5 Sebab Kenapa Takumi Minamino Menjadi Pilihan Klopp

Takumi Minamino sah menjadi milik Liverpool. Rasanya tak perlu aku cerita lagi pasal benda tu.

Tetapi kali ni kita lihat kenapa pemain ini menjadi pilihan Jurgen Klopp untuk menyertai pasukannya.

1. Serba boleh

Kalau nak cerita pasal sebab dia pemain penyerang rasanya Liverpool ada banyak penyerang dan boleh dikatakan ini tak perlu sign pun kan?

Tapi versatiliti yang ada pada Takumi Minamino membuatkan beliau sangat sesuai dengan Liverpool di bawah Klopp.

Beliau boleh bermain di pelbagai posisi di barisan serangan termasuk sayap kiri, sayap kanan, no.10 dan juga false 9.

2. Pemain sistem

Benda ni memang agak berkait dengan serba boleh dan posisi dia. Tetapi pemain sistem yang kita ada ketika ini adalah Roberto Firmino.

Takumi Minamino pemain yang boleh beraksi di false 9 dan menjadi playmaker sebagai deep lying forward.

Deep lying forward ni pemain yang turun ke bawah sikit nak buka ruang ataupun
mencipta peluang kepada winger.

Minamino banyak beraksi dalam sistem ini ketika di RB Salzburg.

3. Pressing

Pemain ini kalau korang perasan memang bermain dalam sistem high pressing pasukannya.

Takumi Minamino kerap menjadi first pressure di hadapan kerana dia bertenaga.

Mino Keita

Ini yang menarik perhatian Klopp. Kena pula dia press pemain seperti Firmino, Mo Salah dan Sadio Mane, bukan mudah sebenarnya menggapai tangga ke angkasa oh yeah, menuju puncak!

Ok dah la tu nyanyi akademi fantasia.

4. Pressuring

Ada sesetengah pemain mereka hanya Pressing. Pressing bermaksud menekan pasukan lawan di dalam unit.

Sementara pressuring adalah tindakan menekan pasukan lawan 1 v 1.

Takumi Minamino memenangi beberapa bola ketika berhadapan dengan Liverpool hasil daripada pressuring selain daripada memberikan elemen intensif ketika pressing.

5. Semangat melawan

Takumi Minamino beraksi dalam pasukan yang memiliki karakter yang sangat positif.

Ramai melihat kenyataan Erling Haaland yang menjaringkan hatrik ke atas Liverpool sebagai satu benda riak.

Bagi aku mereka ada satu perasaan tak kisah sapa lawan mereka, mereka akan lawan dengan keyakinan yang mereka ada sebagai satu pasukan.

Takumi Minamino antara pemain yang korang rasa annoying hari tu kan ketika dia membangkitkan pasukannya di Anfield dengan semangat.

Dan dalam perlawanan kedua dia dan rakan rakannya terus berjuang dan melawan.

Ini juga membuktikan bahawa Takumi Minamino adalah team player. Bukan pemain yang merasakan dirinya star di dalam pasukan.

Pemain jenis ini sangat digemari Jurgen Klopp.

Rumusan

Sebenarnya Liverpool telah membeli Takumi Minamino dengan harga sangat rendah berdasarkan kualiti yang beliau miliki di RB Salzburg.

Jadi tiada tekanan dari segi price tag.

Setiap pemain akan mengambil masa untuk settle down dengan pasukan Klopp ni. Namun. Klopp kita kenal dia sangat sabar dan tak terburu buru dalam mengintegrasikan pemain ke dalam pasukan.

Fabinho dan Naby Keita pun mengambil masa lama nak masuk ke pasukan utama.

Alisson tu kes lain la.

Baca yang lain