56 NGO Bantah Polisi Kerajaan Sokong Usaha Bina Zon Merokok

Sebanyak 56 pertubuhan bukan kerajaan / NGO menyatakan bantahan mereka ke atas cadangan Kerajaan yang membenarkan pembinaan zon merokok.

Hal ini kerana menurut mereka ianya bercanggah dengan usaha kerajaan sebelum ini dalam usaha memperkasakan kempen anti merokok.

Menurut NGO tersebut, ramai di kalangan mereka merupakan golongan prfofesional, merokok membahayakan kesihatan.

NGO tersebut juga menegaskan mereka tidak menentang usaha mana-mana pihak untuk membina tempat di mana perokok boleh membung puntung rokok mereka.

Cuma mereka tidak setuju kerajaan menyatakan pendirian mereka untuk menyokong cadangan itu.

Ianya seolah-olah kerajaan mahu menyokong tabiat merokok.

Presiden Kesatuan Kesihatan Fizik Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, menganggap tindakan kerajaan itu sebagai tidak masuk akal.

Hal ini kerana sekarang ini pun ada banyak tempat para perokok boleh menyalakan rokok mereka.

Beliau menyifatkan di Malaysia sekarang ini, hampir kesemua tempat adalah kawasan mereokong kecuali 23 tempat yang dilarang, seperti premis makanan, hospital, pejabat kerajaan, stesen komuter dan sebagainya.

Datuk Dr Zainal berkata: “Jadi, tidak logik kalau nak membazirkan duit pembayar cukai untuk membuat smoking zone.”

“Di negara lain, ianya berbeza, di mana kamu tidak boleh merokok di mana-mana tempat di kawasan awam kecuali di kawasan khas merokok.”

Beliau memberikan contoh beberapa kawasan yang mengharamkan rokok seperti Orchard Road di Singapore.

Beliau juga yakin, Malaysia berada dalam momentum terbaik dalam usaha memerangi rokok. Perubahan positif itu ketara berbanding dengan beberapa dekad lalu.

Lantas beliau mahu momentum ini diteruskan untuk mencapai sasaran menjadikan Malaysia sebagai negara bebas rokok pada 2045.

Adalah lebih baik kos tersebut digunakan untuk klinik kesedaran bahaya merokok.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamruddin menyatakan, pemilik kedai makan dibenarkan membina kawasan zon merokok 3 meter daripada kawasan mereka.

Sumber: The Star

Baca yang lain