GrabBike Mulai Beroperasi Di Malaysia Selepas Dego Ride

Grab melancarkan GrabBike, perkhidmatan e-hailing motosikal, hanya beberapa hari selepas Dego Ride bersambung semula perkhidmatan, sebaik sahaja dilancarkan semula.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata, GrabBike meluaskan lagi perkhidmatannya selepas berjaya di Thailand, Vietnam serta Indonesia.

Goh juga mendedahkan, aplikasi GrabBike sudah pun diuji. Dan perkhidmatan itu melibatkan penghantaran penumpang dalam jarak maksimum 10km, dari tempat pick up seperti KLCC, Bukit Bintang, Pudu dan Chow Kit, selain daripada Wangsa Maju, Gombak dan Danau Kota.

GrabBike ketika ini sudah ada 300 rakan penunggang motosikal lelaki dan wanita. Mereka semua sudah lulus ujian ketat dikenakan Grab serta latihan keselamatan.

Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kepada perkhidmatan Grab termasuk GrabBike.

Penunggang dan pembonceng GrabBike dilindungi oleh insurans.

Untuk penumpang wanita, mereka ada segmen tempahan khas yang membolehkan mereka hanya mendapat penunggang wanita.

Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan GrabBike bermula dari 9 malam sehingga 2 pagi, penumpang hanya boleh membayar dengan Grab pay / perbankan atas talian bukannya secara tunai.

Bayaran bermula RM4.00 dan termasuk 30sen untuk bayaran perkhidmatan untuk jarak 3 kilometer.

Bayaran 55 sen setiap kilometer berikutnya sehingga 5.5 kilometer. Bagi jarak melebih 5.5 kilometer, RM1 per kilometer dikenakan.

GrabBike merupakan perkhidmatan e-hailing motosikal terbesar di Asia Tenggara. Ianya menjadi e-hailing motosikal kedua beroperasi di Malaysia selepas Dego Ride.

Baca yang lain