5 Yang Bekerja Dan 5 Tak Bekerja Di Alam Dragon Ball

Dalam siri Dragon Ball ada banyak watak di dalamnya. Namun kali ini kita akan melihat beberapa watak yang menyumbang kepada ekonomi bumi/planet dan yang tidak menyumbang.

Senang cerita, ada beberapa wataknya yang langsung tidak ada risiko terkena cukai pendapatan.

1. KRILLIN (ada kerja)

Krillin merupakan manusia sebenar yang paling power dalam Dragon Ball.

Sebagai manusia sebenar, maka dia ada tanggungjawab sebagai orang bumi yang perlu bekerja.

Di dalam siri Dragon Ball, Krillin antara manusia yang paling jujur dan bertanggungjawab.

Dia juga berusaha untuk menyaingi orang pure Saiyan – Son Goku – untuk menjadi pelajar terbaik Master Roshi.

Walaupun tidak bekerja dalam siri Dragon Ball Z, namun dalam siri Dragon Ball Super, Krillin menggunakan keupayaan seni bela diri nya untuk menjadi polis dan melawan jenayah

2. BULLA (tak pernah kerja)

Walaupun ibunya Bulma sangat rajin, namun anaknya Bulla ni pula berbeza beno perangainya, tak ada kerja.

Dia mewarisi kekayaan yang sangat banyak daripada Bulma. Jadi tak perlu risau nak kerja cari duit untuk makan atau nak belanja orang laki sekalipun

Dia suka shopping seperti ibunya. Dia tak bekerja sebab ikut sebelah bapak dia, Bezita.

3. ANDROID 17 (ada kerja)

Kali pertama muncul bersama dengan Android 18. Jika di dalam Dragon Ball Z dia pun tak kerja dan dia memburu Goku.

Namun dalam Dragon Ball Super pula ramai terkejut dia menjadi renjer hutan yang melindungi haiwan.

4. MAJIN BUU (tak pernah kerja)

Salah seorang petarung paling sukar dikalahkan dalam Dragon Ball Z. Liat nak mampuih.

Namun di dalam hatinya ada sifat kebudak-budakan, membuatkannya senang didekati Encik Satan yang ada anak.

Majin Buu tidak faham erti wang dan dia memang masih macam kanak kanak. Selain itu dia tak boleh bekerja dengan orang kerana kuat merajuk. Siapa nak ambik kerja?

Seterusnya, Encik Satan supply apa sahaja barang dia nak.

5. GOHAN (ada kerja)

Darah kacukan Saiyan ini berbeza dengan Bulla. Dia bekerja dan belajar rajin.

Ibunya Chichi mendidik anaknya sangat berbeza dengan ayahnya. Ayahnya seorang yang fokus dengan dunia Martial arts.

Gohan pula lebih seimbang dan ibunya mengambil berat soal pelajaran.

6. PICOLLO (tak pernah kerja)

Tiada alasan untuk Picollo mencari wang. Kerana dia adalah orang planet Namek yang ada ciri ciri kedewaan.

Dia berasimilasi dengan penduduk bumi. Seorang makhluk hijau yang tenang. Aku rasa mak dia pun ijau.

Orang planet Namek tak perlu makan pun. Pakaian pula boleh guna kuasa ghaib untuk menggantikannya.

Pernah ditawarkan oleh Kami menjadi penjaga bumi. Namun dia tolak job tu.

Pernah menjadi guru kepada Gohan. Tu pun kerja sukarela.

7. JACO (ada kerja)

Jaco dikenali menerusi Dragon Ball Super, dan merupakan antara karakter yang paling bertanggungjawab.

Dia menjadi peronda galaksi di Universe 7. Walaupun dia bukan golongan super elite, namun dia berusaha dan sentiasa berdikari.

8. SON GOKU (Tak pernah kerja)

Son Goku adalah darah pure Saiyan. Sejak dari Dragon Ball Z lagi kesemua watak pure Saiyan ni tak kisah pasal berbakti kepada ekonomi bumi.

Namun di antara mereka semua, pastinya ramai tak sangka Goku pun ada DNA itu.

Goku fokus kepada latihan dan menambah kemampuan kuasanya. Mencari beberapa siri pertandingan martial arts.

Chichi sangat berbeza polisi dengan lakinya berbanding dengan anaknya Gohan.

Chichi pernah beberapa kali meminta Goku bekerja dan meninggalkan dunia menyelamatkan bumi. Namun sampai ke sudah tak jalan.

Goku pernah kerja sekejap tetapi tu pun tolong bini dia tanam sayur dan kemudian jual dekat pasar.

Sebab masa tu Chichi tak bag bagi dia training martial art kalau tak buat duit.

Kau ingat Chichi ni tak nasihat laki dia ke?

Chichi tetap faham bahawa Goku ni baik hati. Sanggup berkorban demi orang lain.

9. HIT (ada kerja)

Hit adalah pembunuh upahan legenda dalam Universe 6 dengan adanya reputasi tidak pernah terlepas sasarannya.

Kerja dia efisien kerana kemampuannya untuk melangkau. Dia seorang yang sangat profesional dalam kerja.

1. BEZITA / VEGETA (tak pernah kerja)

Kisah dia hampir sama macam Goku. Kehadiran dia ke bumi adalah untuk menghapuskan Goku dan memastikan hanya dia pahlawan Saiya paling ulung.

Seorang lagi pure Saiyan yang tak kisah soal kerja.

Berbeza dengan Goku yang beberapa kali disarankan bininya untuk kerja — Bezita pula ada bini yang kaya raya.

Malah dalam Dragon Ball Z, Bulma membangunkan pusat latihan dengan graviti boleh laras.

Kerja Bezita adalah berlatih dan bertumbuk dengan orang lain.

Rujukan: CBR

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.