Rasanya semua kita tahu yang Valverde ni dah macam public enemy di Catalonia. Bukan semua la tak suka Valverde, tetapi ramai.

Ini adalah 5 sebab utama penyokong Barcelona tak sukakan Valverde

1. Tak kompeten

Perkara yang sering kita dengar adalah kompetensi pada Valverde. Beliau dianggap seorang jurulatih yang bertuah mendapat pasukan yang serba lengkap dan kaya raya.

Namun dari segi pengurusan pasukan, beliau tidak menjukkan dirinya berada dalam senarai elit.

Malah seringkali dilihat meggunakan jalan muda iaitu meminta bantuan Bartomeu untuk membeli pemain baharu. Sedangkan Barcelona ada ramai bakat muda berbakat.

Tetapi Valverde tak mampu membangunkan pemain ini ke tahap lebih tinggi.

2 kali Barcelona disingkirkan dari UCL dengan remontada pasukan lawan, walaupun ada agregate 3 gol daripada perlawanan pertama.

2. Barcelona jadi pasukan Messi

Penyokong Barcelona memang sayangkan Messi. Dan mereka menganggap Messi adalah legenda sejati Barca.

Namun ini bukan bermakna Barcelona harus menjadi pasukan Messi.

Di bawah Valverde itu sedang berlaku. Setiap kali hilang Messi kerana isu kecergasan atau kecederaan, beliau akan buntu untuk membentuk pasukan yang lebih mengancam.

Lionel Messi dilihat overused dalam pengurusan Valverde dan ada beberapa perlawanan Messi dilihat berlari terlalu banyak. Come on Messi dan lebih 30 tahun dah tu.

3. Pembelian pemain

Ramai penyokong Barcelona menganggap Valverde hanya tahu membeli pemain yang dirasakan bintang tanpa mengambil kira pemain itu sesuai atau tak dengan taktikal beliau.

Yang menariknya, di kalangan ramai coaches Barcelona, beliau adalah pengurus yang paling dimanjakan dengann perpindahan pemain oleh Barcelona berbanding dengan membangunkan bakat muda yang digelar prospek.

Akhirnya, kesan kepada perkara itu hari ini, Valverde sudah terlibat dalam 3 jendela perpindahan yang melibatkan pembelian pemain lebih €100 juta iaitu Dembele, Coutinho dan Griezmann.

Namun hasilnya setakat ini masih dianggap lemah. Ada juga beberapa pemain adalah atas cadangan Bartomeu dan Valverde terus memberikan lampu hijau bahawa beliau mahukan pemain itu.

Seterusnya, pattern pembelian pemain oleh Valverde dilaporkan terlalu menekankan aspek serangan. Sedangkan Barcelona sudah lama memerlukan transisi di pertahanan dan tengah juga.

Banyak juga pembelian beliau yang gagal memberikan impak. Namun Valverde terus mendapat sokongan daripada Bartomeu. Perkara yang Luis Enrique sebelum ini susah nak dapat.

4. Identiti Cruyff

Valverde bukan jurulatih yang digemari penyokong dari segi falsafah permainan. Malah beliau kerap menggunakan 4-4-2 dan sistem permainan lebih rigid.

Ayuh! Anda sekarang coach Barcelona. Pasukan yang dikenali dengan falsafah Cruyff, dan juga tiki taka.

Pembinaan dan pemerkasaan Barcelona era moden di bawah coach seperti Riijkard pun elok je dengan falsafah Cruyff. Dan kemudian Guardiola dengan tiki taka juga berasaskan total football.

Di bawah Valverde, Barcelona bukanlah jenama pasukan yang dikenali secara taktikal tetapi lebih kepada Lionel Messi dan kualiti teknikal pemain seperti Ter Stegen dan sebagainya.

5. Titian lemah dengan La Masia

Mungkin sekarang mereka ada pemain seperti Ansu Fati. Namun secara keseluruhannya, hubungan pasukan utama dengan La Masia semakin lemah.

Pembangunan dan perancangan untuk menaikkan pemain ke pasukan utama kini menjadi sukar.

Kempen Valverde Out sampai ke tanah Arab

Tiada masalah pun pemain La Masia ni keluar ke pasukan lain kerana tiada tempat di pasukan utama Barca, itu benda biasa. Cuma realiti pada hari ini, ramai pemain prospek yang gagal mencapai potensi seperti diharapkan.

Rumusan

Sekian 5 sebab yang membuatkan fans Barcelona merasakan Ernesto Valverde hanyalah pengurus biasa dalam pasukan Barca meskipun memberikan pasukan Barca kejuaraan liga dan domestik.

Dari aspek lebih holistik, iaitu pembangunan pemain dan pengurusan pasukan, beliau dilihat gagal mengimbanginya.

Misalnya pembentukan squad depth dengan pembelian pemain yang boleh memberikan persaingan kepada sesuatu posisi.