50 Perlawanan Terbaik WWE Wajib Ditonton Sebelom Mati

WWE telah menamakan perlawanan antara dua lagenda The Undertaker dan Shawn Michaels di WrestleMania XXV sebagai perlawanan yang mesti ditonton oleh peminat.

WWE bergelut untuk memilih dan menyusun perlawanan terbaik dalam sejarah yang menampilkan pertempuran kegemaran penggemar dari WCW, WWE dan ECW.

Perlawanan antara The Undertaker dan Michaels pada tahun 2009 mendahului carta pemilihan mereka. Perlawanan ini boleh dikatakan perlawanan mega terbaik dalam sejarah WWE.

‘Phenom’ telah bertarung dengan WWE Hall of Famer Shawn Michaels dalam pertemuan yang tidak akan dapat dilupakan oleh peminat.

Kerana perlawanan ini menarik dari “Entrance” kedua mereka hinggalah ke penghujung perlawanan menyediakan aksi-aksi yang memukau.

Bakal Alumni Hall of Famer ketika itu Undertaker turun beraksi menentang Shawn untuk mengekalkan rekod kemenangan tanpa kalah beliau di acara WrestleMania.

 

Menariknya setahun selepas pertemuan mereka itu. WWE sekali lagi mengatur pertemuan melibatkan mereka berdua di WrestleMania XXVI.

Dan perlawanan kedua mereka itu juga ada dalam senarai perlawanan yang mesti ditonton oleh peminat dan diletakkan di rank ke 13.

Michaels bersara selepas pertembungan WrestleMania kedua berturut-turut dengan The Undertaker, tetapi dia mengakui perlawanan pertama adalah pertemuan yang terbaik berbanding perlawanan yang kedua.

Lagenda gusti berusia 54 tahun itu berkata:

“Saya tidak mengatakan bahawa perlawanan itu sempurna tetapi bagi saya perlawanan pertama menentang Undertaker di WretleMania itu adalah perlawanan yang sangat sempurna”.

Di sini kita senaraikan 50 perlawanan yang berada di ranking 100 perlawanan terbaik dalam sejarah WWE.

Anda boleh lihat senarai penuh 100 perlawanan terbaik itu di WWE.COM , dan disini kita senaraikan 50 sahaja perlawanan yang peminat WWE mesti tonton sebelum mereka mati.

Kerana perlawanan-perlawanan ini adalah yang terbaik dari yang terbaik dalam lipatan sejarah WWE.

50. The Undertaker vs Mankind

Perlawanan ini adalah perlawanan didalam sangkar “Hell In A Cell” dan telah berlangsung di PPV King of the Ring (1998)

 

49. Stone Cold Steve Austin vs The Rock:

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV WretleMania XIX(2003)

48. Hulk Hogan vs The Ultimate Warrior: Sabuk Kejuaraan Antara Benua dan Sabuk Kejuaraan Dunia WWE

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV WrestleMania VI (1990)

47. Shawn Michaels vs Triple H

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV SummerSlam (2002)

46. Team Hell No & Ryback vs The Shield

Perlawanan ini adalah perlawanan menggunakan peraturan tangga kerusi dan meja dan telah berlangsung di PPV WWE TLC (2012)

45. Chris Jericho vs Rey Mysterio: Sabuk Kejuaraan Antara Benua Dan Topeng Rey Mysterio

Perlawanan ini telah mempertaruhkan Sabuk Kejuaraan Jericho manakala Rey pula mempertaruhkan topengnya jika beliau tewas. Dan perlawanan mereka telah berlangsung di PPV The Bash (2009)

44. Shawn Michaels vs Mankind: Sabuk Kejuaraan Dunia WWE

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV
In Your House dan perlawanan ini dalam peraturan Mind Games (1996)

43. “World Heavyweight Championship Elimination Chamber Match”:

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV Survivor Series (2002)

42. Kurt Angle vs Brock Lesnar: Sabuk Kejuaraan Dunia WWE

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV WrestleMania XIX (2003)

41. Masato Tanaka vs Mike Awesome:

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV Heat Wave (1998)

40. The Rock vs Hollywood Hogan:

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV WrestleMania X8 (2002)

39. Eddie Guerrero vs Dean Malenko: Sabuk Kejuaraan ECW Television

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV Hostile City Showdown 1995 ( keudara melalui Hardcore TV, May 2, 1995)

38. The Shield vs The Wyatt Family:

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV Elimination Chamber (2014)

37. The Undertaker vs Shawn Michaels

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV
In Your House (1997) mereka diatur untuk berlawan dalam peraturan Badd Blood.

36. Mr Perfect vs Ric Flair

Siapa kalah tinggalkan bandar itulah taruhan mereka dan Perlawanan ini telah berlangsung di: (Raw, 1993)

35. Cactus Jack vs Big Van Vader

Perlawanan ini diadakan dalam peraturan Texas Death Match: Perlawanan ini telah berlangsung di PPV  Halloween Texas (1993)

34. Jushin Thunder Liger vs Brian Pillman: Sabuk Kejuaraan WCW Light Heavyweight

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV
SuperBrawl II

33. Edge vs John Cena: Sabuk Kejuaraan Dunia WWE

Mereka berdua telah bertarung dalam pertarungan TLC : Perlawanan ini telah berlangsung di PPV Unforgiven (2006)

32. Sting’s Squadron vs The Dangerous Alliance :

Pertembungan mereka telah diaturkan dalam perlawanan WarGames dan Perlawanan itu telah berlangsung di PPVWrestleWar (1992)

31. Rob Van Dam vs Jerry Lynn: Sabuk Kejuaraan ECW Television

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV Hardcore Heaven (1999)

30. Tully Blanchard vs Magnum TA: Sabuk Kejuaraan United States

Mereka telah bertembung dalam perlawanan
‘I Quit’ di dalam sangkar .Perlawanan ini telah berlangsung di PPV Starrcade (1985)

29. Edge & Christian vs The New Brood (The Hardy Boyz)

Perlawanan Tangga ini telah berlangsung di PPV No Mercy (1999)

28. CM Punk vs Brock Lesnar :

Perlawanan mereka telah ditetapkan dengan perlawanan tanpa undang-undang dan Perlawanan ini telah berlangsung di PPV
SummerSlam (2013)

27. Ric Flair vs Sting: Sabuk Kejuaraan NWA World Heavyweight

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV Clash of the Champions I (1988)

26. Triple H vs Cactus Jack: Sabuk Kejuaraan Dunia WWE

Perlawanan ini telah ditetapkan dalam peraturan perlawanan jalanan di PPV : Royal Rumble (2000)

25. Chris Jericho vs. Shawn Michaels: Sabuk Kejuaraan Heavyweight Dunia WWE

Mereka telah bertarung dalam perlawanan tangga di PPV: No Mercy (2008)

24. Ric Flair vs ‘Macho Man’ Randy Savage: Sabuk Kejuaraan Dunia WWE

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV
WrestleMania VIII (1992)

23. The Undertaker vs Triple H

Perlawanan epik ini telah diadakan dalam peraturan “No Holds Barred Match” di WrestleMania XXVII (2011)

22. Royal Rumble Match:

Ini antara acara Royal Rumble yang paling menarik untuk ditonton dan ianya berlaku di PPV Royal Rumble (1992)

21. Randy Orton vs Mick Foley : Sabuk Kejuaraan Antara Benua

Legend Killer Vs Legend dalam perlawanan Hardcore di PPV Backlash (2004)

20. Ric Flair vs Terry Funk

Perlawanan ini telah ditetapkan dalam peraturan ‘I Quit’ di PPV: Clash of the Champions IX: New York Knockout (1989)

19. Razor Ramon vs Shawn Michaels: Sabuk Kejuaraan Antara Benua

Perlawanan hebat ini adalah perlawanan tangga yang telah diadakan di PPV: WrestleMania X (1994)

18. Mr Perfect vs Bret Hart: Sabuk Kejuaraan Antara Benua

Perlawanan ini telah di atur dalam peraturan No Holds Barred di PPV SummerSlam(1991)

17. Ricky Steamboat vs Ric Flair : Sabuk Kejuaraan NWA World Heavyweight

WrestleWar 1989: Music City Showdown

16. Bret Hart vs Owen Hart:

Perlawanan dua bersaudara ini telah diadakan di PPV WrestleMania X (1994)

15. John Cena vs Brock Lesnar

Perlawanan mereka berdua telah ditetapkan dengan peraturan Extreme Rules di PPV: Extreme Rules (2012)

14. Shawn Michaels vs Kurt Angle:

Perlawanan ini telah diadakan di PPV WrestleMania 21 (2005)

13. The Undertaker vs Shawn Michaels

Perlawanan ini telah menaruhkan karier Shawn dan juga Rekod kemenangan Undertaker dan perlawanan mereka telah diadakan di PPV WrestleMania XXVI (2010)

12. The Rock vs ‘Stone Cold’ Steve Austin: Sabuk Kejuaraan Dunia WWE

Perlawanan dua lagenda ini telah di tetapkan dalam peraturan perlawanan yang tiada undang-undang dan diadakan di PPV WrestleMania X-Seven (2001)

11. Ric Flair vs Ricky Steamboat: Sabuk Kejuaraan NWA World Heavyweight

Perlawanan ini telah berlangsung di PPV
Chi-Town Rumble

10. Bret Hart vs Shawn Michaels: Sabuk Kejuaraan Dunia WWE

Perlawanan dua lagenda ini adalah dalam perlawanan Iron Man yang ditetapkan selama 60 minit. Perlawanan ini telah berlangsung di PPV WrestleMania XII (1996)

9. John Cena vs CM Punk : Sabuk Kejuaraan Dunia WWE

Perlawanan ini telah diadakan di PPV Money in the Bank (2011)

8. The Dudley Boyz vs The Hardy Boyz vs Edge & Christian: Sabuk Kejuaraan Regu Dunia WWE

Perlawanan regu terbaik ini telah berlangsung dalam peraturan kerusi meja dan tangga di PPV WrestleMania X-Seven (2001)

7. Bret Hart vs The British Bulldog: Sabuk Kejuaraan Antara Benua

Perlawanan mereka telah diadakan di PPV SummerSlam (1992)

6. The Ultimate Warrior vs Randy Savage

Perlawanan persaraan ini berlangsung di PPV WrestleMania VII (1991)

5. Eddie Guerrero vs Rey Mysterio: Sabuk Kejuaraan Cruiserweight

Perlawanan ini melibatkan Rey menaruhkan topeng nya jika kalah dan Eddie menaruh kan sabuk kejuaraan nya jika kalah dan perlawanan mereka berlangsung di PPV Halloween Havoc (1997)

4. Ricky Steamboat vs Ric Flair : Sabuk Kejuaraan NWA “World Heavyweights”

Perlawanan ini adalah perlawanan yang diatur dalam peraturan “2 out of 3 falls” dan telah berlangsung di PPV  Clash of the Champions VI: Ragin’ Cajun (1989)

3. Randy Savage vs Ricky Steamboat: Sabuk Kejuaraan Antara Benua:

Perlawanan ini telah diadakan di PPV WrestleMania III (1987)

2. Bret Hart vs ‘Stone Cold’ Steve Austin

Perlawanan ini telah diadakan dalam peraturan perlawanan submission dan telah diadakan di PPV WrestleMania 13 (1997)

1. The Undertaker vs Shawn Michaels

Perlawanan antara dua lagenda ini adalah perlawanan terbaik dalam sejarah WWE dan perlawanan mereka telah diadakan di ulang tahun ke 25 WrestleMania (2009)

Ini adalah senarai 50 perlawanan terbaik dalam sejarah WWE dari 100 senarai yang dikeluarkan oleh pihak WWE dilaman rasmi mereka.

Kalau nak ulas satu demi satu perlawanan ini pasti memakan masa dan disini kita senaraikan dulu perlawanan terbaik pilihan WWE sendiri.

Di masa akan datang kita akan ulas satu per satu perjalanan perlawanan ini.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan