Drama Korea ataupun Kdrama terus menjadi popular di seluruh dunia.
Membuatkan platform seperti Neflix telah melabur angka yang besar bagi membawa masuk drama Korea untuk ditayangkan di platform mereka.
Berikut adalah 5 drama Korea yang paling laku keras di Netflix sepanjang tahun 2020 ini.
5. Extracurricular
Drama Korea mengenai jenayah remaja, Extracurricular, juga termasuk dalam drama paling popular di Netflix pada awal tahun 2020.
Drama ini, yang dibintangi oleh pelakon muda Korea seperti Kim Dong Hae, Jung Da Bin, Park Joo Hyun, dan Nam Yoo Soo, mendapat banyak pujian daripada pengkritik filem seluruh dunia.
Salah satu pujian mereka terima adalah dari John Serba, pengkritik filem dan editor Decider. Dia mengatakan bahawa drama ini bagus dan menyeronokkan untuk ditonton.
4. It’s Okay to Not Be Okay
Drama Korea terbaru yang kini ditayangkan, It’s Okay to Not Be Okay, juga merupakan drama paling popular sekarang di Netflix.
Drama dengan tema kesihatan mental ini termasuk dalam 10 siri Netflix paling popular di Asia dan Amerika.
Drama yang dibintangi oleh Kim Soo Hyun dan Seo Ye Ji ini sangat hangat di Korea, Taiwan, Filipina, Thailand, Vietnam, Malaysia, Hong Kong, dan Singapura.
Drama ini juga menduduki tempat kedua di Jepun, menduduki tempat keempat di India, Nikaragua, dan kedudukan 5 hingga 10 di Kanada, Mexico, Peru, Ecuador, Australia, New Zealand, Brazil, dan Costa Rica.
3. The King: Eternal Monarch
Walaupun mendapat rating TV yang rendah, serta dianggap drama Lee Min Ho yang hambar oleh beberapa pengkritik, namun The King: Eternal Monarch antara drama Korea yang sangat berjaya berjaya di Netflix.
Drama fantasi romantis, yang dibintangi oleh Lee Min Ho dan Kim Go Eun, adalah antara 10 siri Netflix paling popular di 28 negara.
Dipetik dari Kpopmap, drama ini berada di tempat pertama di Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Singapura, Nigeria, Qatar, dan Arab Saudi.
Drama ini juga mendapat tempat kedua di Jepun, Maghribi dan India. Kemudian menduduki tempat ketiga di Vietnam, Oman, Ecuador dan Bulgaria.
2. Itaewon Class
Itaewon Class adalah drama adaptasi Webtoon yang mulai ditayang sejak akhir Januari 2020 lalu.
Drama yang bercerita tentang perjuangan Park Sae Ro Yi (Park Seo Joon) membuka kedai makanan dan membalas dendam ini mendapat begitu banyak perhatian baik di negara asalnya maupun di luar Korea.
Dipetik dari Kpopmap, Itaewon Class ketika ini masih termasuk dalam drama Korea paling popular di Netflix.
Drama ini menduduki posisi keempat sebagai drama paling banyak ditonton di Netflix Jepun.
1. Crash Landing On You
Drama romcom ataupun komedi romantis antara naskah yang ada peminat tegarnya tersendiri.
Drama Crash Landing on You tidak dapat dinafikan adalah drama paling popular tahun ini.
Bukan hanya di Korea sahaja, malah Crash Landing On You juga berada dalam 10 siri teratas yang paling popular di pelbagai negara di Asia.
Dipetik dari Kpopmap, hingga kini drama yang dibintangi oleh Hyun Bin dan Son Ye Jin ini masih dalam 10 siri teratas yang paling popular di Netflix di Filipina, Thailand, Hong Kong, dan Jepun.
Pada bulan Mac 2020, sebulan setelah drama ini selesai, Crash Landing On You masuk dalam senarai 10 siri teratas yang paling banyak ditonton oleh orang Amerika menurut tinjauan Reelgood.
Crash Landing on You menceritakan tentang Kapten Ri Jeong Hyeok (Hyun Bin) seorang tentera Korea Utara yang secara tidak sengaja bertemu dengan Yoon Se Ri (Son Ye Jin) yang jatuh ke sempadan Korea Utara-Selatan ketika menunggang payung terjun.
Dari kejadian itu, hubungan mereka berkembang menjadi kisah cinta romantis. Konflik antara kedua-dua negara yang menjadi latar drama ini juga menjadikan Crash Landing on You lebih menarik dan digemari ramai orang