Sekiranya anda terlepas, 50 Cent adalah salah seorang penghibur yang hadir sebagai kejutan bersama Dr. Dre, Eminem, Mary J. Blige, Kendrick Lamar, dan Snoop Dogg dalam aksi final Super Bowl untuk persembahan separuh masa Pepsi.
Dia membuat persembahan “In da Club,” dan juga memulakan persembahan secara terbalik sebagai penghormatan kepada video muzik asal lagu ikonik tersebut.
Di mana 50 Cent masih mampu bergayut ketika transisi:
I know we all wanna haha on 50 Cent Bc he’s a bigger guy now but that man walked up, pulled himself upside down like we used to on the monkey bars and held his weight up until it was time to start rappin.. my goodness. 👏🏼👏🏼 pic.twitter.com/W01P9GOn7m
— LMaC (@LMac_1326) February 14, 2022
Persembahan tersebut benar benar mendapat sambutan hangat dari seluruh dunia. Terutama sekali melihat penyanyi rap dari generasi era penting muzik rap.
Walau bagaimanapun, banyak juga tweet memusatkan perhatian pada badan 50 Cent yang gemuk.
Selepas Super Bowl, 50 Cent kemudian menyiarkan beberapa barangan niaga — yang ditafsirkan oleh New York Post sebagai dia mengambil “kesempatan di atas perhatian media sosial” yang dibawa daripada “fat shaming.”
Nampaknya 50 sendiri melihat artikel New York Post, kerana dia menyiarkan tajuk berita itu di Instagramnya dan menulis, “Saya panggil ini saja mengusik perhatian [teasing] saya.”
50 Cent sebelum ini mendapat kecaman daripada peminat Madonna selepas dia membuat kenyataan yang dilabel sebagai body shaming.
Get your G-Unit Tanktops & Headbands Now • https://t.co/XA6LsFIIF5#GUnit pic.twitter.com/8HbrRG8kNH
— 50cent (@50cent) February 15, 2022
Ramai yang mengambil kesempatan untuk membalas dendam ke atas kenyataan 50 Cent dan mengingatkan dia bahawa sebelum ini dia selamber je memalukan Madonna dengan komen body shaming.
Pada bulan Disember 2021, dia mengejek gambar pakaian dalam Madonna dengan berkata, “Itu Madonna dari bawah katil yang cuba melakukan ‘Like A Virgin’ pada usia 63 tahun. Dia menembak dirinya sendiri, jika dia tidak dapat balik bentuk pinggul lamanya.” Dua bulan sebelum itu, dia membandingkan Lil Kim dengan watak dari filem Leprechaun.
50 Cent meminta maaf kepada Madonna dalam tweet yang kini dipadamkan. Dan dia berkata tweet itu hanyalah berniat bergurau.
Madonna sendiri mengecam 50 Cent menerusi Instagramnya dengan menganggap permohonan maaf 50 Cent sebagai tidak ikhlas.
Namun respn 50 Cent kepada artikel dan komen fat shaming diterimanya sangat santai. Dia malah menganggap itu sebagai kelakar dan dia menerimanya dengan terbuka sambil bergelak bersama sama.
50 Cent berkata: “Mereka hanya mengusik saya kerana mereka tahu saya boleh menurunkan berat badan,” sambungnya. “Itulah sebabnya saya ketawa dengan mereka.”
50 Cent kemudian menjelaskan dia tidak merasa dirinya terkena fat shaming atau body shaming kerana dia tak malu dengan dirinya yang gemuk.
“Fat shaming hanya terpakai apabila anda malu dengan diri anda gemuk,” akhirinya.
50 Cent jelas tidak melayan orang lain dengan begitu baik di media sosial yang cuba membuatkannya triggered dengan bentuk badannya.
Dia memberitahu dunia bahawa dia tidak pernah malu dengan dirinya yang gemuk. Dan tidak menganggap ianya satu penghinaan apabila orang bergurau tentang dirinya sekarang yang semakin bambam.
Menurut 50 Cent hari ini terlalu ramai yang terlalu sensitif untuk perkara perkara seperti itu.