TERKINI: Aubameyang Dipecat Daripada Jawatan Kapten, Disisihkan Sekali Lagi

Arsenal telah memutuskan untuk memecat Pierre-Emerick Aubameyang sebagai ketua pasukan. Ini berikut masalah disiplin pemain tersebut baru-baru ini.

Ini terlewat tiba di London seperti yang dijanjikan walaupun sudah diberikan pelepasan khas oleh kelab untuk keluar.

Minggu lalu, pengurus Mikel Arteta telah menggugurkan nama Pierre-Emerick Aubameyang untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu menentang Southampton kerana “kesalahan pelanggaran disiplin.”

Pemain berusia 31 tahun itu tidak bersama dengan pasukan pada latihan pada hari perlawanan.

Arteta turut menafikan bahawa ada pergaduhan di antara Aubameyang dengan kejurulatihannya.

Bercakap sebelum sepak mula aksi berdepan Southampton, Arteta ditanya, di mana kaptennya? Arteta berkata: “[Aubameyang tak ada hari ini], malangnya kerana pelanggaran disiplin.”

“Saya fikir kami sangat konsisten bahawa kami mempunyai beberapa perkara yang tidak boleh ditolak ansur dalam pasukan yang kami telah menetapkan diri kami sebagai sebuah kelab, dan dia tidak terlibat hari ini.”

Ini adalah kali kedua Arteta secara terbuka menyatakan bahawa Aubameyang dilarang untuk menyertai pasukan untuk tugasan perlawanan kerana masalah disiplin.

Ditanya sama ada ia adalah hukuman itu adalah jangka panjang, Arteta menambah: “Ia bermula hari ini. Sudah tentu ia bukan situasi yang mudah, atau situasi yang kami mahu ia melibatkan kapten kelab kami.”

Aubameyang diketepikan daripada skuad hari perlawanan untuk kemenangan derbi London utara pada Mac ke atas Tottenham selepas tiba lewat untuk taklimat pasukan pada hari perlawanan.

Isu terbaharu ini akan menimbulkan persoalan mengenai hubungan Arteta dengan Aubameyang selepas kapten kelab itu hanya bermain selama lima minit sebagai pemain gantian dalam kekalahan 2-1 di Everton pada sebelum ini.

Ditanya mengenai dakwaan pakar Sky Sports Gary Neville bahawa keadaan itu akan membuatkan hubungan antara Arteta dan Aubameyang akan retak, bos Gunners itu berkata: “Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pemain saya.”

“Semua orang perlu memahami bahawa saya sentiasa lakukan yang terbaik untuk kelab ini dan untuk pasukan ini.”

“Dan selalunya jika itu boleh memberi manfaat kepada mana-mana individu, saya akan sentiasa melakukannya.”

“Keputusan yang saya ambil bukan atas sebab peribadi, keputusan hanya untuk mendapatkan prestasi, dan yang terbaik daripada pasukan. Itu sahaja.”

“Jelas sekali, apabila pemain tidak menjaringkan gol ia menjejaskan keyakinannya, ia menjejaskan mood dan mungkin kepercayaan, tetapi anda perlu memberontak terhadap situasi ini, tidak menerimanya dan berasa kasihan pada diri sendiri.”

Koresponden Chris Wheatley mengesahkan bahawa Aubameyang tidak akan menjadi kapten Arsenal lagi. Dan tidak akan terlibat dalam aksi berdepan West Ham.

Ejen kepada Aubameyang memuat naik status ini di IG mereka.

Aubameyang sebelum ini dilantik menjadi kapten Arsenal menggantikan Granit Xhaka selepas pemain itu mengamuk membaling armband pasukan dan bertikam mulut dengan penyokong.

Dengan berita ini, ianya dilihat sebagai pengakhiran karier Aubameyang di Arsenal.

Walaupun beberapa hari lai Arteta menolak laporan bahawa Arsenal mempertimbangkan untuk membenarkan Aubameyang pergi pada Januari ini.

Arteta menambah: “Sejujurnya, kami tidak pernah membincangkan perkara seperti ini, dan apabila pemain berada dalam kesukaran — atau pasukan berada dalam kesukaran — apa yang kami perlukan adalah menyokong mereka.”

Aubameyang dianggap sebagai bintang penting Arsenal sejak menyertai mereka. Mengisi kekosongan yang ditinggalkan Robin Van Persie di hadapan gol. Ini apabila Aubameyang konsisten mencetak 20-30 gol semusim.

Namun prestasinya sejak melanjutkan kontrak baharu dan menerima gaji tertinggi di Arsenal – tidak sama seperti sebelum ini.

Aubameyang gagal menunjukkan prestasi terbaiknya walaupun diberikan peluang yang banyak. Seterusnya impak daripada ketumpulan Aubameyang membuatkan Arsenal sekali bergantung kepada pemain pemain muda.

Ini bukan perkara baru melibatkan Aubameyang. Kerana sebelum ini pemain itu pernah beberapa kali melanggar peraturan kelab terutama sekali ketika dia di Dortmund. Dia pernah didenda kerana balik ke Milan untuk berparti dan lambat melapor diri