6 Drama Lee Min Ho Yang Korang Boleh Try Layan

1. “Boys Over Flowers”

Gu Jun Pyo (Lee Min Ho) mempunyai semua ciri yang diperlukan untuk menjadi lelaki idaman. Dia tampan, menawan, popular, mempunyai ramai kawan, namun dia seorang yang cukup sombong.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila Geum Jan Di (Ku Hye Sun) pindah ke sekolahnya dan dilayan dengan teruk. Dia membuli gadis itu dan membuatkan rakan rakannya yang lain pun join sekali.

Namun lama kelamaan, kebencian Jun Pyo menyedari bahawa gadis itu adalah takdir cintanya. Dia cuba memenangi hati Jan Di.

Drama ini adalah drama yang menaikkan nama Lee Min Ho di peringkat global.

2. “Personal Taste”

Park Gae In (Son Ye Jin) seorang gadis malang. Dia ditinggalkan balak dia dan kemudian berisiko hilang kerja.

Dia kemudian mendapat bantuan daripada rakan serumahnya Jeon Jin Ho (Lee Min Ho) yang dia anggap sebenarnya g4y.

Akhirnya dia sedar bahawa Jin Ho adalah straight dan menaruh hati kepadanya.

Drama ini juga menguatkan lagi nama Lee Min Ho, dibantu pesona Son Ye Jin.

3. “City Hunter”

Lee Min Ho memainkan watak Lee Yoon Sung, yang menjadi perisik di Blue House. Dia adalah pakar IT.

Yoon Sung kemudian berganding dengan Kim Na Na (Park Min Young). Lama kelamaan kedua duanya jatuh cinta.

Drama ini adalah romantik dan aksi. Di mana ada rindu dendam di antara kedua duanya. Ini adalah drama aksi pertama oleh Lee Min Ho.

4. “Heirs”

Dalam drama Heirs, Lee Min Ho bergandingan dengan Park Shin Hye.

Cha Eun Sang (Park Shin Hye) merupakan pelajar sekolah menengah yang mencari kakaknya yang terperangkap di AS. Namun kakaknya itu menipu ibunya dan dia tak belajar pun di sana.

Di sana dia bertemu dengan Kim Tan (Lee Min Ho) yang kaya raya.

Ketika kembali ke Seoul, dia bertemu dengan Kim Tan sekali lagi dan jatuh cinta. Namun kisah mereka adalah penuh suka duka. Biasalah, gadis biasa syok dekat lelaki kaya.

Drama ini menjadi hits dan mengukuhkan lagi nama kedua dua pelakon tersebut.

5. “The Legend of the Blue Sea”

Ketika Heo Jun Jae (Lee Min Ho) bertemu Shim Chung (Jun Ji Hyun), dia melihat bahawa dia seorang yang agak ganjil. Dia terpesona dengan dunia di sekelilingnya dan menghadapi beberapa masalah.

Tanpa disedarinya, Shim Chung sebenarnya adalah duyung. Lelaki yang nakal, Jun Jae yang mula menyedari perasaannya terhadap Shim Chung cukup mendalam.

Melihat Lee Min Ho menjadi watak ala conman memang agak unik. Dia seorang yang mengambil kesempatan demi wang.

Namun akhirnya dia mengejar cintanya.

6. “The King: Eternal Monarch”

The King: Eternal Monarch” adalah drama Korea yang mengangkat kisah fiksi tentang dua alam, antara Republik Korea dan Kerajaan Korea Kuno.

Ada satu pintu yang menghubungkan dua alam paralel.

Raja Lee Gun melalui satu pintu di hutan bambu, dan tiba-tiba sudah masuk di Korea bentuk republik yang moden pada hari ini.

Drama ini menarik walaupun awalnya agak rumit.

Baca yang lain