6 Aturcara Khas Keraian Piala Liverpool Termasuk Lagu Coldplay

Liverpool akan secara rasmi menjulang trofi Premier League setelah tamat perlawanan menentang Chelsea di Anfield.

The Mirror menyatakan bahawa mereka mendapat tahu akan aturcara khas itu. Walaupun diadakan dalam stadium kosong, namun Liverpool cuba sedaya upaya untuk memberikan terbaik.

Liverpool membelanjakan jumlah wang yang besar untuk keraian ini.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menggambarkan penantian mengangkat trofi Premier League seperti menunggu perayaan Natal.

Klopp mengaku bangga dengan kejayaan menjulang trofi tersebut bersama Liverpool.

“Jika ada orang bertanya, kamu boleh menjadi juara liga, pasukan mana pilihan kamu? Ianya adalah Liverpool,” tegas Klopp.

Liverpool menamatkan penantian 30 tahun kemarau Liga perdana  Inggeris.

Berikut 6 aturcara khas untuk keraian hari ini.

1. Keraian di seksyen The Kop

Upacara menjulan piala akan di adakan di seksyen hujung The Kop / The Kop End.

Ini adalah seksyen paling legend di Anfield. Sebuah pentas yang besar sudah dibina. Stadium akan dijadikan gelap dan lampu khas akan menghala ke arah pentas.

2. Pesta bunga api

Mat Salleh ni pun macam orang kita juga, semua benda kena ada bunga api. Ianya akan memeriahkan lagi keraian di Anfield.

3. Angkat sendiri trofi

Oleh kerana penjarakan sosial, maka tiada penyerahan trofi daripada wakil Premier League ataupun VVIP seperti biasa.

Di mana kapten Jordan Henderson akan mengambil sendiri piala yang sudah diletakkan di tempat khas.

Dan kemudian baru dia membawa piala itu meraikan bersama rakan rakannya.

4. Keluarga pemain dijemput

Walaupun para peminat diminta kekal berada di rumah, namun dalam Anfield nanti akan dimeriahkan ahli keluarga para pemain,

5. Sir Kenny Dalglish dijemput

Sir Kenny Dalglish, merupakan pengurus terakhir Liverpool meraih gelaran liga 30 tahun lalu, sebelum kejuaraan musim ini.

Beliau juga pemain legenda di Liverpool. Lantaran itu, beliau akan menjadi tetamu kehormat yang akan menyerahkan medal.

Dilaporkan Kenny Dalglish tidak akan mengalungkan medal, sebaliknya menyerahkan secara terus.

6. Diiringi Lagu Coldplay

Liverpool telah meminta pandangan daripada para pemain senior tentang pemilihan lagu. Dan mereka dilaporkan sebulat suara memilih lagu Coldplay “A Sky Full of Stars” sebagai salah satu lagu yang akan mengiringi mereka.

So boleh la korang sedia hafal lirik sesiap.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan