5 Statistik Gila Bruno Fernandes Setakat Ini Termasuk Ulangi Rekod CR7

Tanpa ragu lagi, Bruno Fernandes adalah pembelian terbaik Man United selepas era Sir Alex Ferguson.

Walaupun Man United hampa melepaskan 3 mata berharga pada minit akhir perlawanan, namun prestasi individu Bruno Fernandes terus meluncur laju.

Man United dua kali mendahului dalam aksi berdepan dengan Leicester. Namun dua kali juga mereka diikat oleh The Foxes.

Gol Man United adalah menerusi Marcus Rashford dan Bruno Fernandes.

Berikut pencapaian Bruno Fernandes selepas aksi Boxing Day.

1. Terlibat langsung dalam 16 gol

Bruno Fernandes musim ini sudah terlibat langsung (assist atau gol) dalam 16 gol Man United.

Di mana beliau menjaringkan 10 gol dan 6 assist keseluruhannya.

Beliau juga menyumbang satu assist dalam boxing day hari ini.

Sejak menyertai Man United, Bruno Fernandes sudah terlibat dalam 31 gol dalam 28 perlawanan EPL.

2. Pemain tengah pertama musim ini cetak 10 gol

Bruno Fernandes menjadi pemain tengah pertama mencetak 10 gol pada musim ini.

Jadi pengaruh beliau dalam pasukan United benar benar berimpak tinggi ye bang.

3. Ulangi rekod Cristiano Ronaldo

Dengan rekod 10 gol pada musim ini, bermakna, Bruno Fernandes mengulangi rekod Cristiano Ronaldo.

Menjadi pemain Portugal pertama menjaringkan 10 gol liga sejak Ronaldo pada 2008/09.

4. Prestasi cemerlang sejak tiba

Sejak beliau melakukan debut di EPL bersama dengan Manchester United, tiada pemain yang menjaringkan gol dan assist di tempat lawan lebih daripada Bruno Fernandes.

Beliau mencatatkan 11 gol di tempat lawan dan juga 6 assist di tempat lawan.

5. Satu gol dan satu assist malam ini

Bagi peminat FPL yang ada Bruno Fernandes, nampaknya Bruno Fernandes terus memberikan korang keceriaan.

Dalam aksi sebentar tadi, Bruno Fernandes menjaringkan 1 gol dan mencipta satu assist.

Baca yang lain