5 Sebab Contagion Harus Ditayangkan Kepada Umum Ketika Ini

Korang dah tengok cerita Contagion? Filem ini dikeluarkan pada 2011 dan membariskan ramai pelakon sensasi termasuk Kate Winslet, Matt Damon, Gwyneth Paltrow, Jude Law, dan Laurence Fishburne.

Filem arahan Steven Soderbergh ini penuh dengan gambaran ketakutan dan kerisauan ke atas satu wabak baharu yang ganas. Para ilmuwan berusaha untuk mencari vaksin bagi melawan wabak virus tersebut, namun banyak halangan yang mereka tempuhi.

Berikut adalah lima sebab Contagion adalah filem yang boleh ditayangkan di saluran nasional — menerusi tv la — bagi tontonan umum.

Lagipun masa  ni menonton movie antara aktiviti paling utama ketika berkurung kan.

1. Kesedaran tentang pandemik

Filem ini memaparkan satu pandemik yang bermula dari sebuah tempat di Asia. Dan ianya memaparkan kepada kita semua tentang beberapa perkara asas tentang pandemik.

Dalam filem Contagion, mereka berhadapan dengan satu wabak yang mirip kepada koronavirus pada hari ini.

Tersebar melalui sentuhan dan mewujudkan simptom yang teruk.

Selain itu, kita juga belajar tentang apa itu kluster/kelompok yang menjadi tempat penyebaran wabak. Di dalam filem ini banyak sekali kluster yang wujud kerana penyebaran wabak.

Seterusnya, penonton juga akan mendapat gambaran bagaimana sesuatu pandemik itu berjangkit. Dan kenapa pentingnya mencuci tangan serta memakai topeng muka.

Memakai topeng muka akan mengurangkan kita semua daripada menyentuh muka dengan kerap.

2. Pendidikan social distancing

Mungkin ramai antara kita yang tidak begitu faham kepentingan social distancing. Dan di sini, filem ini boleh digunakan untuk mendidik tentang social distancing.

Paling penting pengarah menerangkan social distancing dengan cara yang mudah dan visual menerusi watak seperti Dr Erin dan Dr Ellis, lakonan Kate Winslet dan Laurence Fisburne.

Pada masa yang sama dikeluarkan tentang kritikan sosial kepada sesetengah individu yang mementingkan diri sendiri, dan membuatkan social distancing itu sukar untuk dilakukan.

Ada yang memberikan bantuan makanan, niat tu baik, namun cara memberikan makanan itu adalah berisiko di tengah wabak.

3. Bahaya maklumat tidak tepat

Selain daripada social distancing, filem ini juga memaparkan bagaimana kuasa internet dalam sosiologi masyarakat.

Ada seorang blogger, Alan Krumwiede (Jude Law) yang berpengaruh. Memiliki 4 juta pengunjung setia, dan kemudian menjadi 12 juta.

Alan berkata, jika dia bercakap di hadapan audien, dia sedang bercakap di hadapan jutaan manusia. Itu angka yang banyak.

Alan Krumwiede bermain dengan persepsi dan prasangka. Beliau mulai menyuapkan pembacanya dengan teori konspirasi.

Sehingga berlaku panik di kalangan pembaca yang menganggap social distancing itu adalah satu darurat yang teruk. Ia sebenarnya hanya darurat kesihatan.

4. Pengorbanan doktor

Selain itu, filem ini juga memaparkan pengorbanan doktor dalam berhadapan dengan musim wabak yang kritikal.

Sehinggakan Dr. Erin Mears dijangkiti wabak tersebut ketika bertugas. Dan beliau tidak mementingkan diri sendiri. Terus meminta agar kesemua mereka yang ada contact dengan bilik hotel didiaminya untuk tampil.

Seterusnya, para doktor juga terus berusaha walaupun berhadapan dengan orang seperti Alex yang berterusan menganggap mereka menyembunyikan kebenaran.

Cabaran utama doktor adalah, mereka tidak boleh bercakap tentang half-truth, sebaliknya mereka hanya boleh mengesahkan perkara itu berdasarkan bukti sah dan nyata.

Pada akhirnya ada doktor yang sanggup menyuntik dirinya untuk menguji vaksin itu. Ianya sangat berisiko.

5. Mudah difahami

Filem ini antara filem pandemik yang korang paling mudah fahami. Kerana istilah yang digunakan dalam filem ini dipermudahkan dengan penerangan menerusi watak.

Syabas kepada pengarah Steven Soderbergh yang menjadikan naskah ini seringan yang mungkin untuk membawa mesej yang berat.

Dan ketika ini kita banyak sekali disuap dengan terma dan juga etimologi baharu berkaitan dengan wabak dan pencegahannya.

Situasi melanda dunia pada hari ini sangat mirip dengan apa yang berlaku dalam cerita ini. Orang berebut di pasaraya, tak dengar cakap dan sebagainya.

Maka inilah masa yang sesuai untuk kita menonton filem seperti ini sambil meningkatkan pendidikan orang kita tentang pandemik.