chelsea berada di kedudukan ke-5 melalui 15 mata tetapi mereka hanya 3 mata dibelakang pendahulu liga. The Blues hanya kalah sekali dalam semua pertandingan musim ini.

Thiago Silva juga merupakan penambahan yang hebat. Pertama, dia didapati secara percuma. Kedua, panduan yang sangat diperlukan oleh pertahanan berempat mereka.

Dia menjadi kunci keampuhan di bahagian pertahanan tengah sehingga membolehkan Kurt Zouma naik keatas dengan selesa ketika pasukan mendapat attacking set pieces.

Permain pertahanan terakhir yang dibeli ialah Ben Chilwell, pemain Inggeris ini membuat debut mengagumkan di Stamford Brigde. Chilwell telah mengubah corak menyerang di bahagian itu.

Chilwell menunjukkan usaha menyerangnya mirip dengan Marcos Alonso tetapi lebih baik dari Alonso dalam melakukan recovery apabila pasukannya diserang balas.

2.BANTUAN DARI PERTAHANAN BAHARU

Chelsea muncul sebagai pasukan paling banyak menjaringkan gol, 20. Pasukan ini juga menjadi pasukan terbaik dalam kategori good different, +10. Angka tersebut sangat berbeza pada musim lepas.

Walaupun contoh tersebut merupakan sampel kecil, perkembangan itu menunjukkan Chelsea boleh menjadi pasukan yang lebih baik.

Chelsea membeli ramai pemain pada jendela perpindahan lepas. Media melaporkan pasukan ini membeli terlalu ramai pemain serangan dan kurang melabur di unit pertahanan.

Akan tetapi Chelsea membawa masuk Eduardo Mendy pada saat akhir, posisi yang paling menjadi masalah akibat perangai Kepa Arizabalaga.

Ramai skeptikal dengan pembelian ini. Mendy tidak mempunyai banyak pengalaman bermain dalam pentas besar.

Bagaimananapun Mendy menampilkan persembahan cemerlang. Penjaga gol Senegal ini membawa sifat tenangnya di benteng terakhir Chelsea, sesuatu yang gagal dilakukan oleh Kepa.

3.STABILITI DEFENSIF SETARAF LIVERPOOL

Eduardo Mendy, Reece James, Ben Chilwell, Thiago Silva dan Kurt Zouma merupakan 5 pemain di bahagian pertahanan yang sering diturunkan Frank Lampard.

Back line ini mempunyai persamaan yang luar biasa menyamai Liverpool dari segi ciri-cirinya dan sedikit taktikal.

James menjadi cerminan Alexander-Arnold melalui hantaran lintang kedalam kotak penalti. Pemainan ofensifnya meningkat dengan pesat sejak musim lepas.

Silva menyamai Van Dijk dari sudut kepimpinan dan impak kepada pemain lain di unit pertahanan.

Kedua-duanya membawa sifat tenang dan meningkatkan komunikasi antara pemain di unit tersebut.

Zouma pula telah menjadi aset dalam dua fungsi iaitu bertahan dan mejaringkan gol situasi bola mati.

Kepantasannya telah mengimbangi kelemahan Silva dengan baik. Tandukkanya menjadi aset paling bernilai ketika bertahan atau menyerang.

Kaki kiri Ben Chilwell pula merupakan aset paling bernilai terutamanya ketika menyerang, seperti Robertson di Anfield.

Pada musim lepas Chelsea menggunakan Cesar Azpilicueta sebagai pertahanan kiri. Azpilicueta memerlukan sedikit masa untuk melakukan hantaran lintang kerana dia merupakan pemain kaki kanan.

Kombinasi Chilwell dan Werner/Pulisic berlaku dengan baik yang mencerminkan kemampuannya setanding dengan Robertson di Liverpool.

4.MIDFIELD CHELSEA SETARAF DENGAN MANCHESTER CITY

5 permain bawah Chelsea ditulis mirip seperti Liverpool. Unit serangan Chelsea pula menyamai apa yang ada di Manchester City.

N’Golo Kante merupakan pemain berperanan paling kebawah untuk Chelsea, ia menyamai apa yang dimiliki oleh Manchester City melalui Rodri atau Fernandinho.

Safe passing ke bahagian atas memberi perlindungan baik untuk barisan pertahannya. Sikap bertahan yang kuat dari pemain ini juga sangat membantu unit tesebut.

Di City, Pep Guardiola kerap menggunakan 2 pemain no.8 dibahagian tengah. Chlesea pula memiliki Mason Mount dan Kai Havertz atau Mateo Kovacic sebagai pilihan kuat bagi mengisi peranan tersebut.

Mount adalah complete midfielder di Chelsea. Pemain ini mempunyai banyak kekuatan dalam permainannya.

Dia boleh menjadi presser yang hebat, dia mampu melakukan hantaran baik, dia boleh menjadi penjaring gol dan dia boleh menewaskan pemain pertahanan lawan.

Mount boleh masuk kedalam kotak penalti dan menjaringkan gol, dalam masa yang sama pemain ini mampu masuk ke posisi pertahanan kiri apabila Chilwell naik keatas membantu serangan.

Havertz masih muda untuk dikritik terutamanya ia merupakan musim pertamanya di Chelsea. Kekuatan pemain ini adalah masuk kedalam kotak penalti dan menamatkan gerakan dengan jaringan.

5.SERANGAN KELAS DUNIA

Konfigurasi atau susunan serangan telah diperkemaskan oleh Frank Lampard berdasarkan peningkatan yang berlaku dalam perlawanan demi perlawanan.
Penambahan paling menarik dilakukan oleh Chelsea di unit itu ialah Hakim Ziyech.

Dia mempunyai kekuatan kaki kiri yang baik dan mendapat pujian dari peminat The Blues. Kehebatannya dari situasi bola mati telah ditunjukkan pada 2 perlawanan lepas.

Ziyech mempunyai kemahiran yang ada pada Eden Hazard dan Cesc Fabregas. Dia menggabungkan kemampuan drible seperti Hazard dan kreativiti Fabregas.

Dalam open play Ziyech gemar berada di kawasan half space seperti Kevin de Bruyne lakukan. Pemain ini mampu melakukan melakukan hantaran di far post kepada Timo Werner dan Ben Chilwell.

Keserasiannya bersama Recce James menguatkan petarungan areal duel tidak kira ancaman dari overlap dan underlap pihak lawan di sebelah kanan Chelsea.

Sementara itu Tammy Abraham telah meningkat sejak mendapat debut liga musim ini. Hold-up play penyerang ini memingkat dengan cemerlang. Dia juga menunjukkan kemampuan kreatif dalam menjaringkan gol.

Keserasiannya dengan Werner membolehkan pemain Jerman itu masuk ke dalam kotak penanti untuk menyerang kawasan kosong yang terbina.

Werner juga boleh menjadi center foward dimana kepantasannya akan menjadi aset penting kepada pemain ini.

Situasi itu juga membolehkan Jorghinho disenaraikan dalam kesebelasan utama kerana kemampuannya melakukan hataran bagi memecah blok pertahanan melalui kepantasan Werner.

Pulisic ialah pemain faktor X. Seperti ditunjukkan pada perlawanan lepas di Liga Inggeris, pemain ini mempunyai keupayaan ‘mencari pemain lain’ dan menyelesaikan peluang yang tercipta.

Pulisic boleh bermain dalam keadaan yang terpisah dari rakan sepasukan dengan kemampuan drible dimilikinya. Callum Hudson-Odoi boleh dijadikan pasangan sayap untuk tujuan ini.

Kesimpulan, Chelsea berpotensi memenangi kejuaraan 2020/21 selepas melakukan penambahan besar.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil